Sep 30, 2009

Jom pi memancing...

Pandai ke sy memancing?

Tak...memang sy tak pandai memancing...dan tak pernah pegi memancing...

Tapi walaupun tak pandai sy tetap mendapat hasilnya...


Hari Sabtu lepas ada kenduri kawin anak jiran setaman. Mak sy pun seperti kelazimannya berhajat memberi sedikit sumbangan kpd tuan kenduri. Kali ni mak nak sedekahkan baulu ikan 100 ekor...yg kecik2 tu ye, bukannya ikan emas giant spt dlm gambar tu.

Masa pegi ambik baulu yg ditempah kat kedai mak terpandang baulu ikan yg besaq tu. Tauke baulu tu britau biasanya sepasang baulu ikan yg besaq tu ditempah utk dibuat hantaran, harga seekor RM5.00. Dah selesai membayar baulu yg ditempah dan nak beredar ke kereta tiba-tiba tauke tu panggil mak. Dia hulurkan bungkusan yg mengandungi seekor ikan besaq tu, katanya ikan tu dia tak jual sbb warnanya "terhangit" sikit, maknanya bukan warna "keemasan" la kan. Dia bagi free aje kat mak...alhamdulilah mak sy pun suka hati la sgt kan.

Dah sampai balik ke rumah masing2 duk membelek aje ikan besaq tu...tak sapa pun sanggup nak "meratah" ikan secantik tu. Tapi takkan lah nak disimpan selama2nya kan, nak dibekukan pun tak masuk akal la pulak. Akhirnya kami pun mencubit dan meratah sedikit demi sedikit ikan tu, sy cubit tang ekornya, mak pulak tang kepalanya dan adik pulak tang body yg montel tu ;)

Sy masih ingat lagi nenek sy dulu bakar sendiri baulu setiap kali nak raya, jenuh jugak duk "menimbuk" telur sampai kembang. Bila nak bakar guna bara api atas dan bawah...dah la puasa...duk tepi api pulak tu. Sekarang ni semuanya canggih dan serba mudah...semuanya guna mesin dan oven elektrik. Jimat masa dan tenaga. Menjana ekonomi keluarga.

Adakah rasa baulu buatan moden sama dgn rasa baulu buatan cara tradisional? Bagi sy "texture" baulu dulu2 lebih sedap, yg moden pun sedap juga tapi tak boleh "teng" dgn buatan cara tradisional.


Sep 24, 2009

Saya Sokong!

Petikan artikel Utusan Malaysia 24hb September 2009 :-

Perketat pemberian gelaran Datuk

KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Golongan berusia di bawah 40 tahun tidak wajar diberi gelaran Datuk atau Datuk Seri terutamanya jika mereka tidak memberi sumbangan besar kepada negara.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, faktor jasa dan sumbangan kepada negara perlu diambil kira oleh pihak istana sebelum memutuskan pemberian anugerah yang membawa gelaran tersebut.

Beliau berkata, faktor tersebut wajar diberi perhatian serius bagi memastikan institusi diraja terus dihormati masyarakat dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

"Kami menyokong ketegasan Datuk Dr. Rais Yatim dalam isu ini. Dulu mereka yang diberi anugerah Datuk atau Datuk Seri berdasarkan sumbangan besar kepada negeri dan negara.

"Sekarang berbeza, mereka yang baru berusia sekitar 30-an dah dapat Datuk atau Datuk Seri, apa sumbangan mereka kepada negeri dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada 'pembelian' gelaran seperti Datuk dari luar negara atau PhD secara ekspres merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani akan melahirkan satu generasi ilmuwan palsu.

Pada masa sama, kata Syed Anuar, pihak berkenaan terutama jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja.

Beliau berharap supaya satu piawaian yang ditentukan oleh pihak berkenaan diwujudkan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat gelaran itu.

"Mungkin juga ada orang dalam yang buat, perkara ini perlu dilakukan dengan telus kerana kita mahu nilai darjah kebesaran ini sentiasa terpelihara dan dihormati semua pihak," katanya.


Saya sangat-sangat, amat-amat bersetuju dan menyokong cadangan ini. Sepatutnya perkara ini telah lama diberi perhatian sewajarnya, ketepikan "glamor" dan "populariti", ketengahkan "makmor" dan "intergriti", ikhlas menabur bakti serta jujur dalam memberi.

Tidakkah terlintas di fikiran kita kenapa istilah gelaran "datuk" digunakan?

Bagi sy "datuk" adalah seorg tua yg telah menempuh liku2 kepayahan survival, membesarkan anak2 hingga berjaya dlm hidup, dikurniakan dgn cucu2 yg comel dan petah.

