Oct 30, 2009

38.5 --- 150 --- 120

Balik dari keja pada 28hb tu badan rasa tak enak...hidung pun dah mula sohseh-sohseh...malamnya sebelum tido telan sebiji PCM (paracethamol) . Esok paginya khamis 29hb pegi keja rasa ok.

Dalam jam 12 tghari lebih tu rasa demam semula, kepala terasa berat, lenguh2. Mulalah tak ada mood nak keja. Rasa nak tido saja.

Dah jam 1 tghari waktu rehat, masuk jumpa bos minta izin nak balik rehat kat rumah. Bos ok saja, tapi dlm pada tu masih sempat bincang2 2-3 pekara. Jam 1.40 baru keluar dari ofis. Sy terus ke PMC (Putra Medical Centre) utk ambik ubat.

Mula2 nurse ambik temperature...tinggi jugak...38.5
Pastu nurse ambik tekanan darah pulak.
Dia tanya "kak ada darah tinggi ka?"
Terbeliak mata sy yg mmg dah nak terpejam. Sy jwb "tak dak aihhhh...awat?"
Cik missy jwb "ni tekanan darah kak 150"
Sy jwb "ya ka? tak dak rasa apa pun"

Makanya cik missy pun ambik sekali lg bp. Bila dah selesai sy pun tanya "mcm mana?" (suspen kot2 btul sy ada darah tinggi yg tidak pernah diketahui)

Missy jwb "ok kak 120...tadi tu tersilap kot".
Senang je jwb ye, kalau tidak "free" sj sy kena mkn ubat darah tinggi.

Tak lama lepas tu giliran sy msuk jumpa doktor. Tak bnyk soal pun doktor ni, tanya ada batuk dak...tak dak...sakit tekak dak...tak sakit... Pastu dia tulis2 cakar ayam pd repot sy.

Sy "Ehemmm...doktor, boleh bagi MC dak utk hari ni?"
Dr "Boleh, satu hari sj ka?"
Sy "Ya hari ni sj, trima kasih"

Ubat yg dibekalkan adalah PCM, ubat selsema dan antibiotik...bayar RM25. Smpai di rumah dah jam 3 petang, mkn nasi ckit, mkn ubat dan trus lena smpai jam 6 ptg. Semalam dan pagi ni dah tak rasa demam...cuma msih selsema ckit2. Insya allah akan pulih sepenuhnya sehari dua lg.


p/s adakah demam dan selsema ni simbolik "menghapus dosa2 kecil" sejak 45 tahun yg lalu....






Oct 28, 2009

641028-xx-xxxx

Pagi Rabu 28 oktober 1964 jam 6.41 pagi di kampung Seberang Perak Alor Setar sy dilahirkan, anak sulung kpd kedua mak dan abah

ketika berusia 4 bulan
iskkk langsung tak de iras rupa skrg

yg ni umur setahun setengah,
mak kata Tok Limah bawa gi "karan" rambut sy,
tu yg kerinting tu ;)

menjeling yeeee...
pada usia 3 tahun

dgn adik lelaki yg berusia 2 tahun


Hari ini 28 oktober 2009 bermakna usia sy 45 tahun. Dah tua rupanya...patut lah mata semakin rabun, rambut semakin memutih, tenaga semakin berkurang. Yg dihitung hanya yg semakin berkurang dan hilang. Bagaimana pula dgn yg semakin bertambah? Dosa? Pahala? Amal jariah? Hutang? Berat badan?



.



Oct 24, 2009

Tok Besah

Tok Besah?

Sapa Tok Besah tu?

Tok Besah ialah ibu kepada arwah abah sy...nenek sy la tu kan.

Nama penuh ialah Habsah bt Taib, dilahirkan pada 16 Oktober 1918 bermakna umor tok la ni 91 tahun. Sejak selepas raya hari tu kesihatan tok semakin merosot. Rasa agak kesal sedikit sbb sy tak pernah teringat utk mengambil foto tok sewaktu beliau masih sihat bergerak ke sana sini.

