Jun 16, 2012

Vietnam ~ 08.12.2011 ~ Day 3 (Part 1)

Jika semalam kami dibawa ke Terowong Chu Chi, hari ini kami akan ke Sg Mekong pula, tidak sah kalau ke Vietnam tak pergi ke lokasi yg dulu kita belajar dalam subjek geografi. Jom lihat apa ada di sana..


sawah padi terbentang luas sepanjang jalan menghala ke destinasi melalui lebuhraya
 
nampak tak binaan2 putih tu? itu adalah pusara datok nenek ibu ayah, perkuburan ahli keluarga di atas tanah sawah setiap keluarga
dah sampai ke destinasi jeti utk menyeberang Sg Mekong
sungainya sgt luas
tour guide bercerita tentang sejarah perkampungan di seberang sana
industri kecil2an di tebing sungai menyambut ketibaan pelawat
membalut dan membungkus coconut cake
siap utk jualan dlm pelbagai perisa...oren, epal, strawberi, coklat
dari jeti kami berjalan kaki menyusuri perkampungan dan tiba ke persinggahan utk minum teh dan hidangan ringan
hasil perusahaan penduduk setempat dipromosi kpd pelawat, semua dibuat secara tradisi, tiada bahan pengawet
beberapa kumpulan pelawat memenuhi tempat ini, sambil2 tu boleh beli madu lebah dan lain-lain hasil makanan
hasil kraftangan yg sgt cantik dan unik, ikut hati nak beli mcm2 yg dijual kat sini tapi....sabaaarrrr
kami berjalan kaki lagi utk ke tempat persembahan kebudayaan lagu2 tradisional sambil dihidangkan dgn buah2an segar
  
 
walaupun tak faham lagu apa yg diorg nyanyikan tapi tetap menghiburkan sambil makan buah2an segar
perjalanan diteruskan ke pengkalan melalui kebun buah2an dan kampung
akhirnya sampai ke pengkalan, anak sungai ini menuju ke Sg Mekong semula, mula2 tengok sampan2 kecik tu rasa cuak nak naik tetapi ini sja cara utk pergi semula ke bot besar yg membawa kami pagi tadi, bot tersebut dah sedia menunggu di penghujung anak sungai ini
sy dan 2 org kawan serta tour guide dah berada dalam sampan, kawan2 lain menunggu giliran utk naik sampan yg mmg bnyak ada kat situ, semua excited , takut pun ada , mengambil masa antara 15-20 minit utk smpai ke bot besar semula

setakat ini dulu foto2 sekitar perkampungan menyeberang Sg Mekong, lepas ni sambung dgn perjalanan menyusuri anak sungai dengan sampan....suatu pengalaman yg sungguh menyeronokkan...percayalah!


Jun 12, 2012

Vietnam ~ 07.12.2011 ~ Day 2 (Part 2)

selepas lawatan ke Terowong Chu Chi, makan tengahari di sini
En.Muhammad Foo, pemilik restoran, org Malaysia




 


dessert...buah longan dlm sirap gula...too sweet for my teeth
yg berbaju merah tu tuan punya restoran...walaupun sibuk di dapur masih sudi luangkan masa meraikan pelanggan, sgt peramah, yg berbaju biru tu pulak ketua rombongan kami
ini dia wife Mr.Muhammad Foo dan anak lelaki diorg yg membantu di restoran yg sentiasa penuh dgn pelawat dari Malaysia
selepas lunch kami balik ke hotel utk rehat dan solat, petang hingga malam shopping time! p/s salah satu beg itu telah menjadi milikku :)




kali pertama ke sini sekadar jalan2 ambik aura kesibukan penjual melariskan barangan dan tawar menawar
di Pasar Cho Ben Thanh yg luas ini terbahagi kpd bahagian2 mengikut brg jualan....kasut, beg, kain, baju, aksesori dll

pelbagai jenis kain...rambang mata
sebelum balik ke Malaysia bbrp pasang kain cotton telah ku beli :)
seterusnya makan malam hari ke dua kami di Ho Chi Minh ...







selesai makan malam kami jalan2 ke pasar malam, setiap lorong penuh dgn gerai berjualan...segala mcm barang

"mari kakak, beli kakak, cantik kakak, murah murah..."

leka membelek jualan di pasar malam ni tak sedar jam dah kul 10 malam, jom balik....
esok hari ke-3 melawat ke Sungai Mekong...best!