Jun 26, 2009

Hari ini menjadi sejarah

Seawal pagi tadi sy telah mendengar berita tentang kematian Michael Jackson. Balik je dari pasar terus buka CNN, ada live coverage bersama Larry King. Sememangnya suatu berita yg mengejutkan, tak disangka-sangka.

Masa sy masih di sekolah rendah dulu suka sgt tengok MJ nyanyi bersama abg2 nya dlm program The Jackson Five di tv. Lagu2 seperti ABC 123...I'll Be There...One Day In Your Life...dan bnyk lagi menjadi favourite pada masa tu. Pada peringkat sekolah menengah pulak lagu2 rentak disko MJ sgt digilai.

Pada tahun 1983 lagu-lagu Beat It, Billy Jean dan Thriller menjadi top hit, masa tu sy baru tahun pertama di Uni nun jauh di sana, di negara kelahiran MJ. Dlm sehari berkali2 melangut video clip lagu MJ di MTV...sbb apa? Sbb teruja dgn gaya tarian dan persembahan MJ yg menakjubkan dlm video clip tu.

Bak kata MJ melalui lagu We Are The World....dia telah menyatukan segenap peringkat umur, agama dan bangsa utk menghargai kasih syg dan nilai insani.


Seorang lagi celebrity yg meninggal hari ini ialah Farah Fawcett...bekas isteri Lee Majors aka The Six Million Dollar Man. Cantik jelita dgn style rambut yg menjadi ikutan, lakunan yg hebat dlm Charlie's Angels iaitu sebuah siri tv yg menjadi kemestian ditonton oleh kami sekeluarga.






2 comments:

Anonymous said...

Hmm...moga2 rohnya aman di sana...

Kak tie juga suka lagu Ben , masa dia kecik2, suaranya bagus betul.

kenari said...

Kak tie, btul btul lagu Ben mmg best, dh lupa la tajuk2 lagu diorg

Post a Comment