Mar 18, 2011

Merah dan Putih lagi...

Lokasi > sepanjang Jalan Kuala Kedah menghala ke jeti untuk ke Langkawi
























Mar 17, 2011

Merah dan Putih

Beginilah pemandangan sekitar jalan2 utama di Alor Setar setiap tahun pada bulan Mac. Terasa seperti berada di luar negara. Memang sangat cantik dan mengasyikkan, tambahan pula setiap hari ulang-alik ke ofis melalui Jalan Langgar ini....


















Pagi semalam saya melalui Jalan Kuala Kedah untuk urusan rasmi. Pokok2 ini masih jenuh berbunga merah putih tapi sayangnya saya tak berkesempatan untuk mengabadikan keindahan di Jalan Kuala Kedah ini. Insya Allah akan cuba dalam masa cuti hujung minggu ni...

Feb 2, 2011

Kecil Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan...

~ Update 11.55 pm ~

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm



Bulan November 2010 Kedah dan Perlis dilanda banjir yg amat teruk. Bulan Disember 2010 hingga Januari 2011 negeri Kelantan dan Terengganu pula. Dan skrg bulan Februari 2011 negeri Johor, Melaka dan N.Sembilan pula menerima nasib yg sama. Simpati sy kepada semua mangsa banjir di selatan tanah air. Moga mereka semua tabah dan sabar dengan dugaan ini.

Skrg ini cuaca panas dan kering di Kedah. Angin juga bertiup kencang. Orang Kedah panggil musim timor. Pada waktu2 begini lah banyak berlaku kebakaran. Hampir setiap hari kedengaran siren kereta bomba bergerak laju, dan setiap kali juga tertanya2 di mana pula musibah kebakaran berlaku.

Petang tadi sy melalui Jalan Alor Setar-Sg Petani. Dari jauh dah terdengar siren bomba dan laungan "beri laluan! beri laluan!" Dan beginilah keadaan di tempat kejadian, asap hitam tebal melayup tinggi...







Jalan juga sesak dgn kenderaan di kedua-dua hala, terhenti kerana memberi laluan kepada kereta bomba.

Punca kebakaran?

Jumlah kerugian?

Sy tak nampak pun pemberita atau jurugambar media di lokasi. Yg ramai adalah para jurugambar bidan terjun yg kebetulan ada di situ, masing2 sibuk klik-klik dgn henpon termasuklah sy sendiri :D

Sama-sama lah kita ingat-mengingatkan supaya lebih berhati2 dan elakkan dari bermain api...



Jan 29, 2011

Puncak Gunung Jerai

Pada 13hb Januari hingga 15hb Januari yang lalu sy telah menghadiri suatu bengkel di The Regency Gunung Jerai Resort. Tahu tak di mana lokasi Gunung Jerai ni? Ia adalah puncak gunung tertinggi di Negeri Kedah. Untuk maklumat lanjut sila ke sini


Jarak perjalanan kira2 35km dari Alor Setar, dari kaki gunung untuk ke puncak sejauh 13km melalui jalan yg berliku, agak ngeri.






Chalet yang comel dan selesa.


Pada hari pertama di puncak Jerai kira2 jam 5 petang kabus tebal mula melitupi kawasan sekitar. Suasana nyaman dan segar!




Suasana pagi yang tenang dan nyaman pada jam 7.30 pagi, menghala ke Restoran Puncak Kedah untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.













Bunga-bunga yang pelbagai menghiasi landskap yang cantik



Rasa nak pergi lagi dengan keluarga pulak.