Petang tadi pada jam 3 petang Kelab Kebajikan pejabat sy telah menganjurkan majlis "Pesta Buah-buahan Tempatan". Semua pegawai dan staf seramai 30 orang hadir menjamu selera.
Menu utama adalah
pulut durian....
bahan utama adalah pulut , santan dan....
durian!!!
Sampingan....rambutan dan manggis
Cara sy makan :
a. gaulkan isi durian dengan pulut
b. masukkan santan dan sedikit gula
c. inilah hasilnya...siap sedia untuk di makan
d. kalau nak lebih umphhh lagi tambah isi durian lagi
pakat-pakat layan diri
dan makan sendiri
tambah lagi ye...ada banyak lagi pulut dan durian tu
Musim buah semakin menjelang tiba. Lepas ni di pejabat akan sentiasa ada orang yang sedekahkan buah durian, manggis, rambutan, langsat, dokong dan pelbagai lagi.
Adakah itu dinamakan durian runtuh?