Sep 21, 2009

02 Syawal 1430 Hijrah

Salam aidilfitri semua.

Suasana meriah sambutan raya baru saja bermula. Tiga orang adik2 sy bersama keluarga masing2 balik beraya tahun ini. Kecuali adik lelaki yg keja di KL tak dapat cuti, katanya insya allah akan balik pada sabtu minggu pertama syawal.

Hari ini hari raya ke 2, ramai sanak saudara bertandang ke rumah sejak jam 11 pagi berterusan bersilih ganti hingga menjelang maghrib. Inilah peluang untuk dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu, anak-anak sedara serta saudara mara lain jauh dan dekat.

Semua berpakaian sedondon sekeluarga serba baru berseri-seri. Duit raya pun silih bertukar dari mak menakan/pak menakan kepada anak-anak menakan. Dan anak-anak pulak seperti dah faham "prosedur" duit raya.... bila dapat je duit raya terus serah kepada mama/ibu/mami untuk disimpan. Alasannya...bimbang kot2 hilang atau tersalah letak.

Inilah antara foto-foto yang sempat sy ambik pada hari ni, sayangnya ada juga yg sy tak sempat ambik foto beberapa sepupu yg bertandang dgn keluarga masing2.

cucu2 mak tok : dari kiri shazrie, shariman,
shazwani, dannish dan shamyl

anak2 mak : dari kiri adik yg bongsu (dik nat),
kakak yg sulong (kak shady), bonda dan
adik nombor 3 (kak cik)
( mak tak mau bergambar langsung hari ni
pasai mak takdan nk pakai baju raya )

JAM 11.30 PAGI - tetamu pertama pada hari ini ialah sepupu sy Kak Caq Fauziah (anak Mak Long) bersama keluarga. Sy terlupa nak ambik foto...

JAM 12.30 TENGAHARI - kakak yg sulong datang dgn suami dan 2 anak daranya dari rumah mertua beliau...


dari kiri anak-anak sedara Ayu, Wani,
kak Shady dan Nurul (peace!!)

JAM 1.30 TENGAHARI - kehadiran Pak Tam, Mak Tam serta 4 anak perempuannya, menantu2 lelaki dan cucu2. Tak lama lepas tu sepupu sy Kak Cik Norizah (anak Mak Long) datang dgn suami dan 4 org anak2 beliau...


Pak Tam Shuib bersama menantunya Aris,
si kecil tu pulak Adam anak sepupu sy juga


Adam tambah air lagi tu dari abah dia


barisan sepupu2 lelaki, berbaju hijau tu
adik lelaki sy Shahidan sebagai tuan rumah


anak2 sedara asyik makan rempeyek dan
kerepek ubi pedas, depa tak berapa
minat biskut2 raya dan ketupat


Tok Ngah (mak sy la tu) melayan cucu2 menakan


di sini group kaum ibu, Mak Tam Rokiyah
(no. 2 dari kanan) dgn 3 org anak2nya,
berbaju merah juga sepupu sy, anak Mak Long

JAM 3.00 PETANG - seorang lagi sepupu Yani (anak Mak Cik Fazilah) datang dgn suami dan anak2...


sepupu sy Yani, suami dan anak2,
bakal menimang cahayamata pada Disember nanti

JAM 4.00 PETANG - Pak Long Hashim, Mak Long Che Tom dan sepupu datang dgn keluarga semua. Lupa juga nak ambik foto...

JAM 5.00 PETANG - sepupu2 lagi (anak2 Mak Lang Aishah)...


juga sepupu sy dgn isteri, anak Mak Lang


wanita cantik berdua ni adalah biras,
isteri kepada sepupu2 lelaki sy,
mak pulak khusyuk berbual


bertudung hijau tu adik ipar sy Cikgu Suria,
DikDan dan sepupu


ini dia 3 org anak dara kpd sepupu sy,
smpai skrg sy sentiasa keliru nama mereka,
hero kat sebelah tu anak sepupu yg sorang lagi

JAM 7.00 MALAM - sepupu yg tinggal di Seberang Jaya pulak datang sekeluarga, lupa jugak nak ambik foto...sibuk (buat2 sibuk) di dapur utk sedia makan malam.

Persiapan tahun ni ala kadar saja tapi tetap meriah dgn kehadiran saudara mara. Ketupat daun palas dah selesai pada hari raya pertama lagi. Segala persiapan telah ready awal tapi bila tetamu datang bertali arus bersilih ganti seperti hari ini kalut jugak jadinya. Ruang dapur yg kecik sy dgn adik2 conquer...Kak Cik (adik no.3) incharge minuman, Suria adik ipar sy yg sarat pregnant incharge kek dan kerepek, Dik Nat (adik bongsu) incharge bawa hidangan kpd tetamu.

Jadual esok hari raya ke 3 ialah berkunjung ke rumah terbuka sepupu2...

Nota : arwah abah sy ada 9 beradik...arwah adalah anak lelaki sulong. sy ada 32 org sepupu, 42 org anak sedara...

Nota : emak sy pulak ada 3 beradik, di sebelah mak sy ada 9 org sepupu dan 13 anak sedara...



3 comments:

Olive Tree said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Lee said...

Hi Kenari, Selamat hari raya. I love the pictures here.
Can see everyone enjoying themselves.
I sure miss eating ketupat, rendang.
Wow, the ladies all look so pretty in their bajus and tudungs.
You have fun and enjoy the holidays, Lee.

kenari said...

Uncle Lee...happy hari raya to u too...next time u planned to come back to malaysia please arranged that it would be during hari raya. then u can eat all the ketupat, rendang and dodol

Post a Comment