Dec 15, 2008

Kita Rakyat Malaysia

Tengahari tadi sewaktu lunch break saya telah ke pejabat pos untuk urusan membayar bil. Dari ofis jam 1.00 tengahari dan sampai ke pejabat pos 10 minit kemudian. Alamak! Tak ada parking pulak. So terpaksa la pusing2 kat area berhampiran mencari parking tapi tak ada jugak. Akhirnya terpaksa parking je kat tepi jalan bersebelahan pejabat pos tu. Kalau kena saman pun nak buat macam mana kan.

Dalam pejabat pos ramai orang, saya dapat
nombor giliran 1247, masa tu jam 1.20 tengahari. Pada slip angka giliran tu tertera No.Sekarang : 1207 maknanya ada 40 orang lagi sebelum tiba giliran saya. Daripada 4 kaunter untuk urusan Pelbagai hanya 2 sahaja yang dibuka. Nak tak nak terpaksalah tunggu juga alang2 dah datang kan. Jam 1.30 salah seorang petugas tutup kaunter urusan dia...nak pergi makan la tu. So tinggal satu kaunter saja yang beroperasi, orang semakin ramai maklumlah waktu rehat tengahari.

Saya perhatikan pelanggan yang datang berurusan di situ ada melayu ada china dan ada juga india. Ada yang tua (above 70s) ada pertengahan usia dan ada juga remaja. Jam dah pukul 1.45 baru giliran
1220...hampir semua pelanggan mengeluh terpaksa menunggu lama. Ada seorang makcik dah tak sabar nak tunggu, sebelum dia beredar dia letak semula no.giliran dia kat tempat ambik nombor. Saya tengok tak ada sapa2 pi ambik no.giliran tu so saya pun dengan berani dan tak malunya pi la tengok kot2 giliran makcik tu cepat drpd saya. Padan muka saya...no. giliran tu 1251 so tak jadi nak ambik lah.

Aisyyyyyy dah pukul 2.00...sepatutnya dah kena masuk ofis semula ni. Baru giliran
1225. Saya perhatikan ramai yang terpaksa beredar tanpa dapat membuat urusan. Tiba2 seorang kakak bertanya lambat lagi ke giliran saya...giliran dia 1230. Nyonya kat sebelah saya pulak 1235. Ada pakcik kat belakang saya 1264. Kakak yang baik hati tu telah mengoffer untuk tolong bayarkan bil sebab giliran dia dah hampir. Saya ucap terima kasih kat dia, saya akan tunggu giliran saya sendiri. Pakcik dan nyonya tu minta dia tolong bayarkan dan dalam celah2 tu datang sorang lelaki china umur 20an minta kakak tu tolong bayarkan jugak sebab giliran dia 1281. All in all kakak tu dah buat amal makruf.

Yang paling bestnya dan paling menyentuh hati saya bila nyonya kat sebelah saya tu berikan saya no.giliran dia 1235. Dia kata cepat la sikit drpd no. saya 1247 dan lagipun dia dah tak perlu sebab kakak yg baik hati tu dah kat kaunter bayaran. So saya pun terima dgn rasa lega sangat dan amat berterima kasih, boleh la balik ke ofis cepat sikit. Dalam kepala saya terfikir pulak
what do i do with my nu.1247?

Saya toleh ke belakang...ada sorang lelaki india dan sorang lelaki china. Saya tanya sapa nak
my number...lelaki india jwb boleh juga walaupun giliran dia 1248, at least cepat by one person. He said the no. is also given to him by someone else. Dan dia pulak beri no. dia 1248 kepada lelaki china disebelahnya whose no. is 1276. And the chinese guy passed on his no. to another chinese lady behind him. Saya selesai berurusan pada jam 2.35 dan terus balik ke ofis semula. Nasib baik tak kena saman parking....

Moral of the story....???
One simple good deed leads to a chain of good reactions too...
We are all Malaysians...