Apr 27, 2009

Jalan-jalan ke Kuching, Sarawak

Sy telah berpeluang pergi bercuti ke Kuching, Sarawak bersama-sama 3 org kawan. Kami bertolak pada Khamis 23 April jam 6 petang dari airport Penang dan tiba di airport Kuching jam 8 malam. Dari airport kami ke Hotel Grand Margherita kira2 20 minit perjalanan...tambang teksi RM22.00




Bilik penginapan di Grand Margherita (dulunya Holiday Inn) selesa dan bersih.

Jam 9 malam kami keluar ke foodcourt Taman Kereta yg terletak di atas bumbung sebuah bangunan khas utk parking kereta. Rata2 gerai di sini menyediakan menu seafood yg segar dan sedap.




Jam 10.30 malam kami balik semula ke hotel. Sembang2 dan plan nak kemana esoknya.











Selepas sarapan ala kadar di hotel pada pagi Jumaat 24 April lebih kurang jam 9.30 pagi kami keluar menuju ke persisiran Sungai Sarawak yg bersebelahan hotel je.









Kebetulan di hadapan hotel penginapan kami ada replika kuching, sy segan pulak nak berposing kat situ. So ambik foto replika pun jadi lah ye buat kenangan.












Cuaca agak panas terik walaupun belum jam 10 pagi.
Kami berjalan menyusuri laluan yg disediakan.
Tenang dan cantik.






Kami dapat lihat bot-bot kecil berulang-alik mengangkut penumpang menyeberangi sungai.
Tambang dikenakan cuma 40 sen aje, dlm masa tak sampai 5 minit dah sampai ke seberang.






Kami bercadang utk ke seberang sana petang nanti. Oleh kerana asyik melihat bot pergi balik terlupa pulak nak ambik foto.








Sambil berjalan tu mata kami semua tertarik kpd sebuah bangunan yg masih dlm pembinaan.
Kami difahamkan itu adalah bangunan baru DUN.







Kami sampai ke satu jeti yg agak besar dan terdapat sebuah bot/feri kot.

Sarawak River Cruise bermula 5.30 ptg hingga 7 mlm. Tambang RM60 dewasa, kanak2 RM30.









Jam 10.30 pagi kami menyeberang jalan ke deretan kedai menjual pelbagai barang kraftangan sarawak. Cantik. Unik. Murah. Ikut hati mau aje berbelanja. Sy cuma beli t-shirt dan keychain utk anak-anak sedara, rantai tangan manik dan pouch bag utk adik2 pompuan, sehelai selendang/shawl utk mak. Sekadar kenangan dari Kuching.



Jam 12.30 tengahari pergi makan nasi goreng dan terus balik ke hotel. Cuaca terlalu panas.

Jam 6 petang kami sekali lagi ke jeti utk ke seberang sungai.
Aduiiiiii sy takut sgt nak naik bot tu, inilah pertama kali. Org kedah kata "seghiau". Ada 10 org dlm bot. Dalam hati berkata cepat laaaaaa sampai ke seberang...tak sabar nak pijak tanah semula.




Inilah foto hotel Margherita dari seberang Sungai Sarawak.
Disepanjang sungai terdapat warung2 ikan bakar dan pelbagai makanan laut lain.


Cuaca pula dgn pantas berubah menjadi mendung. Awan hujan tebal, mulai gelap dgn angin yg kuat. Hujan dah mula rintik, kami memilih sebuah gerai utk berteduh dan order makanan. Hujan turun dgn lebat sekali. Mcm mana nak balik ni. Takkan nk naik bot jugak kot, teksi tak ada kat sini. isyyyy....




Jam 8.30 malam hujan mula reda, tak ada pilihan lain melainkan terpaksa menyeberang balik dgn bot jugak. Alhamdulilah dlm keadaan gelap, air sungai yg deras, hujan renyai2 kami selamat sampai ke seberang semula dan terus balik ke hotel.

Hari ke dua kami di Kuching bermula seawal jam 9 pagi. Kami menyewa sebuah teksi utk ke Serikin, sebuah pekan kecil yg terkenal dgn jualan pelbagai barang dgn harga yg murah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Mmg betul terdapat mcm2 barang kat sini, penat dan berpeluh2 brjalan mengatur dari satu gerai ke gerai yg lain. Keadaannya lebih kurang sama seperti di Wang Kelian Perlis atau Rantau Panjang Kelantan.

Jam 11.30 pagi kami bertolak balik utk ke pasar Satok pula. Pemandu teksi merangkap pemandu pelancung Ah Siong namanya becok bercerita tentang Sarawak. Bnyk informasi yg kami dpt. Kami tak sempat melawat Taman Buaya dan Orang Utan yg berhampiran Serikin.

