Oct 30, 2009

38.5 --- 150 --- 120

Balik dari keja pada 28hb tu badan rasa tak enak...hidung pun dah mula sohseh-sohseh...malamnya sebelum tido telan sebiji PCM (paracethamol) . Esok paginya khamis 29hb pegi keja rasa ok.

Dalam jam 12 tghari lebih tu rasa demam semula, kepala terasa berat, lenguh2. Mulalah tak ada mood nak keja. Rasa nak tido saja.

Dah jam 1 tghari waktu rehat, masuk jumpa bos minta izin nak balik rehat kat rumah. Bos ok saja, tapi dlm pada tu masih sempat bincang2 2-3 pekara. Jam 1.40 baru keluar dari ofis. Sy terus ke PMC (Putra Medical Centre) utk ambik ubat.

Mula2 nurse ambik temperature...tinggi jugak...38.5
Pastu nurse ambik tekanan darah pulak.
Dia tanya "kak ada darah tinggi ka?"
Terbeliak mata sy yg mmg dah nak terpejam. Sy jwb "tak dak aihhhh...awat?"
Cik missy jwb "ni tekanan darah kak 150"
Sy jwb "ya ka? tak dak rasa apa pun"

Makanya cik missy pun ambik sekali lg bp. Bila dah selesai sy pun tanya "mcm mana?" (suspen kot2 btul sy ada darah tinggi yg tidak pernah diketahui)

Missy jwb "ok kak 120...tadi tu tersilap kot".
Senang je jwb ye, kalau tidak "free" sj sy kena mkn ubat darah tinggi.

Tak lama lepas tu giliran sy msuk jumpa doktor. Tak bnyk soal pun doktor ni, tanya ada batuk dak...tak dak...sakit tekak dak...tak sakit... Pastu dia tulis2 cakar ayam pd repot sy.

Sy "Ehemmm...doktor, boleh bagi MC dak utk hari ni?"
Dr "Boleh, satu hari sj ka?"
Sy "Ya hari ni sj, trima kasih"

Ubat yg dibekalkan adalah PCM, ubat selsema dan antibiotik...bayar RM25. Smpai di rumah dah jam 3 petang, mkn nasi ckit, mkn ubat dan trus lena smpai jam 6 ptg. Semalam dan pagi ni dah tak rasa demam...cuma msih selsema ckit2. Insya allah akan pulih sepenuhnya sehari dua lg.


p/s adakah demam dan selsema ni simbolik "menghapus dosa2 kecil" sejak 45 tahun yg lalu....






14 comments:

dotblogspotdotkom said...

huhuhu..

nak MC 2 hari la doktor... huhuhu

Abg Din said...

sakit klu nak dtg kita tak mampu nak tahan....

iza~de~bintang said...

laaaa demam rupanya..semoga cepat sembuh yer kak kenari :)

isk isk nurse tu boleh buat darah orang naik tetiba huhu

kenari said...

pakcik...MC hari khamis je sbb hari jumaat dah cuti hujung minggu di kedah ni

kenari said...

abgdin...btul tu, sebelum makin melarat smpai tak bleh bangun lebih baik cepat2 pi jumpa doktor

kenari said...

cik iza...mujuq 2nd bp tu 120. kalu missy kata 150 jugak makin teruk demam jadinya...terkejut ;)

Zyma Saad said...

Alahaiiii,kesian nyer.
Demam ghupernyer....
Makan ubat tau...

Get well soon....
:)

kenari said...

zyma...hari dah ok ckit, alhamdulilah

Tie said...

Dah okay ke ?

Err... sakit sikit pun dapat hapuskan dosa, asalkan kita redha, hehe.. sabor aje laa...

Sesungguhnya Allah sangat sayangkan kita. Dia hanya nak kita selalu ingatkanNya.

Kujie said...

sakit yg dtg kita nampak ni senang nk uruskan..yg dok diam2 dlm badan ni...

tiba2...

'eh...semlm nampak sihat je...."

ayat biasa kita dengar

kuina said...

dah ok ke belum..

nak hantar tiger bam aja..

kenari said...

kak tie, kak jie dan kuina,

alhamdulilah sy dah sihat dah ni, cuma tak dak idea lagi nak update blog.

tima kasih kwn2

kak Long said...

Syukur dah sembuh...
jaga kesihatan....semoga terus sihat.

水煎包amber said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Post a Comment