Dec 8, 2010

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah

Hari ini sy ada tugasan luar di daerah Sik, Kedah. Setelah selesai urusan pada jam 4.00 petang sy dan rakan setugas seramai 3 orang mengambil peluang untuk melawat ke ladang anggur.

Sungguh teruja dan rasa tidak percaya dapat tengok sendiri penanaman pokok anggur di Malaysia khususnya di Kedah.






Buat pertama kali live di ladang anggur, sungguh seronok melihat buah2 yg bergantungan menunggu masa untuk dipetik pada akhir bulan nanti.

Tempoh matang buah2 anggur sebelum boleh dipetik adalah 4 bulan, setahun dua kali tanaman.







Sy beli sedikit anggur untuk merasa, satu paket RM10.00, yg hijau RM12.00. Rasanya manis rangup dan segar!

Sekarang dah tau di mana lokasi ladang ini Insya Allah sy akan ke sana lagi dgn keluarga dalam masa terdekat ini.

12 comments:

mie said...

best ni!!!
nak kena pergi

Tie said...

Wah!!! Kalaulah dapat tanam anggur di tanah sendiri, tentu seronok!

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ok gak tu.... negara kita pun tak kurang juga dengan buahan import....

blh la tanam anggur kat belakang rumah nih...

Kujie said...

ramai dah dok cherita pasai kebun anggoq ni..hari tu mak p, tapi katup

pokok anggoq yg tanam tepi pagaq ghumah 4-5 taun dah tak pernah berbuah pun..last2 beli anggoq Tesco

Mak Su said...

yes! malaysia boleh. arwah abah dulu pernah tanam, tahun 80an. dia sungguh yakin.

Syah Shah said...

wahahahahah tetiba rasa teruja nak pergi the next time cuti balik kedah... heheheheh :D :D

Zeaf I-sahus said...

cam best je..
yg seedless ade tak kat situ?

Izariza said...

salam ziarah,
dah agak lama juga dengar pasal ni tapi tak pernah sampai ke sana .. setakat ni di mana anggur Malaysia ni dipasarkan? Carrefour ada tak? :)

Unknown said...

uihhh... sedapnya!

Kak Long Mawar Merah said...

Wah Kenari,
Tahu-tahu dah pergi ladang anggur je.
Nak ikut! Nak ikut!
Memang teruja tengok buah anggur yang tunggu masa nak petik.

IxoR@ said...

kagum sebab kat Malaysia pun boleh tanam anggur... besar/segar nampaknya....

teringin la nak melawat tapak...

;D

anyss said...

Salam,
Saya pun pi sana gak...best kan? cantik je empangan tu...

Memetik Anggur di Tasik Beris

Post a Comment