Mar 30, 2009

Apa tuuu...UFO ke?

Selama beberapa tahun sy ulang alik pegi keja dengan melewati projek pembinaan ini. Bermula dari membersihkan kawasan, menambun tanah, kerja-kerja awal pembinaan sehinggalah ianya semakin hari semakin meninggi. Tak terbayang langsung di minda sy bagaimana rupanya bila dah siap sepenuhnya.

Dan akhirnya menjelmalah rupa sebenar monumen yg gah tinggi ini demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat sekitar.

Rumah Pam Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman


PELANGI


Petang tadi sewaktu dalam perjalanan balik dari ofis kira2 jam 7 malam saya ternampak pelangi yg cantik penuh warna-warni walaupun cuaca pada masa tu baru reda hujan ribut yg kuat. Saya pun berhentikan kereta kat tepi jalan, turunkan cermin tingkap dan terus snap foto pelangi tu. Langit masih mendung, angin agak kuat, mungkin akan hujan lagi. Sejak seminggu yg lalu setiap petang pasti berlaku hujan ribut.


Mar 27, 2009

Biar Betul...

Pada hari Isnin 23 Mac yang lalu saya telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus selama 2 hari yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel and Convention Centre. Sebelum tu saya risau jugak kat mana pulak hotel ni...tak pernah tau pun. So saya pun tanya2 la pada adik2 yg tinggal di KL. Adik2 beritau hotel tu dekat dgn area Bukit Bintang...tempat shopping yg besaaaarrrr!

Ok ok that's good enough...ada tempat nak window shopping. Saya pun terus call dan buat pertanyaan bilik. Bilik biasa dah penuh, yang ada hanya bilik deluxe...rasa tak berpadan pulak nak duk sorang2 je. Tapi memandangkan mudah untuk saya hadir kursus di hotel yang sama maka saya pun minta kebenaran bos terlebih dulu. Bos bagi green light! Alhamdulillah...tq bos!

Setelah selesai urusan check-in saya pun dibawa ke bilik. Saya terpegun! Betul ke bilik ni?

ruang kitchenette

ruang makan

ruang tamu dgn tv dan mini stereo

syok ni lepak2 sambil tengok tv

dressing table bersebelahan pintu ke bathroom

pasti tidur lena ni

view Penjara Pudu dari bilik saya di tingkat 26

bilik kuliah Bronx V

Selama 4 hari 3 malam saya kat hotel ni saya dapati majoriti yang menginap adalah dari Timur Tengah. Waktu sarapan memang penuh dgn diorg aje. Apa cerita dgn shopping? Saya tak membeli-belah pun...jalan2 window shopping aje...agak mahal jugak walaupun katanya ada sale...di luar bajet :p


video

Mar 22, 2009

Buah Markisa

Saya mula kenal buah markisa semasa ke Medan dua minggu lepas. Sebelum ni tak pernah dengar dan tak pernah kenal pun. Mungkin kat Malaysia namanya lain kot.


ini lah rupa buah markisa

Saya beli sekilo buah markisa utk dibawa pulang...harganya 12ribu rupiah , lebih kurang RM3.80. Saya dan rakan tertanya2 sesama sendiri macam mana cara nak makan buah ni. Nak dikupas ke, dibelah-belah ke, makan isi yg lembut bersama bijinya ke, isi yg putih seperti sabut tu pun boleh dimakan ke...kami berdua memang confuse . Tour guide kami si Yusof tunjukkan cara nak makan buah ni. Setelah mencuba saya tak pasti bagaimana nak menterjemahkan rasa buah markisa.

isi buah markisa, boleh diproses menjadi jus

Saya memang seorang yang kurang gemar makan buah2an, apa lagi buah yang tak pernah kenal seperti ini. Kesimpulannya...saya tak berapa suka dengan taste buah markisa ni...sori...


Mar 19, 2009

Kali Pertama Ke Medan, Indonesia

Antara percaya dengan tidak saya telah dipelawa oleh seorang kawan untuk "makan angin" di Medan. Memandangkan saya tidak pernah ke luar negara sejak sekian lama dan dengan hajat nak relax dari bebanan kerja maka saya terima pelawaan tersebut dengan perasaan yang sangat teruja. Maklumlah selama ni saya hanya mendengar cerita bahawa percutian ke Medan amat menyeronokkan dan sesiapa saja yang ke sana akan bershopping sakan.

