Apr 27, 2009

Jalan-jalan ke Kuching, Sarawak

Sy telah berpeluang pergi bercuti ke Kuching, Sarawak bersama-sama 3 org kawan. Kami bertolak pada Khamis 23 April jam 6 petang dari airport Penang dan tiba di airport Kuching jam 8 malam. Dari airport kami ke Hotel Grand Margherita kira2 20 minit perjalanan...tambang teksi RM22.00




Bilik penginapan di Grand Margherita (dulunya Holiday Inn) selesa dan bersih.

Jam 9 malam kami keluar ke foodcourt Taman Kereta yg terletak di atas bumbung sebuah bangunan khas utk parking kereta. Rata2 gerai di sini menyediakan menu seafood yg segar dan sedap.




Jam 10.30 malam kami balik semula ke hotel. Sembang2 dan plan nak kemana esoknya.











Selepas sarapan ala kadar di hotel pada pagi Jumaat 24 April lebih kurang jam 9.30 pagi kami keluar menuju ke persisiran Sungai Sarawak yg bersebelahan hotel je.









Kebetulan di hadapan hotel penginapan kami ada replika kuching, sy segan pulak nak berposing kat situ. So ambik foto replika pun jadi lah ye buat kenangan.












Cuaca agak panas terik walaupun belum jam 10 pagi.
Kami berjalan menyusuri laluan yg disediakan.
Tenang dan cantik.






Kami dapat lihat bot-bot kecil berulang-alik mengangkut penumpang menyeberangi sungai.
Tambang dikenakan cuma 40 sen aje, dlm masa tak sampai 5 minit dah sampai ke seberang.






Kami bercadang utk ke seberang sana petang nanti. Oleh kerana asyik melihat bot pergi balik terlupa pulak nak ambik foto.








Sambil berjalan tu mata kami semua tertarik kpd sebuah bangunan yg masih dlm pembinaan.
Kami difahamkan itu adalah bangunan baru DUN.







Kami sampai ke satu jeti yg agak besar dan terdapat sebuah bot/feri kot.

Sarawak River Cruise bermula 5.30 ptg hingga 7 mlm. Tambang RM60 dewasa, kanak2 RM30.









Jam 10.30 pagi kami menyeberang jalan ke deretan kedai menjual pelbagai barang kraftangan sarawak. Cantik. Unik. Murah. Ikut hati mau aje berbelanja. Sy cuma beli t-shirt dan keychain utk anak-anak sedara, rantai tangan manik dan pouch bag utk adik2 pompuan, sehelai selendang/shawl utk mak. Sekadar kenangan dari Kuching.



Jam 12.30 tengahari pergi makan nasi goreng dan terus balik ke hotel. Cuaca terlalu panas.

Jam 6 petang kami sekali lagi ke jeti utk ke seberang sungai.
Aduiiiiii sy takut sgt nak naik bot tu, inilah pertama kali. Org kedah kata "seghiau". Ada 10 org dlm bot. Dalam hati berkata cepat laaaaaa sampai ke seberang...tak sabar nak pijak tanah semula.




Inilah foto hotel Margherita dari seberang Sungai Sarawak.
Disepanjang sungai terdapat warung2 ikan bakar dan pelbagai makanan laut lain.


Cuaca pula dgn pantas berubah menjadi mendung. Awan hujan tebal, mulai gelap dgn angin yg kuat. Hujan dah mula rintik, kami memilih sebuah gerai utk berteduh dan order makanan. Hujan turun dgn lebat sekali. Mcm mana nak balik ni. Takkan nk naik bot jugak kot, teksi tak ada kat sini. isyyyy....




Jam 8.30 malam hujan mula reda, tak ada pilihan lain melainkan terpaksa menyeberang balik dgn bot jugak. Alhamdulilah dlm keadaan gelap, air sungai yg deras, hujan renyai2 kami selamat sampai ke seberang semula dan terus balik ke hotel.

Hari ke dua kami di Kuching bermula seawal jam 9 pagi. Kami menyewa sebuah teksi utk ke Serikin, sebuah pekan kecil yg terkenal dgn jualan pelbagai barang dgn harga yg murah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Mmg betul terdapat mcm2 barang kat sini, penat dan berpeluh2 brjalan mengatur dari satu gerai ke gerai yg lain. Keadaannya lebih kurang sama seperti di Wang Kelian Perlis atau Rantau Panjang Kelantan.

Jam 11.30 pagi kami bertolak balik utk ke pasar Satok pula. Pemandu teksi merangkap pemandu pelancung Ah Siong namanya becok bercerita tentang Sarawak. Bnyk informasi yg kami dpt. Kami tak sempat melawat Taman Buaya dan Orang Utan yg berhampiran Serikin.

