Feb 28, 2009

Percutian Keluarga Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Sebenarnya dah lama nak buat posting ni sejak tahun lepas lagi tapi asyik gagal je nak upload gambar. Malam ni try lagi untuk entah yg ke berapa kali and YES!!! berjaya upload beberapa gambar je. Selepas ni akan ada sambungannye....



kakcik with her 2 kids shazwani and shazrie




diknat and son dannish

Pada cuti Krismas 2008 yang lalu saya dan keluarga telah ke Melaka sebagai memenuhi hajat emak untuk jalan-jalan kat sana. Saya dan emak bertolak dgn kereta dari Alor Setar jam 10 pagi 25 Dis 2008 dan sampai ke rumah adik lelaki di Rawang pada jam 4 petang. Sementara dua adik perempuan bersama anak2 diorang bertolak dgn bas, sajalah nak bawa budak2 tu experience naik bas pulak...excited betul diorang asyik menyebut aje nak pegi KL naik bas.

Kebetulan pula pada hari yang sama adalah ulangtahun anak adik saya yang ke 5 tahun. Adik saya ada la sedia jamuan makan-makan untuk celebrate dengan jiran tetangga. Majlis dimulakan dengan doa selamat, birthday boy Shariman or Iman dah tak sabar nak tiup lilin dan potong kek harijadi.

birthday boy Iman si baju merah
along pandang ke mana tu dan angah pulak dgn aksi nakal
wani (baju putih) , shazrie dan dannish ( t-shirt serupa)
di sebelah kanan Iman adalah kwn2 sepermainan

alahai mama Iman pun nak enter-frame jugak ;)

Selepas makan malam kami berkumpul dan borak2, maklum dah lama tak berkumpul begini sejak cuti pada bulan Mei 2008. Sambil2 tu bincang trip ke Melaka esok 26 Dis.

Bersambung....