HARI PERTAMA - 12 MAC 2009

Kami ke sana pada hari Khamis 12hb Mac dan balik pada hari Sabtu 14hb Mac 2009. Flight kami dari Bayan Lepas, P.Pinang ke Medan menaiki Air Asia berlepas pada jam 6.40 petang, lewat 30 minit daripada jadual asal penerbangan. Penerbangan ke Medan mengambil masa 40 minit sahaja. Semasa dalam flight bila tengok para stewardess bertugas teringat la pulak siri drama "Awan Dania".

Pesawat selamat mendarat pada jam 6.20 petang waktu Medan iaitu jam 7.20 malam waktu Malaysia. Ketibaan saya dan rakan disambut mesra oleh agen bernama Arman yang sedia menunggu untuk menjemput kami ke hotel penginapan. Arman dan Yusof (pemandu) membawa kami ke Restoran Simpang 3 untuk makan malam terlebih dulu. Aduhhhh terpesona sekali dengan keindahan hiasan dalaman restoran yang eksklusif (selama ini saya hanya nonton dalam drama2 tv aje).

Oleh kerana saya dan rakan kurang arif dengan menu citarasa tempatan maka kami serahkan kepada Arman untuk membuat pesanan...katanya yang biasa2 aja. Sekali lagi kami terpegun...jika tak silap saya antara 10-12 jenis masakan dihidangkan. Ada segalanya...ayam, daging, ikan, udang...salad dan goreng kangkung. Oleh kerana saya tak makan yang pedas maka pilihan saya adalah ikan bakar dan ayam goreng berempah. Rakan saya memuji2 masakan di restoran tu sedap2 belaka. Pencuci mulut pula adalah puding yang dingin...sedap! Hajat di hati nak ambik foto hidangan masakan dan hiasan dalaman restoran tapi rasa segan pulak pada Arman dan pelayan restoran dan mungkin perlu minta kebenaran terlebih dulu.

Jam 8.00 malam kami check-in di Hotel Danau Toba International. Bilik yang disediakan selesa dan menghadap ke kolam renang.

pemandangan ke luar tingkap menghadap kolam renang

tilamnya empuk bangat yaaaaa!

foto ini di ambil pada pagi Jumaat

HARI KE DUA - 13 MAC 2009

Selepas sarapan pada jam 8.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Brastagi iaitu kira2 dua jam perjalanan ke kawasan pergunungan. Saya difahamkan suasana di Brastagi seolah-olah Cameron Highland di Malaysia. Cuaca yang cerah dan nyaman membolehkan kami menikmati pemandangan yang indah dengan kehijauan gunung, kebun sayur dan buah2an.

Sepanjang perjalanan berliku2 menuju ke puncak saya mendapati kehidupan penduduk tempatan masih mengamalkan cara tradisional dengan persekitaran yang kurang teratur. Yusof membawa kami singgah ke kolam air panas Alam Sibayak yang berdekatan dengan kawasan gunung berapi. Airnya menyegarkan tetapi dengan bau belerang yang agak kuat, mungkin kerana sumber air dari kawasan gunung berapi. Saya sempat merendamkan kaki sekejap...terasa selesa dan melegakan.

Hot Spring Alam Sibayak

salah sebuah kolam air panas

Jam 10.30 pagi kami sampai ke Brastagi yang terkenal dengan pasar buah2an dan sayur2an segar dan dijual pada harga yang murah. Antara hasil tempatan yang terkenal di sini ialah buah markisa dan pisang kaki. Selain itu ada juga dijual pelbagai hasil kraftangan dan cenderamata. Saya dan rakan hanya jalan2 saja...membuka minda memerhati kehidupan masyarakat setempat.

tumpang posing aje yeee...makan la lagi...

Jam 11.30 pagi kami bertolak balik dan sampai di Medan pada jam 1.30 tengahari. Singgah makan di Trans Minang Restoran, sebuah restoran baru yang selesa, bersih dan dihias indah. Menunya juga banyak...sama seperti di Restoran Simpang 3 semalam.

menu makan tengahari

Jam 2.30 petang setelah selesai makan kami dibawa ke kedai menjual batik dan telekung. Agaknya Yusof dah tau niat dan hajat kami nak jalan2 kat situ. Memang cantik2 semuanya, murah pun murah tapi masih kena pandai tawar menawar. Saya hanya beli ala kadar untuk diri sendiri, mak dan adik2...sebagai buah tangan dari Medan. Jam 4.00 petang balik ke hotel untuk istirehat...dan revise bajet ;)

