Menuju puncak? Sesi ujibakat Akademi Fantasia ka? Bukan. Bukan nak cerita tentang Menuju Puncak Akademi Fantasia. Jika sudi, teruskan membaca.
Khamis 25 Feb.2010
Jam 11.30 malam para peserta dan ahli keluarga masing2 berkumpul di hadapan pejabat.
Jumaat 26 Feb.2010
Jam 12.00 malam semua peserta 26 dewasa dan 14 kanak2 mengambil tempat masing2. Bas bergerak menuju destinasi.
Jam 5.00 pagi kami selamat sampai ke R&R Tapah. Membersihkan diri dan solat subuh.
Jam 8.00 pagi bermulalah perjalanan menuju puncak >>> Cameron Highlands! Singgah sarapan di Tanah Rata. Selesai sarapan kami meneruskan pendakian.
Jam 11.00 pagi tiba di Boh Tea Centre. Perjalanan ke sini memang mendebarkan dgn pemandangan yg menakjubkan. Laluannya amat sempit, berliku2 melalui tebing curam yg penuh menghijau dgn pokok teh. Kami menghabiskan masa hampir satu jam di sini, menikmati suasana dan pemandangan yg sangat cantik.

Sempat juga menikmati Jasmine Green Tea bersama strawberry tart. Sedap!
Jam 12.00 tengahari kami bertolak dari Tea Centre menuju ke Bee Farm. Laluan ke tempat menternak lebah juga curam dan agak licin. Waktu nak turun tu ok tak ada masalah tapi bila nak naik ke atas semula mencungap jugaklah. Dua tiga kali time-out untuk ambik stamina.
Jam 1.00 tengahari kami tinggalkan Bee Farm menuju ke restoran di Brinchang utk makan tengahari. Jamuan telah tersedia utk kami. Menunya kari ayam, ikan goreng, sayur campur, ulam dan sambal.
Jam 2.00 petang kami check-in di Parkland Hotel. Rancangan asal kami nak menginap di Hotel Rosa Passadena tapi hotel tersebut dah fully booked. Maklumlah cuti umum Maulidul Rasul bersambung dgn cuti hujung minggu.
Aktiviti seterusnya pada jam 4.00 petang. Sempatlah lelapkan mata dan berehat sekejap.
To be continued....
Ini adalah kali pertama sy sampai ke Cameron Highlands. Orang lain dah berulang kali ke sini, sy hanya mendengar cerita tentang keistimewaan dan keindahannya. Akhirnya tercapai juga hasrat utk ke sini.