Berapakah tempoh masa utk semua ini berlaku?

Bandingkanlah pula antara gelaran "datuk" yg datang dgn sendirinya dengan gelaran "datuk" yg diberi kpd individu2 yg kononnya telah bnyk berjasa







Sep 23, 2009

Kosong...

Hari ini 04 Syawal.

Sy dah mula keja semalam. Di ofis ramai yg bercuti, hari Ahad depan barulah semua akan masuk keja semula. Drpd 29 org staf yg tinggal hanya 8 org saja.

Lengang...sunyi...kosong...



























Inilah suasana ruang pejabat di Department sy...semua 6 org staf sy izinkan bercuti. Biarlah depa nk raya sakan, lagi pun depa bukan selalu ambik cuti. Depa sentiasa komited pd keja, semua urusan telah diselesaikan sebelum bercuti panjang.



Inilah punca sy tidak sambung cuti raya....dokumen2 tender yg menunggu utk diproses. Sy perlu selesaikan semuanya pd hari Khamis 24 Sept.






Sep 21, 2009

02 Syawal 1430 Hijrah

Salam aidilfitri semua.

Suasana meriah sambutan raya baru saja bermula. Tiga orang adik2 sy bersama keluarga masing2 balik beraya tahun ini. Kecuali adik lelaki yg keja di KL tak dapat cuti, katanya insya allah akan balik pada sabtu minggu pertama syawal.

Hari ini hari raya ke 2, ramai sanak saudara bertandang ke rumah sejak jam 11 pagi berterusan bersilih ganti hingga menjelang maghrib. Inilah peluang untuk dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu, anak-anak sedara serta saudara mara lain jauh dan dekat.

Semua berpakaian sedondon sekeluarga serba baru berseri-seri. Duit raya pun silih bertukar dari mak menakan/pak menakan kepada anak-anak menakan. Dan anak-anak pulak seperti dah faham "prosedur" duit raya.... bila dapat je duit raya terus serah kepada mama/ibu/mami untuk disimpan. Alasannya...bimbang kot2 hilang atau tersalah letak.

Inilah antara foto-foto yang sempat sy ambik pada hari ni, sayangnya ada juga yg sy tak sempat ambik foto beberapa sepupu yg bertandang dgn keluarga masing2.

cucu2 mak tok : dari kiri shazrie, shariman,
shazwani, dannish dan shamyl

anak2 mak : dari kiri adik yg bongsu (dik nat),
kakak yg sulong (kak shady), bonda dan
adik nombor 3 (kak cik)
( mak tak mau bergambar langsung hari ni
pasai mak takdan nk pakai baju raya )

JAM 11.30 PAGI - tetamu pertama pada hari ini ialah sepupu sy Kak Caq Fauziah (anak Mak Long) bersama keluarga. Sy terlupa nak ambik foto...

JAM 12.30 TENGAHARI - kakak yg sulong datang dgn suami dan 2 anak daranya dari rumah mertua beliau...


dari kiri anak-anak sedara Ayu, Wani,
kak Shady dan Nurul (peace!!)

JAM 1.30 TENGAHARI - kehadiran Pak Tam, Mak Tam serta 4 anak perempuannya, menantu2 lelaki dan cucu2. Tak lama lepas tu sepupu sy Kak Cik Norizah (anak Mak Long) datang dgn suami dan 4 org anak2 beliau...


Pak Tam Shuib bersama menantunya Aris,
si kecil tu pulak Adam anak sepupu sy juga


Adam tambah air lagi tu dari abah dia


barisan sepupu2 lelaki, berbaju hijau tu
adik lelaki sy Shahidan sebagai tuan rumah


anak2 sedara asyik makan rempeyek dan
kerepek ubi pedas, depa tak berapa
minat biskut2 raya dan ketupat


Tok Ngah (mak sy la tu) melayan cucu2 menakan


di sini group kaum ibu, Mak Tam Rokiyah
(no. 2 dari kanan) dgn 3 org anak2nya,
berbaju merah juga sepupu sy, anak Mak Long

JAM 3.00 PETANG - seorang lagi sepupu Yani (anak Mak Cik Fazilah) datang dgn suami dan anak2...


sepupu sy Yani, suami dan anak2,
bakal menimang cahayamata pada Disember nanti

JAM 4.00 PETANG - Pak Long Hashim, Mak Long Che Tom dan sepupu datang dgn keluarga semua. Lupa juga nak ambik foto...