Pagi tadi sy, emak dan adik lelaki telah ke rumah Mak Tam utk menziarah tok. Sewaktu kami sampai tok sedang tidor. Tak lama kemudian tok bangun dan makan bersama kami.

ini dia Tok Besah...kelihatan sgt uzur jika dibandingkan
beberapa bulan lepas

Mak Tam sedang menyuapkan tok kuih tepung pelita,
di kiri tok ialah mak sy

ini pula adik lelaki sy (Dik Din) yg sampai balik dari KL pagi tadi
setelah mendapat tau tok kurang sihat

ini pula mak sy dgn Mak Lang anak perempuan tok yg ke tiga

tok hanya boleh makan makanan lembut atau yg dikisar halus

Anak2 perempuan tok iaitu Mak Long, Mak Lang dan Mak Cik bergilir2 menjaga tok di rumah Mak Tam. Mak sy pun turut sama ke sana jika keadaan kesihatan mak mengizinkan.

Semoga tok semakin pulih dan sihat. Amin.


.

Oct 19, 2009

Hellooo!!! 999! Tolongggg....

Maaf puan, boleh saya tengok lesen MEMANDU puan....

video

Ini bukan lesen MEMANDU puan, tapi ini lesen ______________

Tugasan anda :

Sila lengkapkan ayat di atas tidak melebihi 5 patah perkataan.

Ganjarannya :

Anda tidak akan di saman ;)


.

Oct 16, 2009

3 hari 2 malam

Selesai sudah urusan rasmi selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor. Kalau sesaja nak ke sana mgkin entah bila sy akan sampai ke PP. Oleh kerana jadual yg padat hingga ke malam sy tidak berkesempatan utk melawat dan meronda ke tmpt2 yg dikatakan "must see" di PP.

Apa pun setelah selesai mesyuarat, deraf telah dibentangkan dan dipersetujui oleh ahli2 mesyuarat pd tengahari khamis, rombongan kami berkesempatan juga utk ke pekan PP utk shopping sebelum check-out pada jam 2 petang. Perjalanan dgn teksi cuma 10 minit (10 km) dan menarik...bengkang bengkok berbukit.



feri ini ke jeti pekan Pangkor


ini feri yg sy naik utk ke Teluk Dalam Resort


dlm perjalanan boleh nmpk dgn jelas kapal TLDM yg masih terbakar


dari jeti juga masih jelas kelihatan asap tebal kapal yg terbakar


ketibaan kami sedia dinanti oleh staf resort, kita melenggang aje...beg dan brg2 smua diorg uruskan


lobi...kami disambut dgn segelas minuman sejuk (sori tk dak gambaq...malu nk ambik)






sy jakun...ingatkan replika sbg hiasan landskap

rupanya tmpat membilas selepas mandi kolam atau mandi laut


deretan chalet yg comel


yg mana satu chalet utk sy?


ahaaaa ini dia...nombor 139


knp katil yg satu tu kecik je...tiada jawapan


cahaya matahari menembusi ke ruang tamu


comel..cozy...


laluan ini terus ke pantai


pantai resort...kelihatan kapal yg masih terbakar tu


pemandangan dari tmpat makan...jam 8 pagi


suasana pagi yg nyaman


tenang


pemandangan chalet dr tanjung pd jam 6.28 petang


ada apa dicelah-celah batu ni semua?


di celah-celah batu ada bnyk....gamat?


6.39 petang


6.54 petang


6.57 petang


7.01 petang


7.08 petang


Sesiapa yg berminat utk beristirehat dgn keluarga tanpa gangguan atau utk program2 rasmi sila klik http://www.tdr.com.my/. Di sini pantainya hanya utk tetamu resort shj, tidak ada org awam lain dibenarkan...ada privacy dan pantai pun bersih. Dan yg paling penting menu juga best dan sedap. Layanan dari staf resort juga bagus.




.

