Mar 4, 2009

Lagi Gambar-gambar Di Hari Ke Dua

Petang 27 Disember - aktiviti kolam renang




Mar 3, 2009

Percutian Keluarga - Part 4

DAY 2 - 27 DISEMBER 2008

Lagi gambar-gambar kat Kota A Famosa....



Mar 2, 2009

Percutian Keluarga - Part 3

DAY 2 - 27 DISEMBER 2008

Hari ke dua bermula dgn sarapan sandwich dan nasi goreng semalam yg masih elok lagi sementara nak keluar ke bandar. Lepas sarapan maktok tunaikan janji semalam...cucu-cucu boleh pegi mandi kat kolam dgn syarat jam 9 semua mesti balik ke bilik dan get ready utk pegi tour.












Jam 10 pagi semua dah ready nak pegi jalan2 kat kota melaka. Tempat pertama yang dituju semestinya Kota A Famosa. Dan tak lepas peluang naik beca...kami booking 6 buah beca!! Budak2 semua excited sgt nak naik beca...siap bergambar lagi tu. Waktu konvoi beca kami bergerak siap dgn lagu hindustan lagu dangdut...dah tu dipasang dgn volume yg kuat....meriah mcm rombongan pengantin!!! Malu jugak rasanya bila pelawat2 lain pandang je ke arah konvoi kami tapi apa pun semua org happy and enjoy sgt. Cuba la tengok gambar2 kat bawah ni...


maktok and makcaq

my first brother and daughter dania

my 2nd brother with wife suria and their 3 heroes..

angah , Iman and along..... 3 jejaka comel

kakcik with wani and adik

diknat with danny







Lagi gambar2 selepas ini....






Mar 1, 2009

Percutian Keluarga - Part 2

DAY 1 - 26 DISEMBER 2008

Kami bertolak ke Melaka pada jam 2 petang dgn 2 buah kereta.... 7 dewasa 7 anak-anak. Perjalanan sepanjang highway lancar walaupun panas terik. Kami sampai dalam pukul 4 petang, kesesakan trafik yg teruk menuju ke Bandar Hilir. Sempat juga lah menikmati pemandangan sekitar bandar bersejarah ni.


Akhirnya jam 6 ptg kami sampai juga ke Mahkota Hotel dan terus check-in ke dua buah apartment 2 bilik di tingkat 7. Budak-budak pulak dah gelisah tak sabar nak mandi di kolam. Maktok (my mom) buat peraturan sesiapa nak pegi mandi di kolam mesti makan minum bekalan yg dibawa terlebih dulu.

Selesai makan budak-budak semua tukar pakaian untuk ke kolam renang. Adik-adik sy pun ikut sama. Tinggallah sy dgn mak di bilik. Dari balkoni yang menghadap ke kolam sy dan mak dpt lihat dgn jelas kolam renang, ramai juga org kat bawah sana. Maktok pun seronok tgk gelagat cucu-cucu dia mandi dan bermain kat kolam. Keadaan bilik pun selesa dan memuaskan.

Malamnya semua keletihan, adik beli bungkus nasi goreng utk semua org. Lepas makan budak-budak tidor awal dgn janji boleh mandi kolam lagi pagi esok sebelum pegi jalan2. Kami pulak sembang2 sambil minum kopi sambil nonton tv. Semua masuk tidor jam 12 lebih jugak la malam tu.


Tamat hari pertama....



Feb 28, 2009

Percutian Keluarga Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Sebenarnya dah lama nak buat posting ni sejak tahun lepas lagi tapi asyik gagal je nak upload gambar. Malam ni try lagi untuk entah yg ke berapa kali and YES!!! berjaya upload beberapa gambar je. Selepas ni akan ada sambungannye....



kakcik with her 2 kids shazwani and shazrie




diknat and son dannish

Pada cuti Krismas 2008 yang lalu saya dan keluarga telah ke Melaka sebagai memenuhi hajat emak untuk jalan-jalan kat sana. Saya dan emak bertolak dgn kereta dari Alor Setar jam 10 pagi 25 Dis 2008 dan sampai ke rumah adik lelaki di Rawang pada jam 4 petang. Sementara dua adik perempuan bersama anak2 diorang bertolak dgn bas, sajalah nak bawa budak2 tu experience naik bas pulak...excited betul diorang asyik menyebut aje nak pegi KL naik bas.

Kebetulan pula pada hari yang sama adalah ulangtahun anak adik saya yang ke 5 tahun. Adik saya ada la sedia jamuan makan-makan untuk celebrate dengan jiran tetangga. Majlis dimulakan dengan doa selamat, birthday boy Shariman or Iman dah tak sabar nak tiup lilin dan potong kek harijadi.

birthday boy Iman si baju merah
along pandang ke mana tu dan angah pulak dgn aksi nakal
wani (baju putih) , shazrie dan dannish ( t-shirt serupa)
di sebelah kanan Iman adalah kwn2 sepermainan

alahai mama Iman pun nak enter-frame jugak ;)

Selepas makan malam kami berkumpul dan borak2, maklum dah lama tak berkumpul begini sejak cuti pada bulan Mei 2008. Sambil2 tu bincang trip ke Melaka esok 26 Dis.

Bersambung....