Dec 29, 2009

Touch Down Alor Setar 27th Dec.2009

Sambungan dari siri-1....

Pada sebelah malamnya adik sy buat majlis harijadi anak ke 3 dia Shariman genap usia 6 tahun pada 25 Disember.


ini dia kek harijadi Iman...Ultraman tuuuuu


Iman yg berdiri berbaju putih tu, dok tunggu abahnya nyalakan lilin,
pastu ramai2 nyanyi dan tiup lilin....budak-budak....


para abah-abah, ibu-ibu, maktok nak makan kek jugak


tu dia Nur Sharah Qistina, new addition to our family


abis la Ultraman tu kena potong, kepala ke mana,
tangan kaki pun entah kat pinggan sapa


danny dgn shazrie mcm tak suka je mkn kek tu,
bak mai sini makcaq tolong abiskan sengihnampakgigi


anak dara berdua ni dok asing sebelah kat meja makan di dapur,
pinggan yg dania pegang tu makcaq punya kan ihikhik


Hari ke 3, 27 Dis.2009 dah nak balik ke Alor Setar dah.


Sharah cucu yg baik, tak nangis pun waktu maktok ada,
usia Sharah genap 30 hari celebrate


maktok dgn cucu2, wani n dania dah ada geng sepupu gegirl


maktok nak bawa Sharah balik ke Aloq Setaq ka.....
Angah kat sebelah tu dah muncung garupale


kami bertolak balik pada jam 9.30 pagi dan
smpai ke Alor Setar jam 4.30 petang,
jauh perjalanan 860 km...

Dec 28, 2009

Take Off To Rawang 25th Dec. 2009

Minggu ke 52 tahun 2009.

Percutian terakhir bagi tahun 2009. Kebetulan pula cuti umum sambutan Krismas pada hari Jumaat, maka ianya diganti pada hari Ahad. Dapatlah bercuti 3 hari. Sememangnya telah dirancang lebih awal utk ke rumah adik lelaki di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kebetulan beliau dan adik ipar baru saja menimang cahayamata pada 28hb Nov. yang lalu.

Misi percutian kali ini -----> Nur Sharah Qistina

Kami bertolak dari Alor Setar pada jam 9.30 pagi. Cuaca cerah. Harap2 begitulah sepanjang perjalanan.



Di sepanjang lebuhraya sawah padi yang baru
ditanam subur menghijau

Jam 12 tghari kami singgah di R&R Bkt Gantang.
Adik bongsu dgn anaknya Danny

Adik ke tiga dgn anak2 Shazwani dan Shazrie

Maktok makan nasi goreng

Bekalan yg dibawa --- nasi goreng, ayam goreng, kek pisang, pizza,
ketupat dan rendang daging. Semuanya licin...selesai.

Singgah sekejap di Hentian Sebelah Gua Tempurung

Cuaca panas terik, bagi budak2 mandi dan salin baju

Maktok tanya brp jam lagi nak sampai Rawang?

Alhamdulilah kami selamat smpai ke rumah adik pada jam 4.00 petang. Sebelum bertolak dari Alor Setar sy dah set-kan meter, hasilnya 430 km dari Alor Setar ke Rawang

Bersambung ke siri-2...rindu

Dec 22, 2009

Klinik Pakar Oftalmologi

Antara rutin sy pada setiap 3-6 bulan ialah membawa emak ke Hospital Sultanah Bahiyah utk mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Oftalmologi atau Pakar Mata.

Emak telah menjalani major surgery pd tahun 2000. Selama 6 bulan selepas pembedahan mata emak terpaksa tidor secara menelentang, tidak boleh beralih ke kiri atau kanan, tidak boleh tunduk, tidak boleh mengangkat barang2 yg berat, tidak boleh itu dan ini dan sebagainya. Tempoh pemulihan selepas operation di bahagian belakang bebola mata utk membolehkan jahitan dan luka pulih sepenuhnya, maklumlah mak sy mengidap diabetes.

Hingga sekarang masih lg perlu membuat follow-up setiap 3-6 bulan.


pintu masuk ke Klinik Pakar dan ruang menunggu selepas mengambil nombor giliran


kes2 rawatan dibahagikan kpd bilik2 yg berasingan


Bilik no.75...kat sini lah utk rawatan kes mak sy


mak tak larat nk berjalan dari lobby ke klinik di tingkat 2, maka lebih mudah gunakan kerusi roda yg disediakan oleh pihak hospital


tiba giliran mak di rawat oleh Dr.Haslina, cantik dan manis orgnya, lemah lembut. Dr.Haslina adalah pakar yg merawat dan melakukan pembedahan bagi kes mak sejak tahun 2000 hingga kini


Dr.Haslina arahkan MA membuat scan ke atas mata mak sbb katanya ada kesan kemerosotan atau kurang sihat pd urat saraf mata.

Doktor mencadangkan mak menjalani operation sekali lg, tapi tiada jaminan 100% penglihatan akan pulih sepenuhnya. Mungkin akan bertambah baik atau mungkin tiada sebarang perbezaan sebelum dan selepas pembedahan. Mak memilih utk tidak membuat pembedahan, dah tak larat nak berpantang selepas operation nnti, lagi pun tiada jaminan akan pulih atau lebih baik drpd keadaan skrg.

Temujanji seterusnya ialah pada bulan Ogos 2010...


Dec 14, 2009

Pek-Nga Nyioq Muda

Ada sesiapa kat sini yg tau pek-nga tu apa?

Dah tau?

Tak tau?

Tak nak ambil tau?

Pek-nga tu adalah sejenis kuih.....asal usulnya?

Pek = tepek
Nga = belanga (bukan nganga ye)

Macam mana cara membuatnya, bagaimana rupa parasnya, dan apakah rasanya?

Pek-nga ni kira famous la dulu2 masa kat rumah tokwan di kampung. Biasanya utk sarapan pagi. Sangat senang dan ringkas utk membuatnya, sedap dimakan panas2.

Bahan2 yg diperlukan...


Seelok-eloknya guna kelapa muda sbb isinya lembut dan manis, tapi dah takde yg muda, boleh jugak guna yg hampir tua dan isinya masih lembut.

Macam mana nak dptkan isi kelapa muda?


Gunakanlah kukur nyioq ni....pernah tengok dak?
Tau ke cara nak menggunakannya?


Dulu2 belum ada mesin pemerah santan, hari2 kena kukur nyioq, pastu diperah utk dapatkan santan.


Dah siap dikukur sebelah kelapa tu, kejap je keja ni, alah bisa tegal biasa katakan.


Step ke dua, masukkan tepung, sedikit air, gula dan garam secukup rasa (bukan Secukup Rasa yg dlm paket tu ye)


Gaul rata2...dah siap.


Step ke tiga, panaskan belanga dan tepeklah satu senduk adunan tu tadi. Leperkan mcm buat pancake tu ye. Ikut suka citarasa nak tebal ke nipis ke, kecik ke besaq ke. Alih2kan hingga masak dan hidangkan.

Pesanan (tips) dari mak sy :-
1. jika tak letak gula pun takpe sbb kelapa muda mmg dh manis
2. sedap di makan begitu saja (slogan ni dah lama ujud sebelum Gardenia lg)
3. sedap juga jika dicicah dgn gulai ikan temenung


Selamat mencuba!