Aug 31, 2009

Larat ke nak makan semuanya...

Petang tadi sy dan mak berkesempatan singgah di bazar ramadan berhampiran kawasan perumahan sy selepas balik dr hospital. Waktu tu masih awal lagi dlm jam 4.00 ptg tapi dah ramai peniaga yg memulakan bisnes. Mak cuma nk cari kuih utk makan malam nnti. Ini adalah antara pilihan mak utk anak2 dan cucu2 di rumah, kebetulan adik sy yg kat UUM tu balik bercuti dgn anak2 dia.


ini namanya apam suri 3 biji = RM1.00, bila tgk kuih ni teringat pd
entry abg din's lorry di blognya bbrp hari lepas
(ponn ponnn abgdin...sy dh tau dh nama kuih ni)

yg ni pulak apam utk wani yg suka pd kaler pink
4 biji = RM1.00

kuih cara dan kuih sagu
4 biji = RM1.00

roti jala berinti kentang 3 biji = RM1.00


wajik atau kat sini dipanggil pulut kacau
dijual sepotong = RM1.00

Esok nk beli kuih apa pulak mak....




Aug 30, 2009

MERDEKA!!!

Yahoooooooooooooo.com.my

Merdeka! Merdeka!! Merdekaaaaa!!!

Alhamdulillah..........

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pada hari ini 30hb Ogos 2009 telah berakhir sesi pengauditan pengurusan kewangan berasaskan Indeks Akauntabiliti di jabatan sy. Suatu kelegaan dan kebebasan yang telah sebulan dinanti-nantikan sejak segalanya bermula pada 2hb Ogos yg lalu. Sesi yg sepatutnya berlangsung selama 2 minggu telah berlarutan sehingga 4 minggu...audit hanya merancang...tetapi ditambah dgn tuntutan tugas mereka yg lain menyebabkan mereka tidak dpt hadir dan memberi tumpuan dlm auditan sepenuh masa.

Dalam tempoh 4 minggu pegawai2 audit berkampung di ofis sy ni berbagai2 soalan, penjelasan, tunjuk ajar dan teguran telah diajukan. Jenuh jugak la nk menjwb semuanya...bukan secara bertulis tetapi on the spot kena jwb. Boleh tahan tebal fail questionnaire yg perlu dilengkapkan oleh setiap pegawai audit.

Dalam tempoh sebulan dari skrg pihak audit akan kemukakan laporan pemerhatian yg telah dijalankan. Jawapan dan penjelasan secara bertulis perlu dikemukakan kpd audit. Lepas tu akan diadakan pula sesi 'exit conference' antara jabatan dan pihak audit. Dlm meeting ni nanti akan ada perbincangan semula dan hasilnya final result pengauditan.

Dijangkakan laporan penuh dan keputusan akan dpt disediakan pada akhir Oktober atau awal November. Masa tu lah baru tau berapa bintang yg diberikan kpd jabatan sbg penanda aras tahap pengurusan kewangannya. Sy tidak mengharapkan 4 bintang, sy jugak tidak menjangkakan 1 bintang, buat masa skrg kena lah tungguuuuuuu....

Esok 31hb Ogos...Merdekaaaaaa!!!!









Aug 21, 2009

Salam Ramadan

Hari ni hari jumaat 21 Ogos. Esok hari sabtu 22 ogos bersamaan 1 ramadan...bermulanya bulan puasa. Makanya hari ni terakhir utk kita bersarapan dan mkn tengahari atau minum petang. Esok dah tak boleh dah...no more roti canai...capati...nasi lemak for breakfast.

Mulai esok kita bersahur, berbuka puasa dan bermoreh pulak ye.

Inilah sarapan yg mak sediakan di rumah...pulut kukus + ikan kering. Waktu musim durian tengah jenuh bulan lepas mak sediakan pulut durian. Hari ni pulut kukus ikan kering pulak


pulut yang dikukus bersama potongan ubi keledek utk menambah rasa manis lemak

ikan kering gelama masin dan gelama masam


kelapa parut (digaul dgn sedikit garam halus)

yg ni habuan sy pagi tadi

dan pelengkap hidangan adalah satu mug nescafe panas

Puasa belum pun bermula tapi dah riuh dgn iklan2 kuih raya, baju raya, kerongsang raya, tudung raya, songkok raya....duit raya. Tahun ni sy dgn mak tak sempat nk tempah baju raya, makcik tukang jahit dah tak nak terima tempahan huhuhu...

Selamat menjalani ibadah puasa kpd rakan2 semua...

Aug 4, 2009

Audit lagiiii....

Hari Rabu 29 Julai -

terima fax dari Jbtn Audit Negara, JAN akan menjlnkan audit pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti di tmpt sy ni mulai 02 ogos hingga 13 ogos. Alahai...baru je selesai di audit penyata kewangan tahun 2008 minggu sebelumnya, blum sempat nk tarik nafas lega...

makanya pd 29-30hb julai dikerahkan anak2 buah bhgn kewangan smua utk buat checklist tindakan berpandukan kpd senarai yg JAN sediakan. Smua dokumen dan rekod disediakan spt yg diminta...ready utk hari Ahad 2 ogos..

Hari Ahad 2 Ogos -

jam 10 pagi 4 org pegawai dari JAN dtg...bwa masuk jumpa bos...briefing...lepas briefing bwa diorg ke bilik khas...dokumen smua dh ready...diorg tk buang masa trus mula auditan..siap bawa fail tebal checklist semakan dan pematuhan

mcm2 yg ditanya tntang organisasi jabatan...bab tu pentadbiran la yg jwb

Hari Isnin 3 Ogos -

seawal jam 8.30 pagi diorg dh dtg...semakan pengurusan hasil dan bajet. alhamdulilah setakat ni masih bleh jwb lg apa2 yg ditanya...dokumen smua in order

Hari Selasa 4 Ogos -

sambung audit pengurusan hasil dan bajet...


Apa itu Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti?

Pengurusan Kewangan Jabatan adalah dinilai berdasarkan kriteria bagi setiap indikator yang ditetapkan. Hasil penilaian akan diberikan skor di antara 1 hingga 4. Skor yang diperolehi akan dijumlahkan berasaskan wajaran yang ditetapkan bagi mendapatkan markah keseluruhan. Daripada markah keseluruhan yang diperolehi, Jabatan akan diberikan rating atau tahap Indeks Akauntabiliti seperti berikut :

**** 4 bintang 90 - 100% Sangat Baik
*** 3 bintang 70 - 89% Baik
** 2 bintang 50 -69% Memuaskan
* 1 bintang 49% ke bawah Tidak Memuaskan


Makanya....brp bintang JAN nak anugerahkan kpd tahap pengurusan kewangan di jbtn sy ni , tungguuuuuu......