Mar 1, 2009

Percutian Keluarga - Part 2

DAY 1 - 26 DISEMBER 2008

Kami bertolak ke Melaka pada jam 2 petang dgn 2 buah kereta.... 7 dewasa 7 anak-anak. Perjalanan sepanjang highway lancar walaupun panas terik. Kami sampai dalam pukul 4 petang, kesesakan trafik yg teruk menuju ke Bandar Hilir. Sempat juga lah menikmati pemandangan sekitar bandar bersejarah ni.


Akhirnya jam 6 ptg kami sampai juga ke Mahkota Hotel dan terus check-in ke dua buah apartment 2 bilik di tingkat 7. Budak-budak pulak dah gelisah tak sabar nak mandi di kolam. Maktok (my mom) buat peraturan sesiapa nak pegi mandi di kolam mesti makan minum bekalan yg dibawa terlebih dulu.

Selesai makan budak-budak semua tukar pakaian untuk ke kolam renang. Adik-adik sy pun ikut sama. Tinggallah sy dgn mak di bilik. Dari balkoni yang menghadap ke kolam sy dan mak dpt lihat dgn jelas kolam renang, ramai juga org kat bawah sana. Maktok pun seronok tgk gelagat cucu-cucu dia mandi dan bermain kat kolam. Keadaan bilik pun selesa dan memuaskan.

Malamnya semua keletihan, adik beli bungkus nasi goreng utk semua org. Lepas makan budak-budak tidor awal dgn janji boleh mandi kolam lagi pagi esok sebelum pegi jalan2. Kami pulak sembang2 sambil minum kopi sambil nonton tv. Semua masuk tidor jam 12 lebih jugak la malam tu.


Tamat hari pertama....



No comments:

Post a Comment