Jun 26, 2009

Simpulan Pandan

Mak sy mmg suka bercucuk tanam, tak kira lah pokok bunga ke atau sayur-sayuran, ulam-ulaman. Tapi sejak kesihatan mak kurang mengizinkan skrg mak dah tak larat nak aktif mcm dulu. Berikut ini beberapa jenis pokok yg masih ada kat belakang rumah...

ini antara pokok kesayangan mak di belakang rumah,
tak siapa pun tau nama pokok ni, mak namakan "pokok bunga oren"
pokok ni jika ditanam di dalam pasu tak nak berbunga,
tapi jika ditanam di atas tanah amat terserlah kesuburannya


close-up "pokok bunga oren"


ini dia rimbunan pokok pandan dari jenis daun halus
bila musim hujan amat rimbun sekali


dulu2 mak sy amat rajin masak pulut sekaya (serimuka)
fuhhhh bau harum pandan memang menambah kelazatan pulut sekaya tu


pokok ini mak namakan "pokok berduri"
mmg amat berduri pada batang dan rantingnya,
mak dpt pokok ni dari kwn mak,
katanya bnyk khasiat utk ubati penyakit
tapi mak dah tak ingat dah ubat utk penyakit apa


yg ni pulak pokok lidah buaya (aloe vera)
jejarinya halus je sbb tanam dlm pasu,
mak kata pokok ni baik utk cantikkan rambut,


yg ni pulak pokok sirih kesayangan mak... dulu, kini dan selamanya,
sulur rimbunan pokok sirih ni dah menjalar hingga ke tingkap dapur


Sy juga nk berkongsi petua dan amalan yg selalu mak sy lakukan iaitu simpulan pandan. Ambil sehelai daun pandan dan koyakkan memanjang kpd 3 atau 4 bahagian. Pastu simpul daun pandan tersebut dgn kemas. Letakkan simpulan daun pandan tu kat dlm kabinet di dapur, dlm kereta, dlm almari atau mana2 sj. Hasilnya setiap kali kita membuka almari atau kabinet pasti bau wangi daun pandan tu. Slmt mencuba...

~~ simpulan pandan ~~


selingan...
buah2 ni pulak sy tanam kat pasar,
sy petik buah2 ni dgn duit je keh keh keh




Hari ini menjadi sejarah

Seawal pagi tadi sy telah mendengar berita tentang kematian Michael Jackson. Balik je dari pasar terus buka CNN, ada live coverage bersama Larry King. Sememangnya suatu berita yg mengejutkan, tak disangka-sangka.

Masa sy masih di sekolah rendah dulu suka sgt tengok MJ nyanyi bersama abg2 nya dlm program The Jackson Five di tv. Lagu2 seperti ABC 123...I'll Be There...One Day In Your Life...dan bnyk lagi menjadi favourite pada masa tu. Pada peringkat sekolah menengah pulak lagu2 rentak disko MJ sgt digilai.

Pada tahun 1983 lagu-lagu Beat It, Billy Jean dan Thriller menjadi top hit, masa tu sy baru tahun pertama di Uni nun jauh di sana, di negara kelahiran MJ. Dlm sehari berkali2 melangut video clip lagu MJ di MTV...sbb apa? Sbb teruja dgn gaya tarian dan persembahan MJ yg menakjubkan dlm video clip tu.

Bak kata MJ melalui lagu We Are The World....dia telah menyatukan segenap peringkat umur, agama dan bangsa utk menghargai kasih syg dan nilai insani.


Seorang lagi celebrity yg meninggal hari ini ialah Farah Fawcett...bekas isteri Lee Majors aka The Six Million Dollar Man. Cantik jelita dgn style rambut yg menjadi ikutan, lakunan yg hebat dlm Charlie's Angels iaitu sebuah siri tv yg menjadi kemestian ditonton oleh kami sekeluarga.






Santai aje...

Hari terlalu cepat berganti. Rutin harian sy mcm ni aje dlm bulan Jun ni...

Ahad hingga Khamis...

7.30 pagi kuar ke ofis
7.30 malam sampai balik rumah
9.00 - 11.00++ malam tgk tv dan borak2 kosong dgn mak (takde lg bawa balik keje kat rumah)
midnite...berinternet, ronda2 kat blog sana sini...no idea nk komen kat blog kwn2
1.00 pagi baru tidor.... zzzzzzzz......

Jumaat pulak...
7.30 pagi kuar gi pasar...borong ikan sayur dsb utk seminggu
8.30 balik dari pasar sarapan dgn mak...biasanya beli nasi lemak + kuih2 ckit

Lepas sarapan mak kat dapur bersihkan ikan ayam dll, simpan sayur dlm peti ais dsb. Tugasan ni sy serah pada mak 100%, bukan sy malas atau tak reti ye :-p tapi mak cakap kalau sy yg simpan brg2 tu nnti mak cari tak jumpa bila nak memasak hehehehee. Jadinya mak lebih suka dia sendiri yg buat, baru dia tau kat mana nk capai time nk memasak. Ye la kan sy kan kat ofis, pernah dulu mak call sy dan tanya " che kak (mak suka pangge nickname ni kat sy ) simpan tang mana &%$#*@, mak cari rata dlm peti aih tak jumpa pun" keh keh keh...sejak tu sy tak usik dh peti aih mak :-p

