Jun 10, 2010

~ Pulut Durian ~

Petang tadi pada jam 3 petang Kelab Kebajikan pejabat sy telah menganjurkan majlis "Pesta Buah-buahan Tempatan". Semua pegawai dan staf seramai 30 orang hadir menjamu selera.

Menu utama adalah pulut durian....


bahan utama adalah pulut , santan dan....



durian!!!


Sampingan....rambutan dan manggis


Cara sy makan :
a. gaulkan isi durian dengan pulut
b. masukkan santan dan sedikit gula


c. inilah hasilnya...siap sedia untuk di makan
d. kalau nak lebih umphhh lagi tambah isi durian lagi


pakat-pakat layan diri


dan makan sendiri


tambah lagi ye...ada banyak lagi pulut dan durian tu

Musim buah semakin menjelang tiba. Lepas ni di pejabat akan sentiasa ada orang yang sedekahkan buah durian, manggis, rambutan, langsat, dokong dan pelbagai lagi.

Adakah itu dinamakan durian runtuh?

8 comments:

Pn Kartini said...

Salam..:)

Aduhai..dah lama tak jumpa pulut durian..teringat masa dulu2 bila makbonda buat..suka sesangat!!:)

Tq..mengimbau nostalgia !

Syah Shah said...

memang durian runtuh sungguh...

saya dah laa tengah teringin makan durian nih, akak tayang plakk... takleh jadi betul nih... nak kena cari jugak malam nih... Iskkk...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

pulut derian... tu pebret pakcik ..... mmg tak menahan......

KTS said...

best best best

.
.

buah2an tempatan best... rambutan, manggis tu mmg mengancam..

errr..durian kurang mengancam.. sbb sy mmg tak mkn durian.. :D

kenari said...

Puan Kartini, setiap kali mengadap pulut durian yg digaul begini pasti teringat kat arwah abah sy, his favorite too.


Syah Shah, cepat2 pegi ronda kat pasar malam, pasti ada berlonggok2


Pakcik gugel, kegemaran sy juga :p


Cik KTS yg ayu, kamu tak mkn derian? satu kerugian yg tidak dpt dinilai oleh Jab.Penilaian Negara :)

Syah Shah said...

last week cari durian kat pasar malam tak ada pulak yang meniaga...tenseennnn ja rasa...

malam ni nak try cari lagi... kalu takde jugak, saya peghambat incik Firdaus carik tempat jauh-jauh sikit... Tak kire dah. Hahahahahah :P :P :P

Tie said...

Hari tu balik Johor, nampak gak durian, tapi tak banyak. Kat ganu ni belum lagi... yang ada durian Thailand.. tak best.

Dr Singa said...

pernah makan..
nasi + durian + santan ??
.
satu kombinasi yang penuh 'angin'

Post a Comment