Nov 6, 2009

Hujan

Hujan turun dgn lebat sejak petang Rabu berterusan ke malam. Hari Khamis hujan lagi sekejap sekejap on and off. Hari ni Jumaat hujan masih berterusan sejak semalam, sekejap lebat sekejap reda.

Syukur hujan membasah bumi, menyegarkan tanaman, rasa sejuk dan ingin berbungkus dlm selimut saja. Syukur juga kawasan kediaman sy ni tidak pernah banjir walaupun longkang besar sekeliling taman jarang2 sekali dibersihkan oleh pihak berwajib.


foto di ambil pd jam 11.30 pagi tadi,
sy snap foto dr dlm rumah sj, kat luar basah tempias hujan



rumah jiran di sebelah kiri

rumah jiran di sebelah kanan

Bila hujan mcm ni rasa malas nak keluar rumah utk sebarang urusan, hari ni cuti boleh la kan bermalas2an di rumah. Bukan sj cuaca di luar sana lembap, mata sy pun turut lembap, asyik nk pejam sj.

Berhati2 semua bila memandu di jalanraya, jgn mengekori keta di hadapan kita terlalu dekat. Pandu pd jarak yg selamat.

13 comments:

julietchun said...

di KL ni hanya gerimis sekali sekala. musim hujan camni perut cpt lapar ye, :D

kenari said...

juliet...sehingga jam 4.30 ptg ni dah 4 kali makan!

iza~de~bintang said...

Kat sini pagi2 tadi renyai..pastu berhenti...pastu rintik2 pulak.. berhenti lagi.sekarang berhenti tapi mendung jaaa.. mungkin nak tutun lagi lah kot..

ooo umah akak kat situ ya.. nanti iza pi sana bawak gambaQ tu lah..pastu matching kan hahahaha

google said...

ujan?.. huhuhu besnye.. tapi kalu dok kat rumah le.. kalu dok kat office..emmmm

kenari said...

iza...hehhee nak match gambaq dgn realiti ka...sila2 bawak mai ronda smpai jumpa

kuina said...

kat sini salji cair....

hehehe.. tarik selimut best nie...

kenari said...

pakcik google...duk umah time ujan cmni mmg mabeles, bermalas2an, bersantai2an hehehee

kenari said...

kuina...salji cayaq di kangaq bawak mai smpai ke aloq staq noooo. nmpk gayanya ramalan cuaca berterusan begini smpai hari ahad

Zyma Saad said...

Hujan yg turun bagaikan mutiara...
Hujan rahmat,Kak.
:)

kenari said...

zyma...mlm ni standby selimut tebal ("toto" kata org kedah)

Kujie said...

hujan2 ni sedih ingat dulu2...kalau musim hujan mak tak leh motong

sampai la ni, kalau dok menung sorang tengok hujan rintik2..mesti sayu tingat dulu2

kenari said...

kak jie...bila dikenang pengorbanan ibubapa mmg tak terbalas jasa depa. semangat mereka menjadi azam utk kita mencapai masa depan yg lebih baik

dahh dahhh jgn sedih2, hujan kat luar dah lebat kak jie, jgn hujan dlm rumah jugak ye :p

syah shah said...

hujan turun time malam tahan lagi nak bangun pergi keja... turun di awal subuh pagi tu... aduii... rasa macam tak mahu pergi kerja sungguh... hihihihihih :D :D

Post a Comment