Aug 1, 2010

i-city-!

Pada 20 - 22hb Julai sy hadir kursus di INTAN Bukit Kiara. Selesai berkursus sy ke rumah seorang kawan di Putrajaya pada hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat malam Sabtu kami pergi ke i-City. Kawan sy tu beriya-iya mengajak, katanya dekorasi lampu warna-warni kat situ sangat unik.

Sememangnya tepat sekali, tersangat unik! Berduyun-duyun orang ramai datang kat situ bersama keluarga. Tak terasa kaki melangkah di sekitar kawasan yg agak luas, mengkagumkan!

Utk maklumat lanjut sila ke sini





















Tahniah kepada pihak yg mencetuskan idea utk i-City ini.

Jul 1, 2010

Mari...Mari...! Pilih...Pilih...!!!

Sebulan yang lalu sy tempah 10 hp cover dari MakLang
Siang tadi sy terima parcel dari MakLang...sangat2 teruja nak tengok hasil kreativiti MakLang. Cantik2 comel2 semuanya...pelbagai design dan size...












yg ini pilihan mak sy...

Terima kasih daun keladi MakLang, lain kali boleh order lagi ye. Harga boleh runding kan...senyumkenyit

Jun 22, 2010

Jom Buat Magic

ini Danny

ini getah 'O'

ini huruf 'X'

ini huruf 'Y'

ini huruf 'V'

ini huruf 'L'

ini pula huruf 'I'

sapa yang ajar danny buat magic ni?

makcaq....

rindu

Jun 10, 2010

~ Pulut Durian ~

Petang tadi pada jam 3 petang Kelab Kebajikan pejabat sy telah menganjurkan majlis "Pesta Buah-buahan Tempatan". Semua pegawai dan staf seramai 30 orang hadir menjamu selera.

Menu utama adalah pulut durian....


bahan utama adalah pulut , santan dan....



durian!!!


Sampingan....rambutan dan manggis


Cara sy makan :
a. gaulkan isi durian dengan pulut
b. masukkan santan dan sedikit gula


c. inilah hasilnya...siap sedia untuk di makan
d. kalau nak lebih umphhh lagi tambah isi durian lagi


pakat-pakat layan diri


dan makan sendiri


tambah lagi ye...ada banyak lagi pulut dan durian tu

Musim buah semakin menjelang tiba. Lepas ni di pejabat akan sentiasa ada orang yang sedekahkan buah durian, manggis, rambutan, langsat, dokong dan pelbagai lagi.

Adakah itu dinamakan durian runtuh?

May 12, 2010

Klinik Perubatan Elektronik

Assalamualaikum semua, dah lama tak cerita apa2 kat sini. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi bersama, life is routine day in day out.

Sejak 2 tahun yang lepas emak sy disahkan menghidap sakit buah pinggang, doktor kata tahap kreatinin semakin tinggi. Itu tandanya buah pinggang mak semakin lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Rawatan terakhir adalah dengan kaedah haemodialisis, seboleh-bolehnya kami tidak mahu mak sampai ke tahap itu.

Pertama kos rawatannya. Kedua kesan selepas setiap kali rawatan yang terpaksa dilalui oleh mak. Saya difahamkan pesakit akan merasa letih dan lemah setiap kali lepas menjalani rawatan "mencuci darah".

Sebagai alternatif adik lelaki saya yang tinggal di Rawang telah mencadangkan supaya mak mencuba rawatan secara 'elektronik'. Alhamdulilah di Alor Setar ni ada klinik tersebut iaitu Klinik Perubatan Elektronik di Kompleks Shahab Perdana. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut kaedah rawatan ini sila lah ke sini http://ecpinetwork.com/default.aspx.

Kali pertama ke klinik tersebut doktor mengambil sample darah, air liur dan rambut untuk kenalpasti DNA mak. Ubat-ubatan yang diberi adalah berdasarkan kepada status keadaan sel badan setiap pesakit.

Kali ke dua lawatan, doktor telah terangkan kepada mak setiap jenis penyakit yang ada pada setiap organ badan hasil daripada ujian DNA...jantung, hati, hempedu, buah pinggang, paru2, otak dll.

Doktor telah memberi 10 jenis ubat untuk tempoh sebulan, setiap satu ubat untuk rawatan organ yang tertentu. Sudah seminggu mak saya amalkan ubat ini 3 kali sehari disamping minum air ecpi. Pada 25hb Mei akan datang mak akan ke hospital lagi untuk ujian darah. Masa tu nanti baru akan tahu sama ada tahap kreatinin dalam buah pinggang semakin meningkat atau stabil.


ini dia 10 jenis ubat yang diberi oleh doktor

berwarna-warni

cara makannya --- kulum dan isap perlahan2
setengah jam sebelum makan

dah siap diletakkan dalam bekas
supaya mudah untuk mak

Setiap penyakit ada ubatnya, ikhtiar dan usaha serta doa kepadaNya.