Jam 8.00 malam kami dibawa ke Warung Burung Mbak Gita di Cemara, Sampali yang terkenal dengan menu masakan burung. Di depan warung tersebut pelbagai jenis burung dikurung di dalam sangkar khas. Pelanggan boleh memilih sendiri jenis burung untuk dimasak...konsep yang sama di restoran ikan bakar. Menu makan malam kami ialah goreng burung belibis, burung ruak2 dan burung ayam-ayaman. Setelah hampir 45 minit menunggu (perut dah mula menjerit2 lapar) maka terhidanglah panas2...

menu makan malam - burung ruak2

burung belibis dan ayam-ayaman

HARI TERAKHIR - 14 MAC 2009

Jam 8.00 pagi kami bersarapan di sebuah warung yang terkenal dengan soto. Memang ramai dan penuh sesak di dalam warung...pelanggan silih berganti. Pujian harus diberi kerana servis yang cepat dan cekap...kami baru je duduk di meja dah pun sampai pesanan. Menunya ialah nasi putih, sup daging/ayam berempah atau biasa mengikut citarasa, begedil, sambal dan keropok udang. Sebagai pencuci mulut samada pisang atau jeli. Semuanya selesai dalam masa tak sampai setengah jam. Kat sini tak sempat nak ambik foto menu sebab ramai orang dan sesak.

Jam 8.30 pagi terus ke kedai membuat kek lapis yang terunggul di Medan. Harus pergi awal pagi, jika tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sesiapa yang ke Medan semestinya akan membeli kek lapis Zulaikha ni...sedap bangat. Dari situ kami ke Medan Mall untuk shopping lagi sebelum balik ke Malaysia petang nanti. Saya membeli set alas meja dan chair back untuk mak dan kain tudung untuk adik2.

Kami balik ke hotel untuk kemas barang dan check out pada jam 1.00 tengahari. Makan tengahari di Restoran Koki Sunda...enak sekali masakannya. Minuman yang saya order juga sedap dan menyejukkan tekak iaitu blended es (ais) kelapa mangga...

air kelapa + isi kelapa + buah mangga
nasi putih dihidang di atas daun pisang beralaskan lekar rotan

Jam 2.30 petang kami telah berada di Medan Polonia Airport...ucap terima kasih tidak terhingga kepada Arman dan Yusof yang setia berkhidmat dan melayan kami dengan mesra. Kami amat berpuashati dengan pakej yang disediakan dan rasa selamat sepanjang masa kami di Medan. Penerbangan balik kami pada jam 4.30 petang (waktu Medan) dan tiba di Bayan Lepas jam 6.15 petang (waktu Malaysia).

Sewaktu dalam penerbangan ke Medan saya adalah jutawan tetapi dalam penerbangan balik ke Malaysia saya hanyalah ribuwan. Baki wang yang telah ditukar sebelum ke Medan tinggal 320,00 rupiah iaitu lebih kurang RM100.00. Namun yang pasti jika ada rezeki dan kelapangan kami akan ke Medan lagi...



Mar 5, 2009

Percutian Keluarga - Final Day

CHECK-OUT TIME - 28 DISEMBER 2008

Jam 12 tengahari dgn berat hati kami check-out dari hotel. Ini adalah percutian keluarga yang pertama pernah dilakukan. Kami berlima beradik telah bersetuju utk jadikan ia acara tahunan. Insya allah tahun 2009 destinasi pilihan adalah percutian ke pantai, sama ada Lumut, Perak atau Kuantan, Pahang.

Sementara menunggu saya selesai urusan check-out anak2 masih sempat bergambar di lobby hotel yg dihias cantik dgn dekorasi Krismas. Cubalah lihat wajah2 dalam emosi "mendung" , diorg tak nak balik lagi...nak mandi kolam lagi ;)



























Setelah selesai urusan di front desk kami bertolak dari hotel utk makan tengahari. Sebelum bertolak balik ke Rawang kami ronda2 sekali lagi utk membeli cenderamata. Sy membeli key-chain utk rakan2 di ofis.

Jam 4 petang kami bertolak balik ke Rawang dan terbabit dlm kesesakan di lebuhraya sebelum Sg.Besi. Singgah utk makan malam di KFC dan sampai ke Rawang jam 10.00 malam. Anak2 ada yg dah lena, keletihan agaknya.


PERCUTIAN BERAKHIR - 29 DISEMBER 2008

Sy dgn mak bertolak balik ke Alor Setar jam 9 pagi dan alhamdulilah selamat sampai ke rumah jam 3 petang. Sementara dua adik perempuan dan anak2 balik keesokan harinya dgn bas. Dan inilah foto kenangan kami sekeluarga....




Mar 4, 2009

Percutian Keluarga - Part 5

LAST DAY - 28 DISEMBER 2008

Cowboys dan cowgirl berposing kat kapal...