Feb 28, 2010

Menuju Puncak

Menuju puncak? Sesi ujibakat Akademi Fantasia ka? Bukan. Bukan nak cerita tentang Menuju Puncak Akademi Fantasia. Jika sudi, teruskan membaca.

Khamis 25 Feb.2010
Jam 11.30 malam para peserta dan ahli keluarga masing2 berkumpul di hadapan pejabat.

Jumaat 26 Feb.2010
Jam 12.00 malam semua peserta 26 dewasa dan 14 kanak2 mengambil tempat masing2. Bas bergerak menuju destinasi.

Jam 5.00 pagi kami selamat sampai ke R&R Tapah. Membersihkan diri dan solat subuh.

Jam 8.00 pagi bermulalah perjalanan menuju puncak >>> Cameron Highlands! Singgah sarapan di Tanah Rata. Selesai sarapan kami meneruskan pendakian.

Jam 11.00 pagi tiba di Boh Tea Centre. Perjalanan ke sini memang mendebarkan dgn pemandangan yg menakjubkan. Laluannya amat sempit, berliku2 melalui tebing curam yg penuh menghijau dgn pokok teh. Kami menghabiskan masa hampir satu jam di sini, menikmati suasana dan pemandangan yg sangat cantik.




Sempat juga menikmati Jasmine Green Tea bersama strawberry tart. Sedap!

Jam 12.00 tengahari kami bertolak dari Tea Centre menuju ke Bee Farm. Laluan ke tempat menternak lebah juga curam dan agak licin. Waktu nak turun tu ok tak ada masalah tapi bila nak naik ke atas semula mencungap jugaklah. Dua tiga kali time-out untuk ambik stamina.



Jam 1.00 tengahari kami tinggalkan Bee Farm menuju ke restoran di Brinchang utk makan tengahari. Jamuan telah tersedia utk kami. Menunya kari ayam, ikan goreng, sayur campur, ulam dan sambal.

Jam 2.00 petang kami check-in di Parkland Hotel. Rancangan asal kami nak menginap di Hotel Rosa Passadena tapi hotel tersebut dah fully booked. Maklumlah cuti umum Maulidul Rasul bersambung dgn cuti hujung minggu.

Aktiviti seterusnya pada jam 4.00 petang. Sempatlah lelapkan mata dan berehat sekejap.




To be continued....
Ini adalah kali pertama sy sampai ke Cameron Highlands. Orang lain dah berulang kali ke sini, sy hanya mendengar cerita tentang keistimewaan dan keindahannya. Akhirnya tercapai juga hasrat utk ke sini.

12 comments:

Pn Kartini said...

Salam..;):)
Mesti seronok kan..
:)belum sampai ke sana lagi...!!aduhaii..:):)
Jalan berliku dan berbukit..itulah alasan si hb bila diajak ke sana..:):):)

Tie said...

Wah ! Tie langsung tak pernah pergi la Kenari... Asyik dengar cerita orang je...

Err.. tak beli sayur ke ? Kincam ada ?

kenari said...

Puan Kartini,

iye memang seronok walaupun memenatkan kaki sebab kena memanjat dan mendaki. jalannya memang berliku, kalau sy sendiri pun tak berani nak drive kereta, mau aje sy tinggalkan kereta tu kat tepi jalan :p

jika melalui Simpang Pulai jalannya kurang berliku berbanding dari Tapah

kenari said...

Tie,

sy pun asyik terlopong dgr org cerita pegi cameron. akhirnya tercapai jugak hasrat.

sayur? ada jugak beli serba sikit. kincam pun ada...itu pun sbb dah tau dari blog Tie dulu. kalau tidak memang tak kenal jugak lah

iza~de~bintang said...

Wah syoknya jalan2. Akhirnya sampai jugak ke Cameron noooo :)

kenari said...

Iza,

nnti bila2 nak pi dgn iza pulak, iza jadi tour guide ye :)

I'm Seri said...

Kak, Cameron memang lebih best berbanding Genting. Saya suka beli sayur2 dan bunga kat atas tu.

=)

kenari said...

Iris,

tak puas rasanya 2 hari di Cameron. memang puashati beli-belah sayur kat sana. bunga? cantik2 memukau

Kujie said...

ait...p ramai2 tu tak booking dulu ka?

huhu.... tak hidu bau baja?

seronoknya kalau sampai utk pertama kali...

kenari said...

Kujie,

tempahan dah dibuat sebulan dulu tp masa tu pun kebanyakan hotel dah penuh. maka-nya ambik je lah hotel mana yg ada

memang seronok, rasa tak habis lagi berjalan2 kat sana. nak pi lagi..... :p

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

"...Laluannya amat sempit, berliku2 melalui tebing curam yg penuh menghijau dgn..."

memang MENCABAR.. hanya yang PAKAR je tau macamana nak MELALUI nye... huhuhu...

seronok kan p sana.. pakcik pernah p sana... 4 tahun lepas...

"anytime is winter time...CH.."... huhuhuhu...

kenari said...

pakcikdot,

mmg seronoklah kat atas sana, rasa nak pi lagi :p

p/s 4 tahun dulu tu pakcik pi honeymoon ke :)

Post a Comment