Nov 13, 2009

Rokok buatan sendiri

Tak percaya?

Tak percaya rokok boleh di buat sendiri di rumah?

Arwah abah sy dulu hisap rokok Lucky Strike topi Di samping itu arwah juga membalut sendiri "rokok daun" yg diperbuat dari daun nipah muda yg telah dikeringkan terlebih dulu. Caranya dengan menggulung sedikit tembakau di dalam daun nipah yg telah dipotong pendek mengikut saiz yg sesuai.

Hari Sabtu yg lalu sy dan mak ke rumah Pak Tam dan Mak Tam utk menziarah Tok Besah. Sambil borak2 tu Pak Tam duk balut rokok yg dia hisap. Sy belum pernah tengok sapa2 membalut rokok dgn cara begini. Arwah abah sy dulu guna daun nipah dan tembakau saja.

1. bahan utama - tembakau

2. bahan ke dua - helaian kertas pembalut


3. alat untuk menggulung kertas pembalut

4. letakkan tembakau di dalam alat penggulung

5. rapatkan

6. selitkan sehelai kertas pembalut di bahagian tengah

7. pusingkan perlahan2 supaya kertas bergulung
antara alat yg berisi tembakau

8. buka semula alat penggulung, sebatang rokok dah siap

9. senang saja kan, dlm masa beberapa minit saja
dah siap stok rokok

10. simpan dalam bekas yg dikhaskan
ada sesiapa nak cuba ke?

AMARAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!


takboletakboletakbole

24 comments:

Kujie said...

ayah kita guna rokok daun je...hehehe

iza~de~bintang said...

Waaa retronya cara tu hehe, susah nak jumpa tu. Kak Kenari siap buat step by step screen shoot lagi tu hehe.

Abah Iza tak pernah isap rokok :)

Tie said...

Ha ha... suami Tie ada benda2 gitu dulu. Entah sekarang kat mana pulak. Dia malas nak gulung, selalu tak menjadi, hi hi...

syah shah said...

abah saya tak merokok... adik lelaki dan abang saya merokok, tapi rokok biasa...

First time saya tengok orang balut rokok macam gini lepas kawen hampir tiga tahun lepas... Adik beradik lelaki incik Firdaus semuanya perokok yang tegar... terutama ayah dia... Heheheheh :D :D

julietchun said...

penah tgk kawan buat cara gitu, sanggup dia usung benda tu kehulu kehilir. lebih baik beli yg biasa ye :D

google said...

emm cara nih lebih senang sikit.. tapi ianye kertas.... bukan daun nipah.... tembakau dia bau wangi... tiada sangat campuran mende2 yg pelik...

Zyma Saad said...

Salam Akak...

Merokok membahayakan kesihatan - Betul.
Tapi masih ramai yg merokok dan tak kisah ttg kesihatan.

:)

kenari said...

kujie..abah sy pun hisap rokok daun di rumah, tapi kat luar dia hisap rokok Lucky Strike :p

gaya, mutu, keunggulan (ciplak trademark dunhill)

kenari said...

iza... bgus la abah tak hisap rokok.
itulah pertama kali sy tgk pak tam balut rokok cara mcm tu, kalau gulung rokok daun tu dah selalu tgk dah

kenari said...

Tie...sy tgk mudah aje caranya bila guna alat tu, smua sama saiz. bgus la kalau suami dah tak merokok

kenari said...

syah shah...itu namanya bapa borek, anak2 rintik. harap2 anak2 lelaki incik firdaus n puan SS tak merokok ye

kenari said...

juliet...mgkin sbb alat tu ringan dan kecil mudah utk dibawa ke mana2 asalkan bekalan tembakau n kertas pembalutnya sntiasa ada

kenari said...

mr google...tntu rasanya pun berbeza kan. rokok daun tentunya lebih umpphhhh, cara menggulung juga perlu ada skill

kenari said...

zyma...dah mcm2 kempen tntg bahaya merokok ni tapi mcm tak berkesan aje kan

Kak Long said...

kalau kat sekolah, hisap rokok daun pun tak boleh tau!

kenari said...

kak long...kawasan sekolah adalah tmpt larangan merokok, sama spt di hospital. mgkin ada cikgu2 lelaki merokok di bawah pokok2 yg berdaun lebat :p

Mak Su said...

maksu masa kecik dolu2 penah tgk sorang makcik ni prepare rokok daun jer... lain2 versi maksu tak reti. ;)

kenari said...

maksu...tu la sy pun baru first time tgk cara ni, amat mudah sekali. mgkinkah ini yg menyebabkan "keengganan" berhenti merokok

Tie said...

Eh... dia masih merokok lagi, susah betul... tak dengar nasihat Tie.. rasa nak pulas telinga dia...eh tak laa.. kang dosa pulak, ekekek...

en_me said...

jomm, isap mender lain larr fulakkks.. ehehe

kenari said...

Tie dan en_me....iye iye sy tau sy blom update citer baru lg. Tgh kekalutan fikiran dgn angka2 ggrrrrrrrrrrr.....

oleh krn hujan sekejap2 berterusan makanya otak juga menjadi lembap...jgn salahkan diri sendiri :p

Abg Din said...

abgdin dah terlepas azab merokok ne... alhamdulilah sejak 2004 tidak terikat dgn benda tu....

水煎包amber said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

arieon said...

Siap ada amaran lagi kat bawah tu. Nasib baiklah aku dah lama berhenti merokok.

Post a Comment