Kami dibawa singgah ke sebuah tempat membuat pasu sarawak. Ada tawaran 50% pulak tu! Tapi sy ni kan mata kayu...manalah reti nk beli benda2 seni cmni. Tapi demi utk tidak menghampakan bonda di rumah sy pilih la juga 2 pasu sederhana besar dan 2 pasu kecil. Mmg murah betul...
sabaarrrr...sabaarrrrr...
susah tau nk bawa balik naik belon :)




yg besar tu RM20 sebiji
yg kecik ni RM7 sebiji
ada potongan 50%
jadi beli 2 dpt harga utk 1
berbaloi tak?







Seterusnya Ah Siong membawa kami ke pasar Satok. Tempat pertama kami singgah ialah sebuah kedai menjual ikan terubok masin...trademark sarawak.







Nampak tak pemerhati berbaju putih di sebelah kiri tu? Itulah Ah Siong, leka duk tengok pekerja packing ikan terubok masin utk kami. Nak tau brp ekor kami beli? 18 ekor! Sy cuma beli 2 aje, kwn yg 3 orang lagi tu beli banyak.






Kami pilih 18 ekor dgn harga RM18 seekor. Oleh kerana kami beli banyak maka tuan kedai bermurah hati caj kami RM10 aje seekor.
Dah siap dibalut kemas dan packing dlm kotak.






Dari situ kami jalan2 kat pasar basah pulak, lebih kurang mcm pasar tani jugak la. Mcm2 hasil sayuran dan ikan segar.

Sambil jalan2 tu sy terpandang sesuatu yg tak pernah sy lihat sebelum ni. Ah Siong kata nama cili tu cili tanglung sbb bentuknya seperti tanglung.







Bila sy pandang2 belek2 lg rupanya nak lebih kurang sama spt cili capsicum...cuma saiz aje kecik.










Jam 2.30 petang kami tinggalkan pasar Satok. Ah Siong bawa kami singgah ke tempat membuat kek lapis sarawak. Kenyang jugak la kami testing sample kek lapis kat situ. Sy beli 2 biji je...




Jam 3.30 sampai balik ke hotel. Ah Siong caj kami RM200 utk trip hari ni. Tawar menawar antara kami...at last bayar RM170 aje. Jam 6 ptg kami check-out dari hotel utk ke airport. Flight dari Kuching jam 8 mlm...sampai ke Penang jam 10.30 mlm. Sampai balik ke rumah jam 1 pagi.

Walaupun sekejap kami di Kuching tetapi kenangan akan kekal bersama kami. Jom jalan-jalan....



12 comments:

Anonymous said...

Wah.... seronok betul laa......

Banyak gak memborong tu, dan hotel tu nampak selesa sungguh.

Tak beli kain sembahyang ke ? Orang kata kat sana murah dan cantik...hehe..

kenari said...

tie..takde la bnyk pun, sekadar tanda ingatan dari sana. mmg btul murah dan cantik2 design kain telekung kat Serikin tapi sy dah beli masa pegi Medan bulan Mac lepas.

INTAN said...

dulu masa kat tempat keje lama...rajin ke sarawak atas urusan keje...tp tu la....sbb urusan keja punya psl...jarang dpt peluang jalan puas2...

sarawak mmg best...

kenari said...

intan..sy ke Kuching utk lupakan jap hal keje..tenangkan fikiran dr tekanan keje. terkilan juga kami tk sempat nk ke culture village..maybe next time..

Kak Long said...

Ya, cuti di Sarawak memang best.

Rugi ya, tak sempat ke culture village..

Tak apa, lain kali boleh pergi lg dan menonton persembahan kebudayaan tu..

Ada borong tikar sarawak ke?

kenari said...

Kak Long timakasih sudi hadir ke blog sy ye. Masa jln2 kat Serikin tu mmg ada tikar sarawak, cantik2 semuanya dan pelbagai pilihan saiz. tapi bila pikirkan kudrat nak memikulnya balik terus tak jadi beli.

Mak Su said...

comelnya cili nyer, pedas tak? or pedas lite2, macam kapsikum gaks.

kenari said...

Mak Su...pedas lite2 je ;)

Lee said...

Hi Kenari, wow, you were in Kuching?
My last trip there was in 1984, on a business trip.
And I bought quite a few of those colorful vases too.
Love the foods there.
I certainly enjoyed looking at your well taken pics.

The bedroom looks very comfortable, ha ha.
Have fun, Kenari, best regards, Lee.

kenari said...

Uncle Lee...next time u come back to M'sia pls go n visit Kuching again, it is a well developed city now compared to 1984. U take care too...

gmie79 said...

ade no tel ah siong tu tak?

Kak Sally said...

akak akan ke kuching pada 2hb hingga 5hb march 2013.
1st time juga ke sana..dok hotel budget je..dpn waterfront...
cuma lum usha nak jalan2 tu naik apa...cab or sewa keta...sewa takut buta jalan..
kalau sudi bagi tips (email akak Salwana@meteor.com.my)
bolehlah akak nak tanya info lebih..if sudilah

Post a Comment