Assalamualaikum semua, dah lama tak cerita apa2 kat sini. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi bersama, life is routine day in day out.
Sejak 2 tahun yang lepas emak sy disahkan menghidap sakit buah pinggang, doktor kata tahap kreatinin semakin tinggi. Itu tandanya buah pinggang mak semakin lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Rawatan terakhir adalah dengan kaedah haemodialisis, seboleh-bolehnya kami tidak mahu mak sampai ke tahap itu.
Pertama kos rawatannya. Kedua kesan selepas setiap kali rawatan yang terpaksa dilalui oleh mak. Saya difahamkan pesakit akan merasa letih dan lemah setiap kali lepas menjalani rawatan "mencuci darah".
Sebagai alternatif adik lelaki saya yang tinggal di Rawang telah mencadangkan supaya mak mencuba rawatan secara 'elektronik'. Alhamdulilah di Alor Setar ni ada klinik tersebut iaitu Klinik Perubatan Elektronik di Kompleks Shahab Perdana. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut kaedah rawatan ini sila lah ke sini http://ecpinetwork.com/default.aspx.
Kali pertama ke klinik tersebut doktor mengambil sample darah, air liur dan rambut untuk kenalpasti DNA mak. Ubat-ubatan yang diberi adalah berdasarkan kepada status keadaan sel badan setiap pesakit.
Kali ke dua lawatan, doktor telah terangkan kepada mak setiap jenis penyakit yang ada pada setiap organ badan hasil daripada ujian DNA...jantung, hati, hempedu, buah pinggang, paru2, otak dll.
Doktor telah memberi 10 jenis ubat untuk tempoh sebulan, setiap satu ubat untuk rawatan organ yang tertentu. Sudah seminggu mak saya amalkan ubat ini 3 kali sehari disamping minum air ecpi. Pada 25hb Mei akan datang mak akan ke hospital lagi untuk ujian darah. Masa tu nanti baru akan tahu sama ada tahap kreatinin dalam buah pinggang semakin meningkat atau stabil.

Setiap penyakit ada ubatnya, ikhtiar dan usaha serta doa kepadaNya.
13 comments:
Wah.. ubat color-color.. macam gula-gula.
Tie pun asyik telan ubat sekarang ni. Mungkin kerana terlalu stress, penyakit pun bertambah-tambah. Sekali-kali, bawalah mak tu ke tempat yang baru, mungkin ia dapat membantu tubuhnya untuk sembuh lebih cepat. Semoga dapat sembuh kembali.
Sepupu saya kena sakit ni sejak umur 7-8 thn...bayangkan asik cuti de dari sekolah tapi dia boleh jadi pelajar terbaik..dapat SBP pun tak pergi...
lepas tu ambil farmasi skrg kerja kat hospital dan berkahwin dgn orang hospital yang kerja kat makmal darah....
life dia mmg di hospital..cuci darah 3 kali seminggu dan isteri pun di hospital.
Kalau yang warga emas ni, lagi kena berjaga2..sebab ketahanan badan melawan penyakit makin kurang..
moga emaknya dipelihara Allah dari segala kesulitan
Tie, mak kata ubat tu semua rasa manis, tanpa bahan kimia atau dadah, lebih kurang macam rawatan homeopathy.
Tie juga kena la jaga kesihatan tu ye.
Kujie, kami sedang mencuba alternatif rawatan selain drpd haemodialysis. Doktor di hospital kata kebarangkalian utk sembuh memang tidak ada tetapi kita boleh cuba utk mengawal dan menstabilkan peningkatan tahap kreatinin tu.
Seorg mak menakan sy telah melalui proses mencuci darah ni 3x seminggu selama beberapa tahun. Kesian tengok keadaan diri dia. Sy tak nak mak melalui semua tu. Dan mak menakan tu telah meninggal awal tahun 2010.
Aduhai... banyaknya ubat mak Kak Shah. Semoga mak akan rasa lega lepas jalani rawatan. Mungkin betul kata doc, susah nak sembuh sebab faktor usia, tapi kalau mak kurang merasa sakit, tu pun dah syukur kan kak. Harap2 camtu lah. Amiinnn.
Tq iza. harapan utk pulih sepenuhnya mmg tak ada, kita pun sedia maklum tu. cuma biarlah mak ayah kita sihat seadanya, boleh makan pakai sendiri, bergerak sendiri. kita pun nak ke arah tu jugak....
pakcik pun p juga homeopathy nih... dia ambik rambut kita... lepas tu ada la alat... dan kat situ dapat kenal pasti......
so far... ok la... obat dia rasa manis....
usaha.... tawakal.... insya ALLAH....
moga cepat sembuh.....
sebenarnya ubat tu memang buat dari gula pun... diberi getaran elektronik ke camna entah... saya lupa... makcik saya ada cerita dulu... dia kerja dekat klinik perubatan elektronik ni lah... :D :D
aduh...tu ujian Allah bagi. Aku harap aku tak diduga seperti kau, takut aku tak sabar nak tempuhinya
Akak, saya tag akak, sila jawab... hohohohohoh :D :D
Hi Kenari, wow! That many obat? Hope everything okay with you.
You keep well and have a great week.
Best regards, Lee.
slm,saya nk tya kujie..
cousin kujie tu wt haemodialysis smpi skrg ke??
dia amek pharmacy kt u smbil wt dialysis ke? atau dia dh wt transplant??
salam, nak tanye sket. macam maner condition mak akak selepas blood test 25hb Mei tu? saya tanye sbb adik saya baru 6 hari menjalani rawatan alternatif elektronik ni - aida
Post a Comment