JAM 5.00 PETANG - sepupu2 lagi (anak2 Mak Lang Aishah)...


juga sepupu sy dgn isteri, anak Mak Lang


wanita cantik berdua ni adalah biras,
isteri kepada sepupu2 lelaki sy,
mak pulak khusyuk berbual


bertudung hijau tu adik ipar sy Cikgu Suria,
DikDan dan sepupu


ini dia 3 org anak dara kpd sepupu sy,
smpai skrg sy sentiasa keliru nama mereka,
hero kat sebelah tu anak sepupu yg sorang lagi

JAM 7.00 MALAM - sepupu yg tinggal di Seberang Jaya pulak datang sekeluarga, lupa jugak nak ambik foto...sibuk (buat2 sibuk) di dapur utk sedia makan malam.

Persiapan tahun ni ala kadar saja tapi tetap meriah dgn kehadiran saudara mara. Ketupat daun palas dah selesai pada hari raya pertama lagi. Segala persiapan telah ready awal tapi bila tetamu datang bertali arus bersilih ganti seperti hari ini kalut jugak jadinya. Ruang dapur yg kecik sy dgn adik2 conquer...Kak Cik (adik no.3) incharge minuman, Suria adik ipar sy yg sarat pregnant incharge kek dan kerepek, Dik Nat (adik bongsu) incharge bawa hidangan kpd tetamu.

Jadual esok hari raya ke 3 ialah berkunjung ke rumah terbuka sepupu2...

Nota : arwah abah sy ada 9 beradik...arwah adalah anak lelaki sulong. sy ada 32 org sepupu, 42 org anak sedara...

Nota : emak sy pulak ada 3 beradik, di sebelah mak sy ada 9 org sepupu dan 13 anak sedara...



Sep 20, 2009

Pagi 01 Syawal 1430

Inilah saja foto keluarga adik lelaki sy yg sempat diambil sebelum sembahyang sunat aidilfitri

enam sepupu
dari kiri shahriman, shazrie, dannish, shazwani, shamyl dan shahmi

tahun ini mereka sedondon warna biru

anak2 abah...along, angah dan iman bakal mendapat adik
awal Disember nanti...hopefully baby girl

along shamyl

angah shahmi

the little boy Iman






Malam Raya 01 Syawal 1430

Persiapan utk aidilfitri telah mula dilakukan sejak awal Ramadan. Biasalah kan waktu2 mcm inilah datangnya semangat kerajinan yg luarbiasa. Bab membersih rumah, mengemas, mengecat dan sebagainya tak habis2 dari sehari ke sehari. Longgokan sampah pun bertimbun2, begitu banyakkah benda2 yg tidak diperlukan masih tersimpan dalam stor, dalam almari, atas almari, bawah katil, dalam kotak, bawah tangga....aduhhhhh semuanya mak "kata" masih boleh digunakan lagi, masih elok lagi. Walhal benda2 tu akan tersimpan kat situ hinggalah aidilfitri tahun hadapan pulak.

Yang sebenarnya mak sayangkan setiap sesuatu yg dibeli dan digunakan sbb bukannya semudah memetik jari utk mendapatkan barang2 tersebut. Jenuh berpekin berjimat cermat kumpul duit, barulah dapat dibeli.

Aktiviti malam raya sambil mendengar takbir raya....mengisi biskut dalam bekas2 kuih raya. Sambil memenuhkan bekas sempat juga merasa setiap jenis biskut, siap dengan komen lagi...











ketupat daun palas sebelum dan selepas direbus,
dimakan bersama2 dgn rendang, kari daging atau serunding










Sep 14, 2009

Terima kad raya lagi

Koleksi ke dua kad raya adalah drpd cik puan zyma http://zymasaad.blogspot.com/, seorg businesswoman yg friendly, loving, sweet, generous, successful etc ( ayat2 membodek duit raya... )

Ini dia kad rayanya...kaler hijau lembut...kegemaran sy


Semoga persahabatan akan bertambah erat n mesreeeeeee...

Tq so much zyma ;)

Sep 12, 2009

Kad raya pertama tahun ni...

Surprise!!!
sy telah "mengambil" sendiri kad raya dari rakan blogger http://dotblogspotdotkom.blogspot.com aka uncle dot aka pakcik dot


Terima kasih banyak2 pakcik...pakcik mmg best!!



Hari ni 11 Sept pakcik kasi kad raya...jumaat depan 18hb pakcik kasi duit raya pulak ye ;)

Sep 9, 2009

Hari ini berapa haribulan?

iye...hari ni hari apa? Rabu

iye...hari ni berapa haribulan? 09 haribulan

iye...bulan? S
eptember

iye...tahun? 2009

iye...

09.09.
09


enjoy the beautiful and wonderful day my friends!


a little sunshine to brighten your day