Jun 26, 2009

Simpulan Pandan

Mak sy mmg suka bercucuk tanam, tak kira lah pokok bunga ke atau sayur-sayuran, ulam-ulaman. Tapi sejak kesihatan mak kurang mengizinkan skrg mak dah tak larat nak aktif mcm dulu. Berikut ini beberapa jenis pokok yg masih ada kat belakang rumah...

ini antara pokok kesayangan mak di belakang rumah,
tak siapa pun tau nama pokok ni, mak namakan "pokok bunga oren"
pokok ni jika ditanam di dalam pasu tak nak berbunga,
tapi jika ditanam di atas tanah amat terserlah kesuburannya


close-up "pokok bunga oren"


ini dia rimbunan pokok pandan dari jenis daun halus
bila musim hujan amat rimbun sekali


dulu2 mak sy amat rajin masak pulut sekaya (serimuka)
fuhhhh bau harum pandan memang menambah kelazatan pulut sekaya tu


pokok ini mak namakan "pokok berduri"
mmg amat berduri pada batang dan rantingnya,
mak dpt pokok ni dari kwn mak,
katanya bnyk khasiat utk ubati penyakit
tapi mak dah tak ingat dah ubat utk penyakit apa


yg ni pulak pokok lidah buaya (aloe vera)
jejarinya halus je sbb tanam dlm pasu,
mak kata pokok ni baik utk cantikkan rambut,


yg ni pulak pokok sirih kesayangan mak... dulu, kini dan selamanya,
sulur rimbunan pokok sirih ni dah menjalar hingga ke tingkap dapur


Sy juga nk berkongsi petua dan amalan yg selalu mak sy lakukan iaitu simpulan pandan. Ambil sehelai daun pandan dan koyakkan memanjang kpd 3 atau 4 bahagian. Pastu simpul daun pandan tersebut dgn kemas. Letakkan simpulan daun pandan tu kat dlm kabinet di dapur, dlm kereta, dlm almari atau mana2 sj. Hasilnya setiap kali kita membuka almari atau kabinet pasti bau wangi daun pandan tu. Slmt mencuba...

~~ simpulan pandan ~~


selingan...
buah2 ni pulak sy tanam kat pasar,
sy petik buah2 ni dgn duit je keh keh keh




10 comments:

Anonymous said...

Kak tie kenal bunga yang atas sekali..senang nak tanam..he he.. tapi tak tahu nama juga.

Pandan memang wangi.. kak tie biasa simpulkan dan bubuh periuk nasi. Harum baunya...

kenari said...

Kak tie, teringat nasi himpit segera dgn haruman pandan.

Abg Din said...

buah tanam kat pasar tu nampak menarik sungguh....

kenari said...

Abg Din, buah2an dan sayur2an kat kebun abg din tu lagi special, hasil usaha tulang 4 kerat abg din sendiri

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

simpulan pandan nih biasa nye mak pakcik buat ..lepas tu letak dalam bubur.. nak2 lagi bubur derian... hulaweyy .semerbak kaoooo

kenari said...

ppakcik dot, pagi nih ada staf bawa bubur kacang + durian, wangiiiiii. Mkn dgn roti empatsegi kalu...hingga ke titisan terakhir

Kak Long said...

Kak Long ada gak tanam bunga oren tu. Sama macam kak tie, tak tahu nama. hehehe...

Tapi pokok pandan kat kawasan rumah Kak Long ni kena hati-hati sikit nak menggunakannya sebab kebelakangan ni jadi tandas si kaki empat. Jadi, kena ambil daun yang tinggi-tinggi..

Hari ni hari flora sedunia ke Kenari? Seronok gak belajar mengenal spesis tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita.

kenari said...

Kak Long..sy suka tgk pokok2 rimbun menghijau dan berbunga tapiiii....sy ni malas nk mengusahakannya. Mak sy rajin...bleh brcakap dgn pokok2 dia smbil menyiram atau membaja

Kujie said...

kak jie tanam buah kantan...jiran tetangga hairan..pokok dia org jarang/susah nak berbunga..pokok kak jie tak pernah tak de bunga...paling sikit 2-3.

tak de petua..kena rajin bersembang dgn pokok kot

kenari said...

Kak Jie...setiap yg hidup perlu belaian kasih syg dan jagaan rapi, mcm mana pokok bleh paham kata2...
kuasa tuhan kan...

Post a Comment