Assalamualaikum semua, dah lama tak cerita apa2 kat sini. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi bersama, life is routine day in day out.
Sejak 2 tahun yang lepas emak sy disahkan menghidap sakit buah pinggang, doktor kata tahap kreatinin semakin tinggi. Itu tandanya buah pinggang mak semakin lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Rawatan terakhir adalah dengan kaedah haemodialisis, seboleh-bolehnya kami tidak mahu mak sampai ke tahap itu.
Pertama kos rawatannya. Kedua kesan selepas setiap kali rawatan yang terpaksa dilalui oleh mak. Saya difahamkan pesakit akan merasa letih dan lemah setiap kali lepas menjalani rawatan "mencuci darah".
Sebagai alternatif adik lelaki saya yang tinggal di Rawang telah mencadangkan supaya mak mencuba rawatan secara 'elektronik'. Alhamdulilah di Alor Setar ni ada klinik tersebut iaitu Klinik Perubatan Elektronik di Kompleks Shahab Perdana. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut kaedah rawatan ini sila lah ke sini http://ecpinetwork.com/default.aspx.
Kali pertama ke klinik tersebut doktor mengambil sample darah, air liur dan rambut untuk kenalpasti DNA mak. Ubat-ubatan yang diberi adalah berdasarkan kepada status keadaan sel badan setiap pesakit.
Kali ke dua lawatan, doktor telah terangkan kepada mak setiap jenis penyakit yang ada pada setiap organ badan hasil daripada ujian DNA...jantung, hati, hempedu, buah pinggang, paru2, otak dll.
Doktor telah memberi 10 jenis ubat untuk tempoh sebulan, setiap satu ubat untuk rawatan organ yang tertentu. Sudah seminggu mak saya amalkan ubat ini 3 kali sehari disamping minum air ecpi. Pada 25hb Mei akan datang mak akan ke hospital lagi untuk ujian darah. Masa tu nanti baru akan tahu sama ada tahap kreatinin dalam buah pinggang semakin meningkat atau stabil.

Setiap penyakit ada ubatnya, ikhtiar dan usaha serta doa kepadaNya.