Mar 3, 2010

Cameron Highlands ( Day 2 )

Sabtu 27 Feb.2010

Selepas bersarapan nasi lemak kami bertolak ke Kea Farm...tempat berjualbeli sayur, buah, bunga, pakaian dan pelbagai keperluan lain, lebih kurang seperti pasar tani. Kami berada di situ sejak jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Selesai di Kea Farm kami terus balik ke hotel untuk check-out pada jam 12.30 tengahari. Agenda seterusnya makan tengahari, solat dan lawatan ke Cactus Point. Jam 3.30 petang kami bertolak balik meninggalkan Cameron Highlands melalui Simpang Pulai.

Perjalanan balik ke Alor Setar berjalan lancar. Kami selamat sampai pada jam 10.30 malam.













Ini adalah antara sayur-sayuran yg sy beli serba sikit di Kea Farm






sayur kincam dah siap sedia utk di goreng...


ini pula adalah salad yg adik sy sediakan
memang sedap...manis...rangup...segar...

Akhirnya hajat utk ke Cameron Highlands tercapai sudah. Rasa tak puas lagi jalan2 menikmati suasana kehidupan di CH. Jika ada peluang dan kelapangan sy akan ke sana lagi.

13 comments:

Syah Shah said...

seronok pergi cameron highlands nih... dah banyak kali pergi pun masih suka pergi lagi... heheheheheh :D :D

kenari said...

syah shah,

ada seronok, ada tak seronok
yg seronok > jalan2 tgk tmpt org
yg tak seronok > duit pun turut berjalan :p

p/s sy pun nak pi sana lagi

KTS said...

telan air liur tgk salad tu... faveret saya tu

;D

I'm Seri said...

Salam kak,

Fresh sayur2 tu...murah2 pulak. Saya suka jagung manis dan ubi rebus kat sana. Memang best.

kenari said...

KTS,

iye telan air liur tu, nnti menitik pulak :p

sedap bangat salad tu

kenari said...

iris,

jagung bakar pun sedap kan, sedap sbb smua baru dipetik dari ladang trus dimasak n makan

Yunus Badawi said...

Salam kenari.

Seronokkan dpt pergi CH? Sekali pergi mmg rasa nak pergi lagi. Satu yg tak seronok kalau beli bunga kekwa tu, bila sampai tempat kita yg panas ni, bila habis bunganya dah tak nak keluar yg baru huhuhu

kenari said...

Salam YB,

sbb tu lah sy tak beli sebarang bunga atau pokok bunga. dah tau dah bunga2 tu tak kekal dan tak hidup segar mcm kat CH.

lebih baik beli sayur2 kan, kenyang di makan!!!

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

huhuhu... mmg bes p sana... terutama orang pompuan la.... kalu balik tu.. mau sewa lori.. seme bunga dan sayuran nak dibelinye.. memang tak menahan...

orang lelaki?.. tgk aje le... huhuhuh

Tie said...

Waaaaa......... suka tengok sayur-sayur tu... Bunga2 di sana betul-betul menyegarkan pandangan, kan...

kenari said...

pakcikdot,

kaum wanita ni kan prihatin, setiap yg dibeli tu utk dikongsi bersama kaum kerabat jugak kan

kenari said...

Tie,

memang mengharukan purse bila tengok barang2 kat sana, semua nk dibeli walaupun SEDIKIT, buat kenangan. sy beli sayur yg dibungkus dlm paket2 kecil, 16 bungkus = RM10.00

Kak Long Mawar Merah said...

Seronok beli sayur dan bunga-bungaan kat sana, hehehe...

Post a Comment