Jika semalam kami dibawa ke Terowong Chu Chi, hari ini kami akan ke Sg Mekong pula, tidak sah kalau ke Vietnam tak pergi ke lokasi yg dulu kita belajar dalam subjek geografi. Jom lihat apa ada di sana..
|
sawah padi terbentang luas sepanjang jalan menghala ke destinasi melalui lebuhraya |
|
nampak tak binaan2 putih tu? itu adalah pusara datok nenek ibu ayah, perkuburan ahli keluarga di atas tanah sawah setiap keluarga |
|
dah sampai ke destinasi jeti utk menyeberang Sg Mekong |
|
sungainya sgt luas |
|
tour guide bercerita tentang sejarah perkampungan di seberang sana |
|
industri kecil2an di tebing sungai menyambut ketibaan pelawat |
|
membalut dan membungkus coconut cake |
|
siap utk jualan dlm pelbagai perisa...oren, epal, strawberi, coklat |
|
dari jeti kami berjalan kaki menyusuri perkampungan dan tiba ke persinggahan utk minum teh dan hidangan ringan |
|
hasil perusahaan penduduk setempat dipromosi kpd pelawat, semua dibuat secara tradisi, tiada bahan pengawet |
|
beberapa kumpulan pelawat memenuhi tempat ini, sambil2 tu boleh beli madu lebah dan lain-lain hasil makanan |
|
|
hasil kraftangan yg sgt cantik dan unik, ikut hati nak beli mcm2 yg dijual kat sini tapi....sabaaarrrr |
|
kami berjalan kaki lagi utk ke tempat persembahan kebudayaan lagu2 tradisional sambil dihidangkan dgn buah2an segar |
|
walaupun tak faham lagu apa yg diorg nyanyikan tapi tetap menghiburkan sambil makan buah2an segar |
|
perjalanan diteruskan ke pengkalan melalui kebun buah2an dan kampung |
|
akhirnya sampai ke pengkalan, anak sungai ini menuju ke Sg Mekong semula, mula2 tengok sampan2 kecik tu rasa cuak nak naik tetapi ini sja cara utk pergi semula ke bot besar yg membawa kami pagi tadi, bot tersebut dah sedia menunggu di penghujung anak sungai ini |
|
sy dan 2 org kawan serta tour guide dah berada dalam sampan, kawan2 lain menunggu giliran utk naik sampan yg mmg bnyak ada kat situ, semua excited , takut pun ada , mengambil masa antara 15-20 minit utk smpai ke bot besar semula | |
|
setakat ini dulu foto2 sekitar perkampungan menyeberang Sg Mekong, lepas ni sambung dgn perjalanan menyusuri anak sungai dengan sampan....suatu pengalaman yg sungguh menyeronokkan...percayalah!
2 comments:
my luv ajak p vietnam.... nak borong kain sutera katanye... huhuh.. memang tak menahan org pompuan kalu p sna.....
tp tak tau bila nak p...
selamat menjalani ibadah puasa dan juga ibadah2 lain di bulan yang penuh keberkatan nih......
Post a Comment