Dec 11, 2009

Pisang ada kaki ke?

Seperti biasa setiap pagi Jumaat sy akan ke pasar. Biasanya sy beli ikan, ayam, udang, sayur dll utk stok seminggu. Asyik2 ikan dan sayur yg sama juga yg dibeli saban minggu. Mak pun kadang2 bersungut nak masak menu apa setiap hari...dah tak dak idea katanya.

Kebiasaannya selepas selesai membeli ikan dan sayur sy akan ke bhgn buah2an pulak. Dah selalu sangat beli pisang berangan atau betik, kdg2 epal. Hari ni nak cari sesuatu yg berlainan. Dan terserempak lah dgn buah pisang kaki ni, mmg sy dan family gemar mkn buah ni. Pernah beli sebelum ni, harga sebiji antara rm1.00 - rm1.50, beli 3 biji je sbb mahal.

Tapi kat pasar hari ini dijual 14 biji = rm10.00
Murah? murah ler drpd biasa.
Sy pun beli 7 biji = rm5.00...berbaloi?


Kalau yg pernah dibeli sebelum ni bila dibelah ada biji,
tapi yg sy beli pagi tadi langsung tak ada biji,
senang lah nak mkn kan, hari ni aje dah selesai 3 biji sengihnampakgigi

Khasiat Pisang kaki

Turunkan Tekanan Darah Tinggi Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung (http://ttuyup.wordpress.com/2006/08/07/buah-buahan-dan-nilai-ubatan/)




14 comments:

Tie said...

Tie tak pernah makan buah ni. Selalu juga tengok di supermarket, tapi takut nak beli, takut tak suka rasanya..

Rasa macam mana, ek ? Rupanya macam mandarin je..

kenari said...

Tie...beli 2-3 biji dulu dan CUBA RASA. Kalau Tie tak berani nk try test, anak2 bertiga tu kan ada, minta diorg rasakan utk Tie :p

Syah Shah said...

dedulu masa kat Indon salu ayah beli sebab murah kat sana... Tapi tak gemar makan sebab rasa dia cam pelik sikit... Kikikikik :P :P

kenari said...

Syah...sy pun tak gemar kalau yg dah terlalu masak. suka yg sederhana masak...rangup kruppp kruppp

Tie said...

Ooo...ye ke ? Kalau rasa pelik, Tie pun takut laa.. takut membazir je. Anak-anak ? Hmm.. selalunya mama mereka jadi tukang rasa dulu, hihi..

kenari said...

Tie mesti cuba makan jugak buah pisang kaki ni, blom coba blom tau kan. come on tie...u can do it...go tie go! go!! wakakakaaa :p

Bro Framestone said...

la selame nie telan xtau pulak nama buahnye..tp sedap he...23x

out of topic--> he..23x itu yg ingin bro perkatakan..tapi xde pulak yg memperkatakan.. tetapi lebih suka pula berbangga2 dgn bnde nie

ops kaler kuning sebab bnde tue terkotor he...23x anak raja jauh sekali even selalu berangan jd anak raja

www.broframestone.com

maklang said...

kat sini ada pisang tapi bila makan rasa ubi...

tak sabar nak jumpa awak....Allah Maha Kaya...bertemu dialam maya...sebut2 petang tadi, Allah pertemukan kita...Amin...
:)

IxoR@ said...

Sis...

seriously, tak pernah jumpa dan tak pernah makan.....ada pernah dengar nama tapi tak tau mcmana rupa....

Rasa manis? ermm...sekali tgk mcm tomato la.

kenari said...

bro framestone pun suka jugak ekkkk, i likeeeee :p

kenari said...

maklang...patut ler sy asyik trsedak je kemarin, rupanya ada yg dok nyebut2 :p

kenari said...

sis ixora...kat supermarket mesti adanya, skrg ni tgh musim import buah ni kot. namanya persimmon...u should try it

Abg Din said...

dianya nama bikin kompius...

Macam-macam ada.. said...

Pisang kaki ni sedap.. Sedap sangat. siapa yang tak pernah rasa, kena lah rasa.. Kat Pasar malam putrajaya, pisangkaki ni mahal. nak cari yang sebiji seringgit memang takde. paling murah pun, 4biji RM5. tu yang bukan dalam plastik. yang dalam plastik punya, 5 biji RM6. tu yang tak berapa cantik. kalau yang elok dan cantik, 5 biji RM7. aku rasa nak bakar je pasar malam kat putrajaya tu. Walaupun aku duduk kat putrajaya, aku lebih rela gi pasar malam Bandar baru bangi. LAGI MURAH.

Post a Comment