Nov 20, 2008

Musim Cuti Sekolah = Musim Kenduri Kahwin

Sebermulanya cuti persekolahan tak kiralah samada cuti penggal, pertengahan tahun atau akhir tahun maka bermulalah juga musim orang kawen. Majlis perkahwinan itu sendiri telah mengalami evolusi dengan peredaran zaman...

1. Kad jemputan
dulu - simple, ada nama pengantin, keluarga pengantin, tarikh, alamat dan plan ke rumah pengantin

sekarang - pelbagai saiz, bentuk, warna, design, madah2 berbunga dan paling latest tertera wajah kedua pengantin


2. Jamuan
dulu - disediakan secara gotong royong sesama sedara mara dan jiran tetangga, dua tiga hari sebelum hari kenduri ramai yang datang membantu, begitu juga selepas selesai majlis

sekarang - lebih mudah dibuat secara catering je, tiada lagi kemeriahan usik mengusik gelak ketawa mesra silaturrahim sesama jiran tetangga

3. Menu
dulu - kalau di Kedah nasi minyak, gulai rebung atau dalca atau gulai ikan kering campur terung, daging masak kurma, ayam masak merah, acar timun campur nenas

sekarang - nasi beriani atau nasi hujan panas atau nasi karot, gulai tetap ada, daging masak hitam, acar timun nenas tetap ada, ayam goreng, trend terkini ada juga bubur kacang atau bubur pulut hitam, laksa, bihun atau kueteow goreng bagi tetamu yang tidak mahu makan nasi kerana dah makan di rumah kenduri lain (dalam sehari ada 6 atau 7 jemputan)

4. Buah tangan kepada tetamu
dulu - semata-mata bunga telur

sekarang - bunga telur yang vogue diberi kepada tetamu khas, tetamu lain disediakan pelbagai buah tangan dalam bentuk yang unik dan comel seperti potpouri, tuala kecil, kek, gula2 untuk kanak-kanak

5. Bajet
dulu - sedara mara jiran tetangga turut menyumbang bahan-bahan untuk dimasak atau ada juga yang memberi bunga telur

sekarang - bila dah buat secara catering, tuan rumah je lah yang tahu berapa bajetnya kan

Di bawah ini satu petikan madah yang tertera pada sekeping kad undangan perkahwinan yang saya terima :-

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah.

Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu......amin....




8 comments:

Intan Rosnitta said...

Salam Kenari,

Dah baik demam? Harap2 cepat sihat.

Intan setuju sangat dgn your statement. Memang kenduri skrg perlukan belanja yg banyak. Tapi ada jugak yg bermewah2, sanggup berhabis akhirnya hutang keliling pinggang.

Tak salah kalau nak buat besar2an tapi kena ukur baju di badan sendiri jugak.

BYT, Intan suka dgn madah tu. Sweet sangat..

:)

kenari said...

Gud morning Intan! Kenari selalu belek2 kad jemputan walimatul urus especially madah2 dan doanye. Sama2 kita meng-amin-kan kpd semua bakal2 pengantin di musim cuti sekolah ni ye ;)

U.Lee said...

Hi Kenari, hope you have fully recovered?
Looks like you going to be busy, huh?
You have fun, and have a great week Kenari, best regards, Lee.

Tie said...

Salam kenari,...hmmm..bukan senang nak cari pasangan yang sesuai dengan kita, apa lagi nak buat kenduri kahwin zaman ni...pening2..

Citarasa tinggi, barang mahal, pendek kata segalanya bergantung kepada tuan empunya diri. Yang penting segala2nya diberkati dan perkahwinan berkekalan dan bahagia sepanjang hayat.:-)

kenari said...

Uncle, yup im fully recovered from my annual 'sick leave'. Now back to work as usual...no chance for goyang kaki while sipping hot coffee ;). Bundle up and stay cozy Uncle...

kenari said...

Tie, betul tu. Kita terima pasangan masing2 seadanya, give and take to compliment each other. Cewahhhhhhhh motivasi la pulak pepagi nih :p

Kujie said...

Masih simpan lagi kad ucapan masa kawen 17thn dulu.

zaman dulu nk berkenduri kawen tak kita hujung minggu, rabu, khamis pun boleh...penoreh getah tak perlu isi borang utk brcuti..skrg ni pakat berebut2 nk buat sabtu ahad sampai bertindan2...5-6 majlis sehari

kenari said...

Kujie, dulu2 umat tak seramai la ni, kenduri kawen pun jenjarang je. Majoriti keje sendiri buat bendang ka, noreh ka dll so tk kisah bab2 cuti kan. Lagi pun dulu2 dpt menantu org dekat2 je, sanak sedara pun tak de yg keje all over malaysia. La ni kalau kenduri kendara kena atoq dlm waktu cuti baru smua pakat balik berkumpul kan kan ;)

p/s romantiknye still simpan kad jemputan kawen ye...

Post a Comment