Dec 22, 2009

Klinik Pakar Oftalmologi

Antara rutin sy pada setiap 3-6 bulan ialah membawa emak ke Hospital Sultanah Bahiyah utk mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Oftalmologi atau Pakar Mata.

Emak telah menjalani major surgery pd tahun 2000. Selama 6 bulan selepas pembedahan mata emak terpaksa tidor secara menelentang, tidak boleh beralih ke kiri atau kanan, tidak boleh tunduk, tidak boleh mengangkat barang2 yg berat, tidak boleh itu dan ini dan sebagainya. Tempoh pemulihan selepas operation di bahagian belakang bebola mata utk membolehkan jahitan dan luka pulih sepenuhnya, maklumlah mak sy mengidap diabetes.

Hingga sekarang masih lg perlu membuat follow-up setiap 3-6 bulan.


pintu masuk ke Klinik Pakar dan ruang menunggu selepas mengambil nombor giliran


kes2 rawatan dibahagikan kpd bilik2 yg berasingan


Bilik no.75...kat sini lah utk rawatan kes mak sy


mak tak larat nk berjalan dari lobby ke klinik di tingkat 2, maka lebih mudah gunakan kerusi roda yg disediakan oleh pihak hospital


tiba giliran mak di rawat oleh Dr.Haslina, cantik dan manis orgnya, lemah lembut. Dr.Haslina adalah pakar yg merawat dan melakukan pembedahan bagi kes mak sejak tahun 2000 hingga kini


Dr.Haslina arahkan MA membuat scan ke atas mata mak sbb katanya ada kesan kemerosotan atau kurang sihat pd urat saraf mata.

Doktor mencadangkan mak menjalani operation sekali lg, tapi tiada jaminan 100% penglihatan akan pulih sepenuhnya. Mungkin akan bertambah baik atau mungkin tiada sebarang perbezaan sebelum dan selepas pembedahan. Mak memilih utk tidak membuat pembedahan, dah tak larat nak berpantang selepas operation nnti, lagi pun tiada jaminan akan pulih atau lebih baik drpd keadaan skrg.

Temujanji seterusnya ialah pada bulan Ogos 2010...


28 comments:

iza~de~bintang said...

Alamak, ada kemerosotan.. semoga mak kak kenari cepat pulih. Mmg lah tak boleh pulih macam zaman dolu-dolu kan, tapi pulih supaya dia selesa pun dah okey lah.

Catwoman said...

Salam Akak Kenari.....

Semoga ibu Akak cepat sembuh ye....
Sama2 kita doakan utk ibu Akak.

;)

Tie said...

Ooo...gitu ke ?

Ada cuba cara pemakanan sihat (khas utk mata) tak ? Boleh tanya doktor tu...

myQza said...

aduhai! ramainya yg tunggu turn tU!!

aku dulu pernah ada temujanji dgn pakar mata. nama je temujanji. giliran dari pagi sampai tengah hari!

semoga emak kamu bertambah sihat! yang perting..s etia temujanji ke hadir..
:)

en_me said...

siannyerr emak ittewww..

Syah Shah said...

teringat masa saya selalu temankan arwah nenek saya pegi temujanji dengan doktor di hospital atau klinik... Heeheheheheh :D :D

sonata anak kancil said...

semoga ibu cepat sembuh & boleh menikmati makanan2 yang berpantang tu....

julietchun said...

lebih baik mak kenari tak buat operation lagi kalo takde jaminan, kesian nanti dok tanggung sakit.

kenari said...

iza, mak terpaksa membataskan aktiviti harian. tak boleh lasak mcm dolu2 dah. kalau mak gagahkan jugak akan berlaku pendarahan pd urat saraf, ligamen terkoyak dsbnya

kenari said...

zyma, amin amin amin! terima kasih ;)

kenari said...

tie, doktor selalu pesan jaga makan minum dan tahap diabetes mesti terkawal. jika diabetes teruk maka tahap penglihatan juga makin merosot

kenari said...

tedi, biasalah tu setiap kali hari temujanji mesti ramai org. jenuh jugak tunggu turn, tunggu nk jumpa doktor berjam2 tapi bila dah masuk utk rawatan tak sampai 10 minit dah pun selesai.

kenari said...

en_me, tak kesian kat sy jugak ke :p

kenari said...

syah, sy temankan mak utk berjumpa pakar mata. setiap 3 bulan mak ada temujanji utk rawatan nephro (buah pinggang) jugak. kemudahan semua ada, kita menafaatkan sebaik mungkin

kenari said...

sonata, emak berpantang mkn minum utk kawal tahap diabetes dia, tak boleh buat keja2 berat utk elakkan drpd berlaku pendarahan pd urat saraf dan koyakan ligamen di belakang bebola mata

kenari said...

juliet, btul tu. sakit satu bab, dah tu tak boleh buat keja yg biasa2 dibuat. kalau budak2 kecik boleh juga dilarang ditegah, org tua2 ni mana maunya. tersilap tegur sensitip jadinya :p

Kamsiah yusoff said...

besarv pahalanya menjaga org tua..tamabh2 lg yg kurang sihat..ini la masanya membalas jasa mereka membesarkan kita,kan...

kenari said...

kamsiah, kdg2 terabai jugak kebajikan dan keperluan bonda dek krn bebanan keja. rasa bersalah dan kesal bila tidak dpt ditunaikan

Yunus Badawi said...

Mungkin pilihan yg baik utk tidak buat operation sekali lagi.

Emak saya pun pernah buang katerak kat Hospital Tun Hussein Onn beberapa tahun dulu. Nasib tak perlu buat rawatan susulan.

kenari said...

YB... masalah cataract atau selaput mata adalah biasa bg org tua2, mak sy dah operate kedua2 belah mata dia. tapi kes mak sy ni berkaitan dgn retina mata, membabitkan operation di bhgn belakang bebola mata. Tu yg agak rumit utk pemulihan selepas pembedahan

Abg Din said...

itu lah , benda klu dah lama ada saja yg rosak... benda2 begini kita tidak mampu elak...
masa masih muda remaja dulu mcm takleh terima, napa org boleh sakit ini sakit itu.... tapi bila dah banyak tempuh waktu, barulah faham....

kenari said...

salam abgdin, mcm dah ada pengalaman je abgdin ni. sama lah sy pun bila dah jejak 40an ni mula terasa sengal lenguh sakit itu ini

dOrmantWriter said...

jaga kesihatan ibu kamu yee..

pst..pst... dr haslina tu dah kawen ke?.. kalu blm.. kim salam kat dia..huhuhuhu

kenari said...

mr google, hehehe berkenan ke kat dr.haslina tu?
mak sy pun berkenan jugak :p
tak tau lah pulak dah kawen ka blom, nnti sy cuba risik2 yea ;)

DrSam said...

memang sedih apabila melihat ibu (atau bapa) menderia sebegini. terharu.

Kak Long said...

kenapa lama sangat baru temujanji berikutnya?

Apa-apapun, doa semoga emak akan sembuh.

kenari said...

Dr Sam, mmg terharu dan rasa serba tak kena. anak2 menjadi harapan di kala mereka semakin uzur dan perlu perhatian.

kenari said...

trima kasih atas doa kak long tu. kita sbg anak sntiasa inginkan kesejahteraan mereka.

Post a Comment