Dec 11, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Alhamdulillah!!!

Dengan rasminya pada 10hb Dis. jam 12.00 tengahari sy telah berjaya MENAMATKAN kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Sejak hari Isnin 7hb Dis. sy dan 32 org calon2 PTK yg lain telah bertungkus lumus bersengkang mata berhempas pulas menyiapkan tugasan2 yg telah diwajibkan.

Flashback....

7hb Disember - Pendaftaran peserta, ceramah I berkenaan Pengurusan Organisasi, di ikuti dgn sessi perbincangan tugasan kumpulan. Selepas rehat tengahari di sambung dengan ceramah II berkenaan Pengurusan Kewangan dan seterusnya sessi perbincangan tugasan kumpulan yg ke dua pulak. Markah setiap tugasan ialah 30, utk 2 tugasan = 60 markah...banyak tu.

8hb Disember - semua peserta hadir dgn pelbagai reaksi, keluhan, keresahan, dan debaran. Kenapa? Sebab hari ini semua diwajibkan membuat "public speaking" mengikut topik yg telah ditetapkan (tajuk2 telah diberikan 2 minggu sebelum kursus bermula). Masing2 mencari "port" utk praktis dan praktis. Masing2 tidak tahu giliran siapa yg akan dipanggil terlebih dahulu, mmg TENSION!!! Masa ditetapkan 10 minit, markahnya 15, panel penilai 2 org.

9hb Disember - selesai sudah "speaking london" semalam. Hari ini dan esok utk pembentangan tugasan individu pulak. Setiap calon diberi masa 15 minit, markahnya 15 juga, panel penilai 3 org. Ketegangan semakin ketara. Ramai bersungut tidak cukup tidur, ada yg dapat tidur 2-3 jam shj. Tugasan individu sepatutnya diserahkan semalam tetapi pihak urusetia telah melanjutkan tempoh hingga jam 5.00 ptg esok....lega! Ada yg masih mencari2 bahan utk mencukupkan 20+ mukasurat seperti yg disyaratkan. Markah utk tugasan ini ialah 30 markah.

Bagaimana dgn sy? Syukur sy tidak perlu menyediakan tugasan individu ini (Bhgn Functional) krn sy telah mencapai tahap IV waktu pertama kali mengambil PTK tahun lepas. Sy hanya perlu mengulang Bhgn Generic iaitu pd hari pertama dan kedua, tahun lepas sy hanya mencapai tahap III utk bhgn ini, tahun ni nak cuba dptkan tahap IV. Baru lah akan dpt merasa anjakan gaji.

10hb Disember - hari ke dua utk pembentangan tugasan individu. Calon yg telah selesai membuat pembentangan menumpukan sepenuh perhatian utk menyiapkan tugasan masing2, perlu diserahkan sebelum jam 5.00 petang, begitu juga dgn tugasan kumpulan. Jam 11.00 pagi selesai pembentangan oleh 7 org calon terakhir. Seterusnya majlis penyampaian sijil dan penutup, berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Akan tetapi...

Oleh kerana 2 kertas tugasan kumpulan belum lagi siap sepenuhnya, maka sy dan ahli2 kumpulan seramai 5 org stay back hingga jam 4.00 petang. Begitu jugak dgn kumpulan yg lain, masing2 pulun utk tugasan kumpulan.

Ini adalah foto-foto sewaktu sessi pembentangan tugasan individu. Ada yg memberi tumpuan kpd peserta yg sedang membuat presentation, dan ada juga yg asyik dgn notebook, duk pulun dgn tugasan.

Kumpulan 1


Kumpulan 2


Kumpulan 3


Kumpulan 4


Kumpulan 5
(group sy la ni....tapi sy tk de dlm foto ni ye)


Kumpulan 6



sewaktu majlis penyampaian sijil dan penutup

Semoga semua peserta PTK tahun 2009 ini akan mendapat Tahap IV dlm kedua-dua bahagian Generic dan Functional, bolehlah dipertimbangkan sebagai salah satu syarat untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat.

Amin....doa

11 comments:

julietchun said...

pangkat tak naik tapi gaji naik pon ok gakkan,hahahahaha.

kenari said...

juliet...btul tu yg penting gaji mau naik berganda :p
kalu naik pangkat tanggungjwb pun naik jugak berganda2 :)

Tie said...

Naik pangkat ? Naik gaji ?

Mesti belanja Tie makan tau !

kenari said...

Tie...blum tau lagi huhuhu. baru abis kursus dan tugasan. kena dpt result Tahap IV baru naik gaji insya allah

google said...

walawey... lps nih dpt naik gaji melintang... menegak.... menjunam... tambah lagi naik pangkat plak... huhuuh

kamu memang hebat!!

kenari said...

pakcik google...dpt naik gaji aje pun dah syukur, itu aje target sy ambik PTK ni.

Yunus Badawi said...

Teruk jugak ya. Semoga kenari dpt tahap IV. Saya kerja sendiri mana ada PTK.

Ujian saya ujian sebenar samada dpt projek ke tidak huhuhu

kenari said...

YB..first time YB komen kat blog sy ni, rasa teruja huhuhu. PTK YB nnti adalah kepuasan pelanggan, serta projek2 baru yg bersilih ganti setelah terbukti YB kontraktor berwibawa

Kujie said...

teruja nengok org2 besar2 berkumpul..hehe

kenari said...

Kujie....yg besar ada, yg kecik ada, yg kurus tinggi pun ada, yg chubby pun ada. smua utk satu matlamat...lulus PTK :p

Abg Din said...

klu benda yg kita buat itu ikhlas... pasti kita dapat manfaatnya...

Post a Comment