Feb 24, 2010

Bertemu Rakan Sekolah Selepas Suku Abad Berlalu


Pengenalan


Tahun 2010 ni dah jadi tahun Jejak Kawan pulak. Apa tidaknya, sy telah dapat berhubung semula dengan kawan-kawan yang telah lama hilang dari mata ( dan ingatan garupale ). Maklumlah dah lebih 25 tahun berlalu. Semuanya bermula daripada seorang kenalan blog dan seterusnya melalui Facebook.

Ya! Ya! sy dah daftar FB atas pelawaan ( dan desakan ) seorang kawan baik sewaktu di sekolah dulu. Bermula dari seorang, semakin hari semakin bertambah Friendlist. Saling bertukar nombor telefon dan terus berbual bertanya khabar terkini.


Pertemuan I - 19 Februari 2010

Sy terima sms dari rakan sewaktu belajar dulu. Katanya dia nak turun ke Alor Setar kerana ada urusan peribadi. Sy pelawa dia ke rumah dan dia setuju. Jam 12.00 tengahari kami berjumpa di tol Alor Setar (Utara) buat pertama kalinya sejak tahun 1986... 25 TAHUN. Dia datang bersama 3 orang anaknya. Dah sampai ke rumah sy kami makan-makan, borak-borak cerita masing-masing. Nama kawan sy ni Mariah tapi sy dan teman-teman serumah dulu panggil dia Angah sebab di antara kami ber-empat dia nombor dua tua (lahir bulan Julai). Dan sy pulak di panggil Achik sebab sy yang paling muda (lahir bulan Oktober). Panggilan tu kekal di antara kami hingga kini. Along dan Uda entah di mana kini, masih tidak dapat dikesan.

Angah sekarang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Nilai. Anak Angah yang sulung telah pun berkahwin dan Angah pun dah ada cucu. Masa cepat berlalu. Jam 3.00 petang Angah bertolak ke Kuala Kedah untuk urusannya. Insya Allah ada kesempatan lain kami akan berjumpa lagi.


Pertemuan II - 24 Februari 2010

Sy dan seorang rakan pergi lunch di KFC Jalan Stadium Alor Setar. Kawan sy tu dalam perjalanan balik ke Langkawi setelah selesai urusan beliau di sini. Saja lah jumpa dan borak-borak sambil makan kat tempat yang sejuk berhawa dingin dalam keadaan cuaca yang panas terik sekarang ni.

Sambil makan-makan tu sy perasan seorang wanita bersama anak perempuannya di meja sebelah kami. Memang sy cam dan masih kenal wajah dia, rakan sekelas semasa di Sek.Men. Sultanah Asma Alor Setar (1977 - 1979). Kami tidak pernah bertemu semula apabila sy bertukar ke Sek.Men. Teknik Ipoh pada tahun 1980. 30 TAHUN......

Sy pun tegur dia >>> " maaf nak tanya, kamu ni Paridah kan? "

Dan dia jawab >>> " ya. tu la aku dok peghati hang, ghasa macam kenai. Hang Sha..... kan? " (maafkan sy, sy tidak pandai dan tidak bisa sama sekali berbahasa hang - aku )

Bermulalah sesi soal-jawab kemas-kini maklumat masing-masing. Dia juga bertugas sebagai guru di sebuah sekolah. Dan sekolah tempat dia mengajar tu adalah di kawasan kediaman sy, sama-sama tak tau, orang kedah kata dok lalu pi mai pi mai tapi tak sedaq habaq.


Penutup

Pada hari Sabtu 27 Februari bertempat di............ KL akan berlangsung reunion and gathering bekas pelajar Sek.Men. Teknik Ipoh 1980-1982. Tapi sy tidak dapat turut serta kerana telah terlebih dulu memberi komitmen untuk menyertai program lawatan dan hari keluarga bersama rakan-rakan ofis ke Cameron Highland pada 25 - 27 Feb. Pasti akan ada macam-macam cerita dalam FB rakan-rakan yang hadir ke reunion tersebut. Balik dari Cameron nanti sy akan terjah ke FB depa......




12 comments:

Kujie said...

amboiiiiiiiiiiii...patut lama tak update
dia p jumpa kawan2 alam realiti sampai lupa kat kita semua ni...

tak pernah jumpa kawan2 lama..huhu

Tie said...

Bertuah sungguh Shah ! Dapat juga bertemu dengan rakan sekolah. Semoga persahabatan kalian terus kekal mesra.. :)

kenari said...

Kujie,

lama tak update pasai tak dak bahan yang panas, cuma cuaca saja yg panas meletit la ni

sy pun tak pernah jumpa atau berhubung dengan kawan2 selepas tamat sekolah, semenjak duamenjak kenal blogging dan FB ni baru lah mula jumpa semula

kenari said...

Tie,

bertuah? memang bertuah anak mak sorang ni :)

sy ni dulu-dulu pendiam macam 'patung bernyawa' dalam kelas. bila dah tinggalkan bangku dan meja sekolah langsung tak kisah nak keep-in-touch dengan kawan2. sekarang ni baru nak mula 'bernyawa' semula

julietchun said...

bila dah abis sekolah semua berterabur dan tak berhubung.patut diadakan reunion balik, tapi jangan pulak ada yang tak datang.:P

kenari said...

juliet yg chun,

bukan tak mau pi, tapi tak penah tau pun depa buat reunion. maklum ler sy ni bak kata org dulu2 anak dara pingitan

iza~de~bintang said...

amboi ramai dah jumpa geng lama noo.. jangan lupa jumpa iza bila kak shah ada masa nanti :)

tercapai gak hasrat nak panjat cameron. selamat bercuti :)

Ku Tak Sempurna said...

alamak... baru je delete FB... camane?? hurrmmmmm ;)

kenari said...

iza,

alhamdulillah dpt berjumpa semula dgn kwn2 lama.
dgn kwn2 baru pun teringin nk jumpa jugak, dekat tapi jauh kan

kenari said...

KTS,

alamak!! knp delete fb tu? siapakah yg telah membuat cik kts merajuk hingga sanggup mendelete fb?

dotblogspotdotkom said...

huhuhu.... bes juga jmpa kawan2 lama nih... tp pakcik nih ANTI SOSIAL.. tu pasal x mengharap pun REUNION @ apa.. kalau jumpa... kira ok la.. tap nak mencari.... malas la....

lapi pun tiada apa yg menarik tentang pakcik yg boleh dikongsikan bersama mereka.... depa seme hebat2 belaka noo.... huhuhuh

kenari said...

pakcikdot,

sy juga tak pandai bergaul, tak ramah bercerita, tiada apa yg interesting utk di kongsi

KITA SERUPA TAPI TAK SAMA

Post a Comment