1.    Kad jemputan
       dulu - simple, ada nama pengantin, keluarga pengantin, tarikh, alamat dan plan ke rumah             pengantin      
      sekarang - pelbagai saiz, bentuk, warna, design, madah2 berbunga dan paling latest tertera         wajah kedua pengantin
2.    Jamuan
      dulu - disediakan secara gotong royong sesama sedara mara dan jiran tetangga, dua tiga hari        sebelum hari kenduri ramai yang datang membantu, begitu juga selepas selesai majlis                                      
sekarang - lebih mudah dibuat secara 
catering je, tiada lagi kemeriahan usik mengusik gelak       ketawa mesra silaturrahim sesama jiran tetangga                       
3.    Menu
     dulu - kalau di Kedah nasi minyak, gulai rebung atau dalca atau gulai ikan kering campur            terung, daging masak kurma, ayam masak merah, acar timun campur nenas
       sekarang - nasi beriani atau nasi hujan panas atau nasi karot, gulai tetap ada, daging masak        hitam, acar timun nenas tetap ada,  ayam goreng, trend terkini ada juga bubur kacang atau        bubur pulut hitam, laksa, bihun atau kueteow goreng bagi tetamu yang tidak mahu makan            nasi kerana dah makan di rumah kenduri lain  (dalam sehari ada 6 atau 7 jemputan)
4.    Buah tangan kepada tetamu
     dulu - semata-mata bunga telur
     sekarang - bunga telur yang vogue diberi kepada tetamu khas, tetamu lain disediakan                  pelbagai buah tangan dalam bentuk yang unik dan comel seperti potpouri, tuala kecil, kek,            gula2 untuk kanak-kanak
5.    Bajet
       dulu - sedara mara jiran tetangga turut menyumbang bahan-bahan untuk dimasak atau ada         juga yang memberi bunga telur
       sekarang - bila dah buat secara 
catering, tuan rumah je lah yang tahu berapa bajetnya kan
Di bawah ini satu petikan madah yang tertera pada sekeping kad undangan perkahwinan yang saya terima :- 
   Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman.
   Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.
   Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.
   Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah.
    Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada         dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan          agar dia akan terus menjadi milikmu......amin....