Oct 16, 2009

3 hari 2 malam

Selesai sudah urusan rasmi selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor. Kalau sesaja nak ke sana mgkin entah bila sy akan sampai ke PP. Oleh kerana jadual yg padat hingga ke malam sy tidak berkesempatan utk melawat dan meronda ke tmpt2 yg dikatakan "must see" di PP.

Apa pun setelah selesai mesyuarat, deraf telah dibentangkan dan dipersetujui oleh ahli2 mesyuarat pd tengahari khamis, rombongan kami berkesempatan juga utk ke pekan PP utk shopping sebelum check-out pada jam 2 petang. Perjalanan dgn teksi cuma 10 minit (10 km) dan menarik...bengkang bengkok berbukit.



feri ini ke jeti pekan Pangkor


ini feri yg sy naik utk ke Teluk Dalam Resort


dlm perjalanan boleh nmpk dgn jelas kapal TLDM yg masih terbakar


dari jeti juga masih jelas kelihatan asap tebal kapal yg terbakar


ketibaan kami sedia dinanti oleh staf resort, kita melenggang aje...beg dan brg2 smua diorg uruskan


lobi...kami disambut dgn segelas minuman sejuk (sori tk dak gambaq...malu nk ambik)






sy jakun...ingatkan replika sbg hiasan landskap

rupanya tmpat membilas selepas mandi kolam atau mandi laut


deretan chalet yg comel


yg mana satu chalet utk sy?


ahaaaa ini dia...nombor 139


knp katil yg satu tu kecik je...tiada jawapan


cahaya matahari menembusi ke ruang tamu


comel..cozy...


laluan ini terus ke pantai


pantai resort...kelihatan kapal yg masih terbakar tu


pemandangan dari tmpat makan...jam 8 pagi


suasana pagi yg nyaman


tenang


pemandangan chalet dr tanjung pd jam 6.28 petang


ada apa dicelah-celah batu ni semua?


di celah-celah batu ada bnyk....gamat?


6.39 petang


6.54 petang


6.57 petang


7.01 petang


7.08 petang


Sesiapa yg berminat utk beristirehat dgn keluarga tanpa gangguan atau utk program2 rasmi sila klik http://www.tdr.com.my/. Di sini pantainya hanya utk tetamu resort shj, tidak ada org awam lain dibenarkan...ada privacy dan pantai pun bersih. Dan yg paling penting menu juga best dan sedap. Layanan dari staf resort juga bagus.




.

Oct 14, 2009

Hello dari seberang

Sy skrg berada di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor sejak semalam 13 Oktober. Petang esok akan bertolak balik ke Alor Setar semula. Kehadiran buat pertama kalinya ke pulau ini adalah sebagai urusetia mesyuarat...sambil menyelam boleh minum sikit air kan...bila lagi nak dapat peluang mcm ni kan.







ini dia chalet penginapan kami..best sgt sbb menghadap ke laut yg luas terbentang


Siang tadi telah berlangsung sesi mesyuarat pagi dan petang. Jam 9.00 malam ni sesi terakhir. Esok acara bebas...boleh la pi ronda2 keliling pulau ni.

Hingga ke temu lagi setelah sy balik ke Alor Setar. tata titi tutu...









Oct 10, 2009

Are you okay?

http://www.1lovecards.com/cards/iloveu1.shtml

DAYS WITHOUT YOU


I miss you so much day and night
I can't realise why you're gone
I just think I treat you right
but now I'm again alone

The days without you are so long
these days - without your kiss and smile
and I don't know what I've done wrong
I've been thinking of this for a while

A few questions that I need to know -
why does my heart feel so bad ?
why you could ever hurt me so ?
why can't I get you out of my head ?....

Now I'm standing here alone
with this weight upon my heart
wondering why you're gone
remembering our feelings from the start

In my mind I have all my memories in a range -
each moment spent with you
is unforgettable
but I can't realise what made you change
for me this is just unforgetable

I know I won't pull through without you by my side
so baby come to me - don't run and hide
The only thing I want is to be with you
please honey - make my wish come true

Don't you know that you make my days count?
And I'm always happy when you're around
it doesn't matter what we do
as long as I'm here with YOU





Oct 9, 2009

Cerita Ceriti

Hari Ahad 4 Oktober 2009 sy dan EO menerima cenderahati dari bos skrg (Tuan S) dan bekas bos (Tuan Z). Kedua2 mereka berserta rombongan telah ke Jordan dan Mesir selama 10 hari atas urusan kerja. Tuan Z telah bertukar ke jabatan lain pd bulan Ogos yg lalu setelah 5 tahun berkhidmat di jabatan tmpt sy bertugas. Tempat Tuan Z diganti oleh Tuan S.