Kami dibawa singgah ke sebuah tempat membuat pasu sarawak. Ada tawaran 50% pulak tu! Tapi sy ni kan mata kayu...manalah reti nk beli benda2 seni cmni. Tapi demi utk tidak menghampakan bonda di rumah sy pilih la juga 2 pasu sederhana besar dan 2 pasu kecil. Mmg murah betul...
sabaarrrr...sabaarrrrr...
susah tau nk bawa balik naik belon :)




yg besar tu RM20 sebiji
yg kecik ni RM7 sebiji
ada potongan 50%
jadi beli 2 dpt harga utk 1
berbaloi tak?







Seterusnya Ah Siong membawa kami ke pasar Satok. Tempat pertama kami singgah ialah sebuah kedai menjual ikan terubok masin...trademark sarawak.







Nampak tak pemerhati berbaju putih di sebelah kiri tu? Itulah Ah Siong, leka duk tengok pekerja packing ikan terubok masin utk kami. Nak tau brp ekor kami beli? 18 ekor! Sy cuma beli 2 aje, kwn yg 3 orang lagi tu beli banyak.






Kami pilih 18 ekor dgn harga RM18 seekor. Oleh kerana kami beli banyak maka tuan kedai bermurah hati caj kami RM10 aje seekor.
Dah siap dibalut kemas dan packing dlm kotak.






Dari situ kami jalan2 kat pasar basah pulak, lebih kurang mcm pasar tani jugak la. Mcm2 hasil sayuran dan ikan segar.

Sambil jalan2 tu sy terpandang sesuatu yg tak pernah sy lihat sebelum ni. Ah Siong kata nama cili tu cili tanglung sbb bentuknya seperti tanglung.







Bila sy pandang2 belek2 lg rupanya nak lebih kurang sama spt cili capsicum...cuma saiz aje kecik.










Jam 2.30 petang kami tinggalkan pasar Satok. Ah Siong bawa kami singgah ke tempat membuat kek lapis sarawak. Kenyang jugak la kami testing sample kek lapis kat situ. Sy beli 2 biji je...




Jam 3.30 sampai balik ke hotel. Ah Siong caj kami RM200 utk trip hari ni. Tawar menawar antara kami...at last bayar RM170 aje. Jam 6 ptg kami check-out dari hotel utk ke airport. Flight dari Kuching jam 8 mlm...sampai ke Penang jam 10.30 mlm. Sampai balik ke rumah jam 1 pagi.

Walaupun sekejap kami di Kuching tetapi kenangan akan kekal bersama kami. Jom jalan-jalan....



Apr 12, 2009

Tahu Atau Tidak Tahu

Sy terima sms ini drpd seseorg beberapa minggu lepas. Jom kita renung bersama...

Ada 4 jenis manusia...
Pertama, manusia yg tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Ke dua, manusia yg tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu.
Ke tiga, manusia yg tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tahu.
Ke empat, manusia yg tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.

Manusia yg ke empat adalah yg paling rendah martabatnya krn dia tidak mahu belajar drpd org lain walaupun dia tidak tahu krn dia rasa dia tahu. Dia juga cuba mengajar org lain walaupun org lain itu lebih tahu drpd dia. Inilah manusia yg rugi...





Apr 5, 2009

Apa Khasiat Daun Sirih?

Mak sy rajin dan minat bercucuk tanam. Dulu2 masa mak masih muda dan kuat laman rumah sentiasa ceria dgn pokok2 bunga pelbagai jenis dan warna. Skrg pun mak masih maintain beberapa jenis pokok berpasu di laman rumah...mak dah tak larat nak urus.


Dibelakang rumah mak tanam serai, pandan, lengkuas, kunyit dan yg paling mak syg sekali pokok sirih junjung yg merimbun. Terlalu subur daunnya hingga tak tau nak memanafaatkannya. Org tua2 dulu makan sirih pinang, skrg ni dah jarang ada yg amalkan begitu.

Rimbunan pokok sirih ni tak pernah luak daunnya biar cuaca panas terik. Tunas2 dan pucuk baru sentiasa muncul menjulang ke atas. Dah banyak kali juga mak cantas dan agihkan kpd jiran dan sedara mara.



Dan sejak dua minggu lepas setiap petang hujan ribut je di sini. Pokok sirih mak pun begitu segar dan banyak tunas2 baru. Sy dimaklumkan daun sirih ni bnyk khasiat dan kegunaannya utk kesihatan dan kecantikan. Nampaknya sy kenalah rajin surf dlm internet utk dptkan petua dan panduan...boleh ke utk awet muda?? :-p