Sep 24, 2009

Saya Sokong!

Petikan artikel Utusan Malaysia 24hb September 2009 :-

Perketat pemberian gelaran Datuk

KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Golongan berusia di bawah 40 tahun tidak wajar diberi gelaran Datuk atau Datuk Seri terutamanya jika mereka tidak memberi sumbangan besar kepada negara.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, faktor jasa dan sumbangan kepada negara perlu diambil kira oleh pihak istana sebelum memutuskan pemberian anugerah yang membawa gelaran tersebut.

Beliau berkata, faktor tersebut wajar diberi perhatian serius bagi memastikan institusi diraja terus dihormati masyarakat dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

"Kami menyokong ketegasan Datuk Dr. Rais Yatim dalam isu ini. Dulu mereka yang diberi anugerah Datuk atau Datuk Seri berdasarkan sumbangan besar kepada negeri dan negara.

"Sekarang berbeza, mereka yang baru berusia sekitar 30-an dah dapat Datuk atau Datuk Seri, apa sumbangan mereka kepada negeri dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada 'pembelian' gelaran seperti Datuk dari luar negara atau PhD secara ekspres merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani akan melahirkan satu generasi ilmuwan palsu.

Pada masa sama, kata Syed Anuar, pihak berkenaan terutama jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja.

Beliau berharap supaya satu piawaian yang ditentukan oleh pihak berkenaan diwujudkan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat gelaran itu.

"Mungkin juga ada orang dalam yang buat, perkara ini perlu dilakukan dengan telus kerana kita mahu nilai darjah kebesaran ini sentiasa terpelihara dan dihormati semua pihak," katanya.


Saya sangat-sangat, amat-amat bersetuju dan menyokong cadangan ini. Sepatutnya perkara ini telah lama diberi perhatian sewajarnya, ketepikan "glamor" dan "populariti", ketengahkan "makmor" dan "intergriti", ikhlas menabur bakti serta jujur dalam memberi.

Tidakkah terlintas di fikiran kita kenapa istilah gelaran "datuk" digunakan?

Bagi sy "datuk" adalah seorg tua yg telah menempuh liku2 kepayahan survival, membesarkan anak2 hingga berjaya dlm hidup, dikurniakan dgn cucu2 yg comel dan petah.

Berapakah tempoh masa utk semua ini berlaku?

Bandingkanlah pula antara gelaran "datuk" yg datang dgn sendirinya dengan gelaran "datuk" yg diberi kpd individu2 yg kononnya telah bnyk berjasa







8 comments:

Kujie said...

sokong juga!

barulah ada nilainya...ini bersepah2

iza~de~bintang said...

Betui betui betui. Ini tak org tak reti cakap Melayu pon dapat datuk jugak huhu..sib baik Jebat dah tak dak, kalau tak mau dia mengamuk sekali lagi

kuina said...

lor tak ada peluang la saya nak dapat.. huhuhu...

Catwoman said...

Perkara ni dah lama berlaku...
Ntah mcm mana boleh terlepas gelaran DATUK kat segala bagai manusia yg tak layak menerima dan memikul anugerah atau gelaran tu.......

Tokey sabun pun dpt gelaran DATUK. tokey minyak wangi pun dpt gelaran tu. Shah Rukh Khan pun dpt gelaran DATUK padahal ckp Melayu sepatah haram pun tak tahu.

Bersepah2 mcm sampah sarap kat jalanraya.....

Kak Long said...

Pun sokong gak....
Dah macam tak ada makna pulak gelaran dato tu bila yang dapat ntah sapa2..

**Musim raya ni, mesti teringat arwah datuk!

Tie said...

Ahah!!

Kak tie dah over 40 tahun... pengalaman pun banyak... ada peluang la tu, ekekeke........

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

dolu org respek gelaran datuk nih......

mereka berjasa kepada negara.... kepada bangsa.... susah sungguh nak dapat gelaran tu...

tapi sekarang yg dapat gelaran datuk tu... macam pisang panas....

memang mereka berjaya.. berjaya jahanamkan bangsa sendiri ada la....

artis yg berhinggus pun dapat gelaran datuk... yang btl2 berjasa mereka tak nampak....

selak kain nampak betis sikit je...dah dapat datuk....

boleh bg keuntungan kpd org2 tertentu je...dah dapat gelaran datuk,..

ikut telunjuk pun dapat gelaran datuk.... ntah le...

lelama org dah naik muak dengan gelran datuk nih.....

p/s :- kalau kat IPTA... jadi TNC pun dapat datuk.. ntah apa jasa mereka.....

Catwoman said...

Kenari Laling.....

n3 baru takde mehhhh? Rindu nihhh.
:)

Post a Comment