Hari ini 27hb November 2008 genaplah 13 tahun ayahanda tercinta pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya. Arwah meninggal jam 9.30 malam 27 November 1995 dalam perjalanan ke Hospital Besar Alor Star kerana diserang sakit jantung.
Abah dilahirkan pada 9hb Disember 1939. Memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1963 dan berpencen pada 9hb Disember 1994. Abah hanya sempat menikmati masa-masa santai sebagai pesara selama 11 bulan sahaja.
Abah mendirikan rumahtangga dengan mak pada 9 Januari 1964. Hidup aman damai dan dikurniakan kami lima beradik. Sebagai anak sulung saya akui dan kagum dengan ketabahan, dedikasi serta pengorbanan kedua-dua abah dan mak untuk kami adik beradik. Foto ini diambil pada aidilfitri 1994.
Seperti kelaziman mana-mana pesara pasti berhasrat untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima sebaik menamatkan perkhidmatan. Begitu juga dengan abah dan mak. Foto ini diambil pada tahun 1995 dalam proses membuat dokumen untuk menunaikan haji. Namun segalanya tidak kesampaian, kami sekeluarga amat terkilan hasrat abah untuk menjejakkan kaki ke Mekah tidak menjadi kenyataan.
Walaupun 13 tahun telah berlalu namun setiap kenangan, setiap pengorbanan dan keperitan yang dilalui oleh abah dan mak dalam mendidik serta membesarkan kami tidak pernah dilupakan. Sesuatu yang saya amat terkilan ialah saya tidak sempat membalas jasa abah, tidak sempat memberi dan berkongsi kejayaan dan sedikit kesenangan setelah mempunyai kerjaya sendiri. Foto ini diambil sewaktu aidilfitri 1995, kelihatan abah kurang bermaya di bulan ramadan ini. Maklumlah dengan penyakit diabetes yang telah sekian lama dihidapinya (tiada dalam foto ialah seorang lagi adik lelaki).
Abah juga tidak sempat melihat 3 orang anaknya mendirikan rumahtangga. Juga tidak sempat bermain dan bermanja dengan cucu-cucunya yang jugak tidak sempat mengenali tok wan mereka. Foto ini diambil pada bulan Mei yang lalu (tiada dalam foto 2 lagi anak sedara yang asyik menonton tv).
Abah...kami anak-anakmu menyanjung tinggi setiap pengorbanan untuk kami. Susah payah pahit jerih memastikan kami mendapat pendidikan yang terbaik tidak terbalas oleh kami. Pergimu terlalu cepat...tidak sempat kami berkongsi kejayaan sebagai ganjaran atas setiap pengorbananmu. Abah amat tegas hinggakan kami tidak berani bersemuka jika perlukan sesuatu. Maka emaklah yang selalu menjadi orang tengah, namun kami tahu abah sayangkan kami tanpa batasan...jasamu dikenang, kasih sayangmu sentiasa di hati, pergimu diiringi al-fatihah...

3 comments:
Jasa ibu dan ayah tiada nilainya. Hanya doa untuk mereka yang dapat kita lakukan. Moga2 ayah kenari berbahagia dan aman di sana.
Tie, timakasih atas doamu itu.
Al-Fatihah utk arwah ayah kenari. Moga arwah berbahagia & tenang di sana & ditempatkan dikalangan org beriman. Sememangnya kehilangan ayah tiada galang gantinya...
Post a Comment