Jika mak sibuk didapur, sy pulak terrrrrrrpaksa merajinkan diri ngemas rumah...alaa sekadar sapu sampah, lap sana sini situ ckit2...nasib baik rumah kecik je.. itu pun malas jugak tau...sssyyyyy

1.00 tghari lunch time!! apa aje yg mak masak pasti bestttt!!!
3.00 ptg malas nk buat apa2...cuaca panas...so tengok tv je, kalau takde citer best, masuk internet...ronda2 lagi
6.00 ptg kuar ke bandar dgn mak, jalan2 tengok handbag, kasut...belum jumpa yg berkenan. Pastu gi makan kat mana2 dan balik

Sabtu pulak...
Dlm bulan Jun ni setiap Sabtu ada kenduri kawen di rumah jiran2...makanya tak perlu la sediakan lunch di rumah kan. Mak kena gi awal pagi ke rumah kenduri sbb nk tolong aktiviti masak memasak sediakan lauk kenduri secara "pakatan/gotong royong". Sy kat rumah relax abis...baca suratkhabar, tengok tv, tv tengok sy, berinternet...tak de pikir langsung bab keja...

Skrg dh smpai ke penghujung bulan Jun...hari Ahad 28hb ni ke Langkawi lagi selama 3 hari. Cuti hujung minggu ni sy terpaksa ke ofis, bnyk keje yg perlu dibereskan sebelum ke Langkawi. Sy akan pastikan anak2 buah sy tidak "honeymoon" sepanjang ketiadaan sy nnti...muahhaa haa haa







Jun 2, 2009

Tension

Uwaaaaaa :(
lamanya tak update apa2 kat sini. busyyyyyy sgt2 semenjak duamenjak nih.

26 April...
terima pekeliling dari SUK kena antar bajet 2010 sebelum 10 mei...10 mei? awal la pulak tahun ni... tahun2 lepas kena antar dalam bulan jun huhuhu. sejak awal bulan april memang dah edar pekeliling ke smua daerah utk submit bajet diorg sebelum 15 mei...agak2 sy ada 2 minggu lg hingga akhir mei utk compile and prepare bajet jabatan. nmpknya terpaksalah ubah jadual keja. 28-29 april kena gi langkawi pulak.

so balik je dari langkawi pada 30 april tu terus berkurung dalam bilik, hari2 tekan kalkulator. top-up belanja 2008-2009, tambah masuk dasar baru dan one-off, bos kata mintak cik akauntan mintak, jgn tak mintak. lulus ke tak lulus ke belakang kira, yg penting kita mintak! Yes bos, ok bos, no problem bos :-p akhirnya berjaya jugak disiapkan dan sempat antar ke SUK pada 10 mei...dateline tu!

6 april (betul 6 april ye..bukan 6 mei)...
terima surat dari jbtn audit negara...surat peringatan bahawa sehingga 31 mac 2009 penyata kewangan 2008 belum serah lagi utk di audit...iye iye iye i know that...bos tanya "cik akauntan, bila nk serah?"...cik akauntan jwb dlm hati "bila dh siap lah" hehehehee...sebenarnya sy jwb "secepat mungkin tuan"...bos balas "ok, jgn smpai dpt warning ke 2 pulak"....terasa tauuu!

makanya bermulalah episod "ke-tension-an" yg tak tau bila penghujungnya...tak daya nk fokus ke penyata tu aje...mana dgn rutin keje harian, mana dgn nk sedia lapuran2 utk mesyuarat2, mana dgn keje2 ad-hoc yg bos arah...kadang2 tu tak bersabit kewangan pun, tapi takpa sy yg menurut perintah...

balik je dari kursus di KL (17-20 mei) terus berkurung dlm bilik lg. target date penyata mesti siap sebelum 31 mei. alhamdulilah dipermudahkan segala urusan..hari sabtu 30 mei penyata siap...31 mei bos tandatangan...pagi 1 hb jun sy gi antar sendiri ke jbtn audit. pegawai audit kata diorg dh prepare draf lapuran jbtn yg belum serah penyata 2008 sehingga 31 mei utk Ketua Audit Negara...of cos jbtn sy turut tersenarai. maka sy pun mohon jasa baik audit utk keluarkan nama dari senarai tu utk elak drpd dpt surat peringatan ke 2. alasan sy penyata mmg dh siap 31 mei...tak sempat nk antar, sbb tu serah pd pagi 1 jun...dan dia setuju! Yes!! rasa lega yg amat sgt...berbaloi segala 'tension' sejak 2 bulan lepas.

tqvm to my bos sbb very understanding...dia tau dan faham beban tugas sy yg tk penah tamat...mulai 1hb jun sy dpt seorang penolong utk membantu sy...akhirnya...

most of all tqvm to my mom... sejak sy berada dlm dunia "ke-tension-an" selama 2 bulan lepas, mak amat memahami komitmen sy pd keja. kesian kat mak ... sy sentiasa berada dlm dunia kerja semata-mata... tapi mak tak pernah complain. malah sentiasa memberi ruang dan sokongan kpd sy....