Mar 1, 2010

Cameron Highlands (Part 2)

Sambung lagi pengalaman pertama sy ke Cameron Highlands (coretan ini sebagai kenangan utk renungan dan nostalgia sy di tahun2 mendatang)

Jumaat 26 Feb. 2010

Jam 4.00 petang kami semua berkumpul di lobby hotel. Atur cara seterusnya ialah lawatan ke ladang strawberry. Semua dah excited berangan2 nak petik sendiri buah strawberry, termasuklah sy (tetap maintain cool)

Untuk memetik sendiri setengah kilo buah strawberry pelawat perlu membayar RM20.00 dan dibenarkan 2 orang saja untuk masuk ke kawasan yang dikhaskan. Jangan lepaskan peluang ni, manalah tau ini adalah peluang pertama dan terakhir bagi sy kan.

Sy ingatkan pokok2 strawberry ditanam di atas tanah, ternyata andaian sy itu salah sama sekali. Pokok2 di ladang ini ditanam di dalam polybag dan pasu2 kecil yg disusun teratur dan kemas.

Setengah kilo tu banyak mana, berapa biji nak dapat? Logiknya ialah jika petik buah2 yg besar akan dapat bilangan yg sedikit untuk setengah kilo, kalau yg kecik2 sangat nampak macam tak sedap dan kurang menarik pulak kan. Jadinya petiklah yang sedang2 aja.....

Soalan :- boleh ke sambil petik sambil makan?

Jawapan :- TIDAK BOLEH!

Sebab :-
sentiasa ada pekerja Bangla (ada Bangla kat Cameron tuuu...)
yg mengawasi aktiviti petik memetik ni,
bila ada yg curi2 masuk mulut dia akan warning "hello abang-kakak,
tara boleh makan itu buah aaaaa, kasi petik saja aaaa,
mau kasi timbang!"
(kehkehkeh...satu dah selamat masuk mulut)

Setelah ditimbang hasil yg sy kutip beratnya ialah 0.576 kilo.....
terlebih sudah! Yg terlebih tu kenalah tambah bayaran RM3.00 lagi.
(Moga2 yg TERmakan sebiji tadi tu coverlah ye dgn tambahan RM3 tu)




To be continued....

p/s dah ngantuk zzzzzzzzz....






4 comments:

Ku Tak Sempurna said...

masa sy pergi sana thn lepas, kebetulan rmi org... so, sambil petik smbl makan...

.
.

abg2 bangla tu tak perasan..
.
.
;D

kenari said...

KTS,

cik kts ni kan gadis genit, mana lah abg2 bangla tu nak nmpak cik kts dicelah2 pokok strawberi tu :)

Kujie said...

stoberiii.... yumm...yummm..nampak je manis tapi rasa tak de la semanis warna dia

berapa banyak beli bunga?

heheheh...pompuan mesti beli bunga lah ..

kenari said...

kujie,

btul tu nmpk sweet n mcm sedap sgt, indah rupa dari rasa :)

bunga? sy beli bunga kincam dan bunga kobis je hehehehe. bunga2 lain tak beli, nnti layu sebelum smpai alor setar

Post a Comment