Dec 28, 2009

Take Off To Rawang 25th Dec. 2009

Minggu ke 52 tahun 2009.

Percutian terakhir bagi tahun 2009. Kebetulan pula cuti umum sambutan Krismas pada hari Jumaat, maka ianya diganti pada hari Ahad. Dapatlah bercuti 3 hari. Sememangnya telah dirancang lebih awal utk ke rumah adik lelaki di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kebetulan beliau dan adik ipar baru saja menimang cahayamata pada 28hb Nov. yang lalu.

Misi percutian kali ini -----> Nur Sharah Qistina

Kami bertolak dari Alor Setar pada jam 9.30 pagi. Cuaca cerah. Harap2 begitulah sepanjang perjalanan.



Di sepanjang lebuhraya sawah padi yang baru
ditanam subur menghijau

Jam 12 tghari kami singgah di R&R Bkt Gantang.
Adik bongsu dgn anaknya Danny

Adik ke tiga dgn anak2 Shazwani dan Shazrie

Maktok makan nasi goreng

Bekalan yg dibawa --- nasi goreng, ayam goreng, kek pisang, pizza,
ketupat dan rendang daging. Semuanya licin...selesai.

Singgah sekejap di Hentian Sebelah Gua Tempurung

Cuaca panas terik, bagi budak2 mandi dan salin baju

Maktok tanya brp jam lagi nak sampai Rawang?

Alhamdulilah kami selamat smpai ke rumah adik pada jam 4.00 petang. Sebelum bertolak dari Alor Setar sy dah set-kan meter, hasilnya 430 km dari Alor Setar ke Rawang

Bersambung ke siri-2...rindu

12 comments:

myQza said...

huh!!
tahan maktok jalan jauh2 ek?

mak saya mmg x larat jln jauh2 dah..
lenguh kaki duk lam kete lama2

kenari said...

tedi...maktok gagahkan juga sbb nak gi tgk cucu baru. Ptg smlm smpai balik ke a.star, malamnya maktok demam. mmg tak larat dah travel dgn keta jauh2 tapi hatinya kuat, nak pi jugak

iza~de~bintang said...

Mana Kak Kenari nya..duk letak gambaQ adik2 ngan anak menakan ja ni hehehee. Adeh lapaQ pulak nampak nasi gorang pagi2 camni.

Semoga maktok cepat sembuh. Semangat maktok nak tengok cucu buat dia kuat... salute maktok :)

kenari said...

iza, biasalah kak kenari ni sembunyi dibelakang kamera aje. nak maintain low profile la katakan ehemmmm :p

julietchun said...

saya selalu lupa nak set meter kalo berjln jauh.

Catwoman said...

Salam Kak....

Jalan jauh ye.....
Luas pemandangan dan pengetahuan!!!

;)

kenari said...

juliet, sy ni mmg suka reset speedometer tu. lepas isi minyak pun sy zerokan jugak :p

kenari said...

zyma, setahun sekali aje sy dgn family ke rawang, itu pun kalau ada cuti yg panjang bersambung2 dgn weekend

Kamsiah yusoff said...

seronok berkelah kat R&R tu ya...

Tie said...

Suka la kalau dapat berkelah gitu, tak kiralah walaupun kerana perjalanan jauh. Bestnya makan-makan di tempat rehat.

kenari said...

Kamsiah, a'aa mmg seronok, makan pun laju je.

kenari said...

Tie, jejarang sekali dpt berkelah mcm tu. bila travel jauh2 bawa mak n budak2 mmg kena selitkan aktiviti berkelah barulah trip tu jadi memorable kan ;)

Post a Comment