Nov 27, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut hari raya korban kpd semua yg sudi menjenguk ke sini dalam kesibukan persiapan utk hari raya. Mungkin ramai yg mengambil kesempatan utk balik ke kampung krn cuti hujung minggu yg panjang.

Alhamdulillah cuaca cerah sejak kemarin dan hari ni.

Kpd mereka2 yg terlibat dgn banjir dan berada di pusat pemindahan bersabarlah ye, redha dgn ketentuan ini.

Bagi sy dan mak persiapan hanya ala kadar saja, yg penting ketupat dan gulai daging mesti ada. Semuanya mak dah siap masak petang tadi.



ketupat daun palas


nasi himpit segera siap direbus

mana gulainya?
mana kuah kacangnya?
alamak! ampun!
lupa nak foto shoot tension



Selamat Menyambut Aidil Adha

Maaf Zahir Batin






Nov 21, 2009

Teringin?


Sapa suka makan donut? Saya suka...anda bagaimana?

Skrg ni donut dijual dgn pelbagai perasa, warna, bentuk dan saiz.

Tapi setelah dicuba bagi sy rasa donut tu sama saja kan sbb bahan asas membuatnya pun sama.

Yang membezakan hanyalah dekorasi dan perisa luaran donut tu...ada cokelat, strawberi, black forrest dan pelbagai lagi. Jika kita ke Dunkin's Donut pilih saja yg mana kita rasa teringin, bayar dan terus boleh di makan.

Ini adalah antara pilihan yg ada....


Di mana nak dapat semua jenis donut ni?






Sila lah ke mana2 outlet Maxis yg berhampiran


gataigatai


Jangan marah naaaaaa......peace

hujan2 ni ingat makan saja adus


minumminumminum


Nov 13, 2009

Rokok buatan sendiri

Tak percaya?

Tak percaya rokok boleh di buat sendiri di rumah?

Arwah abah sy dulu hisap rokok Lucky Strike topi Di samping itu arwah juga membalut sendiri "rokok daun" yg diperbuat dari daun nipah muda yg telah dikeringkan terlebih dulu. Caranya dengan menggulung sedikit tembakau di dalam daun nipah yg telah dipotong pendek mengikut saiz yg sesuai.

Hari Sabtu yg lalu sy dan mak ke rumah Pak Tam dan Mak Tam utk menziarah Tok Besah. Sambil borak2 tu Pak Tam duk balut rokok yg dia hisap. Sy belum pernah tengok sapa2 membalut rokok dgn cara begini. Arwah abah sy dulu guna daun nipah dan tembakau saja.

1. bahan utama - tembakau

2. bahan ke dua - helaian kertas pembalut


3. alat untuk menggulung kertas pembalut

4. letakkan tembakau di dalam alat penggulung

5. rapatkan

6. selitkan sehelai kertas pembalut di bahagian tengah

7. pusingkan perlahan2 supaya kertas bergulung
antara alat yg berisi tembakau

8. buka semula alat penggulung, sebatang rokok dah siap

9. senang saja kan, dlm masa beberapa minit saja
dah siap stok rokok

10. simpan dalam bekas yg dikhaskan
ada sesiapa nak cuba ke?

AMARAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!


takboletakboletakbole

Nov 11, 2009

Dengan Rasminya...

Hari ini 11 November 2009 dengan rasminya sy mula menggunakan format baru blog ini.

Terima kasih kpd Tie , Kujie dan Penyubiru atas bantuan dan tutorial utk merealisasikan transformasi ini. Tanpa sentuhan anda tentunya laman sy tidak akan "menghijau" secantik ini.

Terima kasih juga kpd semua rakan2 lain yg sudi membaca dan memeriahkan laman Kenari ini.

Sudi-sudikanlah lepak di sini bila ada kelapangan sambil menikmati minum minum

Nov 9, 2009

Set blog untuk display

Kadang-kadang kita ada beberapa blog untuk testing tetapi tidak ingin dipamerkan dalam dashboard untuk tatapan umum.

Caranya pergi kat Dashboard dan klik Edit Profile.



Pada Show My Blogs, klik Select Blogs To Display


Tick blog yang ingin kita publish kepada umum di biodata dan Save.


Nota : tutorial di atas adalah oleh gurubesar Kujie, beliau dah siapkan semuanya, sy cuma publishkan aje. terima kasih Kujie krn sudi berkongsi ilmu. terima kasih juga kpd Tie yg sejak awal lg duk godek2 smpai menjadi sebegini cantik dan sweet

ros