Nov 9, 2009

Kelas percuma untuk kawan-kawan

Alang-alang tuan rumah dah bagi kunci, apa lagi...meronda sakan buat macam rumah sendiri. Nak juga buat satu entri kenangan..cewahhh!

Ni rahsia ni..rahsia kerajaan bawah langit. Ramai yang fobia nak tukar template sebab takut sidebar hilang, widget kat sidebar tu kena pasang semula satu-satu. Dulu memang , tiap kali tukar template, kita kena pasang balik widget kat sidebar... part paling seksa!

Sekarang ada caranya..jangan takut..mari dekat sikit saya nak bisik-bisik. lepas saya dah bagitau jangan balik dok dendiam pula..mesti menerai. Baru menjadi.

Mula-mula kenal pasti widget yang ada di blog sama ada di sidebar, main wrapper, header atau pun footer. Sebelum tukar template baru, Pergi ke Layout > Edit HTML


Ini adalah widget di sidebar wrapper blog ini- copy dan paste code yang dihighligh tu dan save kat notepad. Boleh digunakan setiap kali kita tukar template.











Selepas upload template baru, klik Confirm & Save.

Lepas tu pergi ke Layout > Edit HTML cari code seperti di bawah :

<div id='sidebar-wrapper'>
<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

Letak code widget yang kita save kat notepad tadi seperti gambar di atas.

Save. Senangkan...kita dah pindahkan semua widget sidebar dengan cara yang amat mudah.

Sama saja caranya jika kita ada widget di main wrapper ( di bahagian header atau footer blog posts)

Faham ke tak ni ye... saya bukan cikgu tak pandai nak terangkan bagi murid2 faham..hehehe



* Kadang-kadang ada masalah ID yang sama , contoh HTML1 ada 2, tukar salah satunya dengan ID lain , contoh HTML6,7,8. Atau ID Feed1 ada 2, tukar salah satunya dengan ID lain, contoh Feed11.




5 comments:

kenari said...

Kujie (gurubesar) dan Tie (guru tadika katanya), terima kasih x1000 sbb susah payah mengubahsuai, mengemas, mendekorasi dsb di rumah sy ni. rasa teruja bila tgk dah cantik molek cmni.

harap ada rakan2 lain yg mendapat manafaat dari tutorial khas oleh kujie

julietchun said...

mungkin lepas ni buleh cuba.

kenari said...

juliet..belum cuba belum tau susah ke senang ke, kacang kulit keras ke atau kacang botak ke ;)

dOrmantWriter said...

huhuhu mmg marbeles kamu nye template.... WOW!!.. sweet gitu...

TQ da tutorial....huhuhu

kenari said...

pakcik google...sy pun berkenan dgn template pakcik tu, bleh sambil2 minum kopi secawan

Post a Comment