Oct 9, 2009

Cerita Ceriti

Hari Ahad 4 Oktober 2009 sy dan EO menerima cenderahati dari bos skrg (Tuan S) dan bekas bos (Tuan Z). Kedua2 mereka berserta rombongan telah ke Jordan dan Mesir selama 10 hari atas urusan kerja. Tuan Z telah bertukar ke jabatan lain pd bulan Ogos yg lalu setelah 5 tahun berkhidmat di jabatan tmpt sy bertugas. Tempat Tuan Z diganti oleh Tuan S.



Cenderahati dari Tuan S - sebuah Quran kecil




Cenderahati dari Tuan Z - 2 kuntum mawar kristal dan
sebotol minyak wangi



Sy gabungkan mawar kristal pemberian Tuan Z bersama dgn
bunga kristal kecil yg sy beli di Langkawi


Pada 5 hingga 7 Oktober 2009 lalu sy ke Langkawi utk menghadiri kursus selama 3 hari. Oleh kerana keadaan cuaca hujan dan angin yg agak kuat maka sy membuat keputusan utk bertolak ke Kuah dari jeti Kuala Perlis. Jarak perjalanan dari ofis ke Kuala Perlis lebih kurang satu jam, sedangkan jarak dari ofis ke jeti Kuala Kedah hanya lebih kurang 20 minit saja.

Sy bimbang tak tahan dgn alun ombak krn cuaca yg tak "sporting", takut dilambung ombak, takut mabuk laut @ pening ke @ muntah ke = malu kat penumpang lain kan. Tempoh masa 2 jam tu lamaaaaaaaaaaa...smpai di Kuah mau lembik jadinya.

Perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Kuah = 1 jam 45 minit - 2 jam, tambang RM23.00.

Dari Kuala Perlis ke Kuah = 45 minit - 1 jam, tambang RM18.00.










Semalam 8 Oktober 2009 diadakan jamuan raya di pejabat sy. Antara menu yg disediakan ialah nasi daging, laksam, satay, ketupat, lemang serta kuih raya serba sikit. Sambutan tahun ni lebih meriah krn dah ada ramai staf iaitu 29 org, tahun lepas cuma 16 org saja.

Atas sebab2 keselamatan dan hakcipta terpelihara maka tidak dapatlah sy letakkan gambar2 kat sini ye ;)

11 comments:

kuina said...

ayat last tu betul2 skima...

hehehe..

iza~de~bintang said...

syoknya dapat sobenir dari jauh.
Ooo pi kursus rupanya, patut la lama tak nampak hehe..

*Kak KuIna : komen Kak Ina pon skima gak ahaks

Catwoman said...

Welcome back org jauh...
Hihihi...

Kujie said...

suka tgok awan mengebu tu...

kenari said...

kuina..kerahsiaan identiti rakan2 sekerja, manalah tau depa tak izinkan utk tatapan umum

iza..lg best dua2 bos kasi sobenir tu tanda ingatan

zyma..dah sihat ka..jauh di mata aje kan ;)

kak jie..awan gemawan tu utk tatapan si iza. waktu pegi tk dpt nk ambik foto sbb ujan

Kak Long said...

Baiknya hati bos2 tu bagi hadiah...
Lama juga kalau naik feri ke langkawi. Tak pernah naik feri, tapi kalau pergi langkawi selalu jugak merayau kat jeti feri tu.

kenari said...

kak long...lenkali ke langkawi naik feri pulak ye,kutip pengalaman...

Tie said...

Waaaa........bestnya dapat cenderahati... alhamdulillah.

Err..takut gak dengan ombak yang tak friendly tu... kak tie pun mudah mabuk.

Pak Zawi said...

Kenari,
Pak Zawi dah lama tak ke Langkawi. Teringin sekali nak mejejaki kaki ke Pulau Lagenda Mahsuri ini.

kenari said...

kak tie...sy ni naik kapalterbang pun takut, naik feri pun takut, naik bas ekspress pun takut...abis cmno?

kenari said...

pak zawi...jemput la ke pulau mahsuri ni dlm bulan disember nnti utk temasya LIMA

Post a Comment