Persiapan utk aidilfitri telah mula dilakukan sejak awal Ramadan. Biasalah kan waktu2 mcm inilah datangnya semangat kerajinan yg luarbiasa. Bab membersih rumah, mengemas, mengecat dan sebagainya tak habis2 dari sehari ke sehari. Longgokan sampah pun bertimbun2, begitu banyakkah benda2 yg tidak diperlukan masih tersimpan dalam stor, dalam almari, atas almari, bawah katil, dalam kotak, bawah tangga....aduhhhhh semuanya mak "kata" masih boleh digunakan lagi, masih elok lagi. Walhal benda2 tu akan tersimpan kat situ hinggalah aidilfitri tahun hadapan pulak.
Yang sebenarnya mak sayangkan setiap sesuatu yg dibeli dan digunakan sbb bukannya semudah memetik jari utk mendapatkan barang2 tersebut. Jenuh berpekin berjimat cermat kumpul duit, barulah dapat dibeli.
Aktiviti malam raya sambil mendengar takbir raya....mengisi biskut dalam bekas2 kuih raya. Sambil memenuhkan bekas sempat juga merasa setiap jenis biskut, siap dengan komen lagi...
Aktiviti malam raya sambil mendengar takbir raya....mengisi biskut dalam bekas2 kuih raya. Sambil memenuhkan bekas sempat juga merasa setiap jenis biskut, siap dengan komen lagi...
ketupat daun palas sebelum dan selepas direbus,
dimakan bersama2 dgn rendang, kari daging atau serunding
No comments:
Post a Comment