Oct 14, 2009

Hello dari seberang

Sy skrg berada di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor sejak semalam 13 Oktober. Petang esok akan bertolak balik ke Alor Setar semula. Kehadiran buat pertama kalinya ke pulau ini adalah sebagai urusetia mesyuarat...sambil menyelam boleh minum sikit air kan...bila lagi nak dapat peluang mcm ni kan.







ini dia chalet penginapan kami..best sgt sbb menghadap ke laut yg luas terbentang


Siang tadi telah berlangsung sesi mesyuarat pagi dan petang. Jam 9.00 malam ni sesi terakhir. Esok acara bebas...boleh la pi ronda2 keliling pulau ni.

Hingga ke temu lagi setelah sy balik ke Alor Setar. tata titi tutu...









Oct 10, 2009

Are you okay?

http://www.1lovecards.com/cards/iloveu1.shtml

DAYS WITHOUT YOU


I miss you so much day and night
I can't realise why you're gone
I just think I treat you right
but now I'm again alone

The days without you are so long
these days - without your kiss and smile
and I don't know what I've done wrong
I've been thinking of this for a while

A few questions that I need to know -
why does my heart feel so bad ?
why you could ever hurt me so ?
why can't I get you out of my head ?....

Now I'm standing here alone
with this weight upon my heart
wondering why you're gone
remembering our feelings from the start

In my mind I have all my memories in a range -
each moment spent with you
is unforgettable
but I can't realise what made you change
for me this is just unforgetable

I know I won't pull through without you by my side
so baby come to me - don't run and hide
The only thing I want is to be with you
please honey - make my wish come true

Don't you know that you make my days count?
And I'm always happy when you're around
it doesn't matter what we do
as long as I'm here with YOU





Oct 9, 2009

Cerita Ceriti

Hari Ahad 4 Oktober 2009 sy dan EO menerima cenderahati dari bos skrg (Tuan S) dan bekas bos (Tuan Z). Kedua2 mereka berserta rombongan telah ke Jordan dan Mesir selama 10 hari atas urusan kerja. Tuan Z telah bertukar ke jabatan lain pd bulan Ogos yg lalu setelah 5 tahun berkhidmat di jabatan tmpt sy bertugas. Tempat Tuan Z diganti oleh Tuan S.



Cenderahati dari Tuan S - sebuah Quran kecil




Cenderahati dari Tuan Z - 2 kuntum mawar kristal dan
sebotol minyak wangi



Sy gabungkan mawar kristal pemberian Tuan Z bersama dgn
bunga kristal kecil yg sy beli di Langkawi


Pada 5 hingga 7 Oktober 2009 lalu sy ke Langkawi utk menghadiri kursus selama 3 hari. Oleh kerana keadaan cuaca hujan dan angin yg agak kuat maka sy membuat keputusan utk bertolak ke Kuah dari jeti Kuala Perlis. Jarak perjalanan dari ofis ke Kuala Perlis lebih kurang satu jam, sedangkan jarak dari ofis ke jeti Kuala Kedah hanya lebih kurang 20 minit saja.

Sy bimbang tak tahan dgn alun ombak krn cuaca yg tak "sporting", takut dilambung ombak, takut mabuk laut @ pening ke @ muntah ke = malu kat penumpang lain kan. Tempoh masa 2 jam tu lamaaaaaaaaaaa...smpai di Kuah mau lembik jadinya.

Perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Kuah = 1 jam 45 minit - 2 jam, tambang RM23.00.

Dari Kuala Perlis ke Kuah = 45 minit - 1 jam, tambang RM18.00.










Semalam 8 Oktober 2009 diadakan jamuan raya di pejabat sy. Antara menu yg disediakan ialah nasi daging, laksam, satay, ketupat, lemang serta kuih raya serba sikit. Sambutan tahun ni lebih meriah krn dah ada ramai staf iaitu 29 org, tahun lepas cuma 16 org saja.

Atas sebab2 keselamatan dan hakcipta terpelihara maka tidak dapatlah sy letakkan gambar2 kat sini ye ;)