Tok Besah?
Sapa Tok Besah tu?
Tok Besah ialah ibu kepada arwah abah sy...nenek sy la tu kan.
Nama penuh ialah Habsah bt Taib, dilahirkan pada 16 Oktober 1918 bermakna umor tok la ni 91 tahun. Sejak selepas raya hari tu kesihatan tok semakin merosot. Rasa agak kesal sedikit sbb sy tak pernah teringat utk mengambil foto tok sewaktu beliau masih sihat bergerak ke sana sini.
Sapa Tok Besah tu?
Tok Besah ialah ibu kepada arwah abah sy...nenek sy la tu kan.
Nama penuh ialah Habsah bt Taib, dilahirkan pada 16 Oktober 1918 bermakna umor tok la ni 91 tahun. Sejak selepas raya hari tu kesihatan tok semakin merosot. Rasa agak kesal sedikit sbb sy tak pernah teringat utk mengambil foto tok sewaktu beliau masih sihat bergerak ke sana sini.
Pagi tadi sy, emak dan adik lelaki telah ke rumah Mak Tam utk menziarah tok. Sewaktu kami sampai tok sedang tidor. Tak lama kemudian tok bangun dan makan bersama kami.
ini pula adik lelaki sy (Dik Din) yg sampai balik dari KL pagi tadi
setelah mendapat tau tok kurang sihat
setelah mendapat tau tok kurang sihat
Anak2 perempuan tok iaitu Mak Long, Mak Lang dan Mak Cik bergilir2 menjaga tok di rumah Mak Tam. Mak sy pun turut sama ke sana jika keadaan kesihatan mak mengizinkan.
.
16 comments:
Semoga Tok Besah semakin sihat.
Doakan yg terbaik utk Tok.
:)
Tq zyma. sy cuba bayangkan jika sy seusia Tok Besah nnti, entah sempat ke tidak...
Ait sama nama dengan mak menakan kesayang Iza - Wa, dia pun Habsah gak hehe.
Iza dah takdak tok dan tokwan dua2 belah. Kalau ada Iza nak rakam gambar banyak2, macam2 angle (^_^) Gambar orang2 tua ada nilai sentimental yang kuat..walaupun sekadar gambar tangan yang berkedut (^_^)
iza...dulu2 sy tak dak kamera, tak punya henpon yg berkamera. baru setahun ni sj beli hp cokia ni, bleh la jugak tangkap gambaq utk kenangan sendiri.
Salam Ziarah. Blog hopping..
Moga Tok Besah beransur pulih..
Putaran hidup
kita entah sampai ke tidak
tp org2 dulu, usia 91 msh boleh dikategorikan 'kuat'
kita ni...adoilah...sakit lututlah..sakit pinggang lah...sakit kakilah...
Moga Tok Besah diberikan kesihatan yang baik sepanjang usia emasnya
Ada juga Tok, ya Kenari. Kak tie ni kehilangan Tok sejak umur 3 bulan lagi. Tok kak tie pernah basuhkan lampin kak tie... mak yang cerita.
Bila jumpa Tok Besah tu, rajin2lah belai dia, gosok2 dan picit dia. Dia akan rasa dihargai, dan mungkin dapat juga kurangkan kesakitannya. Biasalah orang yang semakin berusia (termasuk kak tie ni) akan mula sakit sana sini... (samalah dengan Jie tu, ekekeke...)
marina...tq sudi hadir ke blog sy ni ye, jgn segan2 singgah la lagi ;)
kak jie...usia tok besah 91, usia sy ni baru separuh drpd tu. tak dapat bayangkan sy se-usia tok besah nnti
kak tie...waktu mak sy dlm berpantang tok besah lah yg menjaga mak sbb tok sebelah mak dah meninggal waktu mak umor 7 tahun. bnyk jasa dan keringat tok besah kpd anak cucunya
Semoga Tok Besah sihat.
Tentu bahagia dia bila anak cucu dtg menjaganya.
rasanya umur sebenar tok besah lagi tua sbb org dulu lambat buat IC mcm tok saya.
moga tok besah sihat dan kuat kembali.
kak long...cucu yg sorg ni pegi jenguk seminggu sekali je.
juliet...syyyy pecah rahsia tok besah tau :p
mmg btul tu org dulu2 lmbt buat ic
saya doakan moga Tok Besah sihat-sihat hendaknya dan ceria-ceria selalu
mak su...amin. itulah juga doa kami anak cucu cicit tok besah
Post a Comment