Mar 12, 2010

Shell

Seperti biasa rutin mingguan sy pada setiap pagi Jumaat ialah ke pasar. Minggu ni tak banyak yang perlu dibeli, stok ikan dan sayur2 masih ada lagi. Kenapa stok yg dibeli Jumaat lepas tak abis? Sebabnya CHEF WAN tak berapa sihat kebelakangan ni, biasanya Chef Wan yg rajin memasak itu ini.

CHEF WAN yg mana satu ni...Datuk Chef Wan yg terer memasak tu ke? Bukan, bukan Datuk Chef Wan yg glamour tu. Mak sy bernama CHE WAN...maka sy dan adik2 selalu bodek mak setiap kali mak masak sedap2. Dan setiap menu yg mak masak memang SEDAP!


bersiap sedia utk ke pasar

apa ni?
belum pernah sy jumpa atau tengok di mana2


ramai yg singgah membelek dan bertanya pd penjualnya
kami diberitahu ini adalah SHELL
ada yg berseloroh minyak SHELL tu ka?

inilah rupa isi SHELL tersebut
dijual pada harga RM6.00 sekilo
ada sesiapa yg pernah makan SHELL ni?

Inilah hasil penjelajahan sy di Pasar Al-Boukhary. Penuh jugak bakul kecik ni dgn sayur, ikan dan ayam. Hari ini Jumaat 12 Mac dah bermula cuti sekolah, minggu depan adik2 dan anak2 sedara nak balik. Boleh lah CHEF WAN mempraktikkan kepakaran memasak beliau.



12 comments:

Kujie said...

tak pernah....
kalau mentarang pernah lah...

kenari said...

Kujie,
sy pernah makan kerang, siput sedut dan lala saja. yg lain2 tak pernah lagi

p/s mcm mana dgn result along

Kak Long Mawar Merah said...

Cantiknya shell tu...
Rasanya memang tak pernah makan benda tu.

Yunus Badawi said...

Org kerja Shell tak boleh makan Shell tu hehehe
Sedap tak isinya?

Kalau saya ke Kedah bolehlah singgah rumah utk rasa masakan chef wan.

kenari said...

kak long,
dah sihat ke? memang cantik kulit shell tu. hari jumaat depan kalau ada dijual lg sy nak beli sikit. isinya dimasak dan kulitnya sy nak simpan

kenari said...

YB,
sy tak pernah makan lagi la, so tak tau mcm mana rasanya. YB nak merasa masakan chef wan ye, sudilah singgah ke pondok comel kami ni

Syah Shah said...

mungkin diberi nama shell sebab rupa sama dengan logo Shell... Hihihihihihih :D :D

kenari said...

syah shah,
atau pun logo Shell yg ciplak rupa bentuk shell tu. yg mana satu wujud terlebih dulu >> logo shell atau shell seafood?

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

x pernah makan tp siput tu.... biasa la.....

shell seafood la dolu.... sbbb minyak dtgnye dari perut laut... so ideanye dari hidupan laut tu la... huhuhuhu

kenari said...

pakcikdotkom,
bijak sungguh pakcik ni, suami sapa lah ni ye :p

DrSam said...

salam kenari. saya pun pertama kali tengok rupa kerang logo SHELL ni. menarik juga.

kenari said...

DrSam,
mungkin kerang SHELL ni famous di tempat2 tertentu aje kot

Post a Comment