Cenderahati dari Tuan S - sebuah Quran kecil




Cenderahati dari Tuan Z - 2 kuntum mawar kristal dan
sebotol minyak wangi



Sy gabungkan mawar kristal pemberian Tuan Z bersama dgn
bunga kristal kecil yg sy beli di Langkawi


Pada 5 hingga 7 Oktober 2009 lalu sy ke Langkawi utk menghadiri kursus selama 3 hari. Oleh kerana keadaan cuaca hujan dan angin yg agak kuat maka sy membuat keputusan utk bertolak ke Kuah dari jeti Kuala Perlis. Jarak perjalanan dari ofis ke Kuala Perlis lebih kurang satu jam, sedangkan jarak dari ofis ke jeti Kuala Kedah hanya lebih kurang 20 minit saja.

Sy bimbang tak tahan dgn alun ombak krn cuaca yg tak "sporting", takut dilambung ombak, takut mabuk laut @ pening ke @ muntah ke = malu kat penumpang lain kan. Tempoh masa 2 jam tu lamaaaaaaaaaaa...smpai di Kuah mau lembik jadinya.

Perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Kuah = 1 jam 45 minit - 2 jam, tambang RM23.00.

Dari Kuala Perlis ke Kuah = 45 minit - 1 jam, tambang RM18.00.










Semalam 8 Oktober 2009 diadakan jamuan raya di pejabat sy. Antara menu yg disediakan ialah nasi daging, laksam, satay, ketupat, lemang serta kuih raya serba sikit. Sambutan tahun ni lebih meriah krn dah ada ramai staf iaitu 29 org, tahun lepas cuma 16 org saja.

Atas sebab2 keselamatan dan hakcipta terpelihara maka tidak dapatlah sy letakkan gambar2 kat sini ye ;)

Oct 2, 2009

Kumboi nyioq

Masa kecik2 dulu di kampung bila tokwan atau pak long atau pak anjang mengopek kelapa sy dan sepupu2 suka sgt mengumpul kumboi nyioq ni. Kadang2 dpt yg kecik kenit, kadang2 dpt yg dah kembang besaq dlm kelapa, kadang2 tak ada langsung.

Untuk apa di ambik kumboi nyioq ni? Sebab nak makanlah kan..dulu2 awal tahun 70an mana ada makanan ringan mcm sekarang ni. Tak pernah tau pun apa itu nugget, potato chips, burger DLL. Selain drpd makan nasi atau pulut atau goreng pisang/ubi/cekodok kami kutip ler buah2 yg ada sekeliling kampung tokwan tu...buah keriang, buah cermai, buah mertajam, buah nam2, buah jambu keling DLL...tapi semua buah2 ni bermusim.

Seperti biasa setiap pagi Jumaat sy akan ke pasar. Pagi tadi mak pesan beli santan. Sebenarnya dah lama dah sy dok aim kat pakcik yg kopek kelapa utk diperah buat santan, bukan niat aim pakcik tu ok :-p ...tapi duk aim ke kumboi nyioq yg terbuang begitu saja.

Makanya pagi tadi sy tebalkan muka dan minta kat pakcik tu supaya dia kumpulkan sebanyak mana yg ada sementara sy pi ronda beli ikan dan sayur. Pakcik tu anggukkan aje, tak pulak ditanya sy nk buat apa dgn kumboi tu.

Bila dah selesai shopping ikan dan sayur serba sikit sy pun pi jumpa pakcik kopek kelapa tu semula. Nahhhhh...dah siap bungkus dlm plastik lebih kurang 10 bijik. Cukup la tu, dah lama tak makan kumboi ni. Sy pun ucap terima kasih dan terus balik. (lupa pulak nk tanya perlu bayar ke tidak)

Sampai di rumah sesi soal jawab pulak dgn mak. Tapi kan mak jugak yg ambik kumboi tu semua dan bersihkan sambil dok bagi petua khasiatnya, dan mak jugak yg paling awal makan kumboi tu...mak pun suka noooooooo ;) . Rasanya manis dan rangup kruppp kruppp.

Mak kata antara khasiatnya ialah sejukkan badan dan mengurangkan demam kuning.

Anda semua pernah makan ke? Kat tempat anda dipanggil apa?
Apa lagi khasiatnya...jom kongsi bersama...




UPDATE :

Blogger julietchun said...

kalo disini di panggil tombong kelapa. yg kecik mmg manis. kawan saya ada ketumbuhan dlm perut, pegi berubat ngan ustaz harun din dan dinasihatkan mkn tombong kelapa seminggu 3biji. dan bila pegi scan kat hospital ketumbuhan tu dah mengecil.

October 2, 2009 4:59 PM






Delete