Jul 29, 2009

Sorry Seems To Be The Hardest Word....

Mohon maaf kpd sesiapa yg sudi menjengah ke blog sy sejak kebelakangan ni. Dah berminggu tak dpt nk update.

Minggu ke 3-4 bulan Julai sibuk melayan pihak audit yg berkampung di ofis sy. Minggu ni pulak hari2 penuh dgn mesyuarat --- mesy Lembaga pengarah, MBJ , JPKA --- semua nk kena prepare laporan kewangan.

Dan yg paling berat sekali mesy pemeriksaan bajet petang esok Khamis 30 Julai. Inilah peluang terakhir utk mempertahankan jumlah bajet yg jabatan pohon. Harap2 tak banyak yg dicantas...

Hingga di lain waktu...kita sembang lagi.

p/s tak sempat nk berkunjung ke Festival Kedah Sejatera walaupun jabatan sy ada booth pameran kat sana...semalam dah perasmian penutupnya.



Jul 11, 2009

Nona jambu manis jentik rambutan di pasar tani

Pagi tadi dalam jam 9.00 pagi sy dan mak ke pasar tani. Rancangnya nak beli buah2 sikit sbb harga lebih murah dan buah pun yg segar. Memandangkan skrg ni musim "buah2 kayu" boleh dikatakan hampir kebanyakan peniaga menjual rambutan, manggis, cempedak, durian dll.

Dah selesai ronda2 kat pasar tani dan tangan pun dah penuh dgn plastik buah2 manggis, nona, cempedak, jentik2 dan epal hijau. Setiap jenis buah mak beli sikit je, harga RM2.00...mak kata sekadar nak merasa.

Dari pasar tani kami ke rumah mak lang (mak lang ni adik arwah abah sy). Dah lama mak lang ajak ke rumah dia, pokok2 rambutan dah jenuh berbuah, tapi sy tak berkesempatan nk bawa mak ke sana.

Ini la antara gambar2 yg "berani" sy snap di pasar tani sambil tunggu mak beli buah...



buah langsat yg baru bermula musimnya

longgokan rambutan pada setiap peniaga di pasar tani

salah satu pokok rambutan di rumah mak lang

dahan rendah pokok ni telah dicantas

yg tinggal buah yg agak tinggi nk dipetik

buah manggis yg baru dipetik, lihat tampoknya masih hijau

mari! mari!
murah! murah!

ini pulak buah jentik2 (bukan jentik2 nyamuk ye)

harganya RM2.00 se ikat

memang asyik bila makan buah jentik2 ni
sambil kopek sambil ngap, tak sedar dah selesai satu ikat

ini la rupa buah jentik2 setelah dikopek kulitnya



ahhaaaa..! ini antara kegemaran sy...buah nona
sekilo RM3.00...mak beli 3 biji = RM2.00

ini lg best...pokok nona kat rumah mak lang dah berbuah

jika tak silap ada 5 biji buah di pokok ni

buah2 nona ni belum masak lg utk dipetik

ini pulak buah nona yg dibeli di pasar tani...manis...sedaappp!!!





Jul 7, 2009

Hujung minggu yang lalu

Cerita 1

Pagi Sabtu yang lalu sy, mak, adik dan danny balik ke kampung nenek, tak la jauh pun cuma dlm 13 km je. Skrg ni pokok padi menghijau sejauh mata memandang (lupa pulak nk snap 2-3 foto).

Sebelum balik tengahari tu mak long dan mak anjang sibuk je petik ulam2an, mempelam, betik dan kelapa muda utk kami bawa balik.


ini namanya pokok namnam (entah btul ke tak ejaan)
seingat sy sejak sy masih di sekolah rendah lg
pokok ni dh ada kat kampung


berbunga dan berbuah diperdu pokoknya,
berbuah sepanjang tahun


inilah rupa buah namnam, dibelah dan buang bijinya,
buah yg muda rasanya kelat pahit,
jika dah masak kekuningan manis2 masam

Cerita 2

Handbag dan kasut adalah 2 benda yg sy tk pandai nk pilih dan beli sendiri. Sejak dolu2 lg sy mesti ajak mak temankan dan mak pilihkan utk sy. Dah 2-3 kali ke bandar dok survey dgn mak tapi blum ada yg berkenan di mata mak.

Akhirnya minggu lepas sekali lg kami dua beranak ke bandar utk ekspedisi pencarian. Dan kali ni berjaya jugak lah...

wani anak menakan sy jd model jap
dgn handbag baru


tang mana yg cantiknya beg tu ye